CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Puja Telaga Nak Cari Emas

10-12-2014 04:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3727| Komen: 13

Description: Pemujaan Yang Dilakukan Tanpa Mengira Waktu Bertujuan Memanggil Emas Menyebabkan Sebuah Kampung Di Sini Dikenali Sebagai Telaga Mas.
Puja Telaga Nak Cari Emas



TERDAPAT dua kumpulan melakukan aktiviti pemujaan kerana percaya terdapat emas di Kampung Telaga Mas

Sikap tamak mendorong manusia melakukan pemujaan semata-mata mahu mencari kemewahan sedangkan ia bertentangan dengan agama yang dianuti.

Pemujaan yang dilakukan tanpa mengira waktu bertujuan memanggil emas menyebabkan sebuah kampung di sini dikenali sebagai Telaga Mas.

Walaupun belum ada bukti penemuan emas dalam kalangan pemuja, namun aktiviti khurafat itu menjadi sebutan generasi baharu sehingga ke hari ini.

Tempayan naga emas

Penduduk yang dikenali sebagai, Pok Su Loh, 67, berkata, cerita yang disampaikan dari generasi ke generasi mungkin sekadar mitos nenek moyang di zaman dahulu.

Namun katanya, penduduk di seluruh pelusuk negara malah sebilangannya dari Thailand mempercayai mitos berkenaan sehingga ada yang sanggup berkampung di sini, selama berbulan-bulan.

Menurutnya, menerusi cerita dari nenek moyang, aktiviti pemujaan berlaku bermula sekitar tahun 1930-an lalu.

“Terdapat dua kumpulan besar yang menjalankan aktiviti pemujaan ini iaitu kumpulan Melayu dan satu lagi kumpulan Siam.

“Setiap kumpulan pula disertai beberapa bomoh dari kepercayaan kaum masing-masing menggali beberapa telaga,” katanya.

Suatu hari Pok Su Loh berkata, kumpulan ini dikatakan ternampak kilauan emas berbentuk dua tempayan naga emas yang sangat besar.

Namun katanya, pemuja ketika itu percaya semangat makhluk halus menjaga emas berkenaan membawa emas berkenaan dan bergolek ke kawasan bendang padi.

Menurutnya, kubang padi yang terletak lebih 200 meter menyebabkan operasi menggali emas diteruskan di kawasan bendang sehinggalah akhirnya, ia menjadi kubang.

Kawalan polis

Pok Su Loh berkata, aktiviti memuja dan mengali tanah untuk mencari emas dilakukan secara meluas kerana kawasan lebih kurang 1.6 hektar itu dahulunya dipenuhi belukar.  

Menurutnya, terdapat dua rumah dibina di kampung berkenaan dan rumah paling dekat dengan lokasi mencari emas, terletak hampir 100 meter.

Katanya, tidak ramai yang sanggup menegur kumpulan itu kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga.

“Hanya selepas dikawal polis, barulah kampung ini tidak dilawati pengunjung yang mahu melakukan aktiviti khurafat.

“Penduduk sering mendengar tembakan amaran polis bagi menghalang aktiviti pemujaan daripada terus berleluasa,” katanya.

Gangguan semangat


Sementara itu, penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 39, berkata, peredaran masa dan pembangunan menyebabkan beberapa telaga kecil dikambus untuk dijadikan jalan raya dan penempatan penduduk.

Walaupun aktiviti memuja berkurangan menjelang 1980-an, namun sebahagian besar kanak-kanak ketika itu takut untuk menggunakan jalan berkenaan.

Menurutnya, kanak-kanak yang berulang alik ke tempat mengaji al-Quran akan pulang secara berkumpulan.

“Ini kerana ada penduduk mendakwa ternampak kelibat ‘sesuatu’ di kawasan semak namun ghaib setibanya di kawasan kubang mas.

“Walaupun ia sekadar mitos namun cerita ini menjadi buah mulut penduduk sehingga ke hari ini,” katanya.

Biarpun peristiwa ini mula lenyap dan dilupakan generasi muda, Ahmad berkata, ada sekumpulan penduduk dipercayai dari Utara Malaysia melakukan pemujaan hampir 10 tahun lalu.

Tidak mahu kejadian sama berulang katanya, penduduk menasihati kumpulan terbabit agar tidak mempercayai mitos tersebut kerana sehingga ke hari ini, belum ada pihak tampil membuktikan penemuan emas


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa 10-12-2014 01:15 PM
Kat mana ni??....
Aku nk bawak keta pusing-pusing kat situ, mana tau dua telaga mas brgolej-golek masuk bonet keta aku....


.
Quote myvios 10-12-2014 01:26 PM
pergi la pasir mas...
Quote Esmiria 10-12-2014 01:46 PM
myvios posted on 10-12-2014 05:26 AM
pergi la pasir mas...


Pasir mas ada emas ke?
Quote tuun 10-12-2014 03:00 PM
Kalau bekerja keras pasti akan kaya. Ini semua bergantung pada rajin atau malas.Tak perlu buat benda2 pelik yg berttgan dgn agama.
Quote batmana 10-12-2014 03:20 PM
Esmiria posted on 10-12-2014 01:46 PM
Pasir mas ada emas ke?

kene jupe mas selamat

Quote Mary_jane 11-12-2014 12:54 AM
Kurafat nya lah. Mastika bleh la cover cite mcm ni, tu pun kalau mastika wujud lgk.
Quote tomatome 11-12-2014 01:01 AM
bangsa melayu jugak la bodoh selalunya.. kerja malas  tapi nk kaya.. sudah duk puja bagai.. malu dgn kaum aku sendiri.. masih nak duk dlm zaman mitos
Quote Modngengade 11-12-2014 07:47 AM
Bodoh punya org...ko nak sgt emas ko berusaha la dikk...kerja mcm bangla dan nepal....
Quote noor2 11-12-2014 07:56 AM
Bodohnya duk puja2....silap2 tedung yang keluar..
Quote adekhairz 12-12-2014 12:18 PM
Hahah..ada lagi org percaya benda2 ni..
Quote musangcomel 12-12-2014 03:05 PM
sengalnya
kemain memuja emas, tp emas nan hado
beli je la kat kedai emas
bukan harga emas skrg dah turun ke
Quote Cik_Andak 12-12-2014 03:34 PM
Nak kaya usaha...bukan berangan...
Quote dani-rox 12-12-2014 04:00 PM
takde ke pakar geologi ke ape ke buat kajian... kot2 betul ada emas kan. mcm rancangan the curse of oak island

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.169286 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top