CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Instagram 'Kalahkan' Twitter

12-12-2014 05:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6152| Komen: 40

Description: Ketua Eksekutif Instagram, Kevin Systrom Berkata, Laman Perkongsian Yang Bermula Dengan Impian Dua Sahabat Untuk Berkembang Ke Peringkat Global Pada Empat Tahun Lalu Kini Menjadi Tempat Perkongsian Le ...
Instagram 'Kalahkan' Twitter



NEW YORK: Instagram milik rangkaian sosial Facebook mengumumkan ia kini memiliki 300 juta pengguna dan untuk pertama kali mengatasi pencapaian Twitter yang mempunyai 284 juta akaun aktif sehingga hujung September lalu.


Ketua Eksekutif Instagram, Kevin Systrom berkata, laman perkongsian yang bermula dengan impian dua sahabat untuk berkembang ke peringkat global pada empat tahun lalu kini menjadi tempat perkongsian lebih 70 juta gambar dan video setiap hari.

“Instagram ialah rumah kreativiti dalam segala bentu, tempat anda boleh menemui segala-galanya – daripada imej Sungai Nil hingga bayangan di dalam minda Taylor Swift,” katanya.

Systrom juga berkata, Instragram akan mula memperkenalkan lencana sahih untuk selebriti, atlet dan jenama bagi mengelak pengguna laman sesawang itu tersilap mengikut ahli sebenar.


Katanya, ia juga dapat menghalang berlaku penyamaran.

“Lencana itu akan muncul beberapa hari lagi.

“Kami komited untuk menjadikan Instagram bebas daripada pemalsuan dan akaun rekaan yang banyak mengganggu kebanyakan laman sesawang,” katanya.

Facebook melengkapkan pemilikan ke atas Instagram pada 2012.

Nilai awal laman sesawang itu ialah AS$1 bilion (RM3.5 bilion) tetapi akhirnya ia menyusut sebagai kesan kejatuhan harga saham Facebook.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackred99 12-12-2014 10:08 AM
better la than FB, walaupun IG hak milik FB.
Quote tipuware 12-12-2014 10:14 AM
pandai FB.. if we cannt beat them, buy them
Quote enchikfitz 12-12-2014 10:16 AM
blackred99 posted on 12-12-2014 10:08 AM
better la than FB, walaupun IG hak milik FB.

Makcik2 PPRT je yang gigih pakai FB
Quote blackred99 12-12-2014 10:20 AM
enchikfitz posted on 12-12-2014 10:16 AM
Makcik2 PPRT je yang gigih pakai FB

org yg suka karang status standard karangan SPM mmg suka FB.
Quote Acong 12-12-2014 10:32 AM
twitter? tak lama lagi akan bungkus cam frenster
Quote reenr 12-12-2014 10:33 AM
dah malas dgn twitter,.. semua status mengarut
Quote sekutz 12-12-2014 10:58 AM
aku smpai ke hari ni tak pandai nak gunakan twitter tu.. bukak akauan dah lama. aku pun rasa instagram lagi senang dan seronok
Quote noor2 12-12-2014 11:02 AM
I....instagram pun tak dak  ...Twitter pun X dak. ..
Quote noor2 12-12-2014 11:03 AM
Acong posted on 12-12-2014 10:32 AM
twitter? tak lama lagi akan bungkus cam frenster

Frenster pun i x dak
Quote shernazz 12-12-2014 11:03 AM
Aku lama dh xbukak twitter...huhu
Quote cemolot 12-12-2014 11:05 AM
blackred99 posted on 12-12-2014 10:20 AM
org yg suka karang status standard karangan SPM mmg suka FB.

ade je yang gigih mengarang novel 10 episod dekat ig tu
Quote cemolot 12-12-2014 11:06 AM
#visitmyig
Quote enchikfitz 12-12-2014 11:08 AM
cemolot posted on 12-12-2014 11:06 AM
#visitmyig

#kokping
Quote cemolot 12-12-2014 11:10 AM
enchikfitz posted on 12-12-2014 11:08 AM
#kokping

matiklah sampai bod CI pun seru nama yanti
Quote Mary_jane 12-12-2014 04:37 PM
Sideburn ceo atas tu mcm tmj plak. -misskhaleeda



Quote Bell 12-12-2014 05:13 PM
Aku pun takde IG or Twitter. FB ajer aku ada. Twitter pada aku pendek sgt...

FB yg paling byk tgk skrg of course Harimau Malaya.
Quote MH37O 12-12-2014 05:15 PM
ooo ig is owned by fb? baru tau...
Quote Kittie 12-12-2014 05:19 PM
Takde FB, takde IG. twitter penting, cpt nk dpt news & info2 juicy dr para spy.
Quote voiletiris 12-12-2014 05:23 PM
sekutz posted on 12-12-2014 10:58 AM
aku smpai ke hari ni tak pandai nak gunakan twitter tu.. bukak akauan dah lama. aku pun rasa instagr ...

mcm,ana nak install  instagram kat pc? aku ni ingin nak buka account tapi tak reti nak install.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.058264 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top