CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Orang Melayu berdepan bahaya lebih serius

15-12-2014 10:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18189| Komen: 189

Description: Lebih Malang, Orang Melayu Tetap Tidak Sedar Akan Bahaya Tersebut Kerana Masih Lagi Leka Bercakaran, Sedangkan Kaum Minoriti Terutamanya Orang Cina Begitu Giat Menyusun Strategi Bagi Merampas Kuasa Po ...
Orang Melayu berdepan bahaya lebih seriusKini jadi suara minoriti akibat perpecahan sesama sendiri

Abdul Hamid Mohamad (tengah) dianugerahkan Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa sempena Persidangan Agung Tahunan Ke 5, Perkasa yang disampaikan oleh Ibrahim Ali (kanan) dalam majlis di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Abd. Rahman Abu Bakar (kiri).



KUALA LUMPUR 14 Dis. - Orang Melayu sedang menghadapi bahaya lebih serius berbanding ancaman Malayan Union pada tahun 1946 kera-na kaum majoriti itu kini menjadi suara minoriti akibat perpecahan sesama sendiri.

Lebih malang, orang Melayu tetap tidak sedar akan bahaya tersebut kerana masih lagi leka bercakaran, sedangkan kaum minoriti terutamanya orang Cina begitu giat menyusun strategi bagi merampas kuasa politik negara ini.


Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, ketika berdepan ancaman Malayan Union, walaupun orang Melayu masih lagi dijajah, tetapi mereka bersatu sehingga akhirnya berjaya menyebabkan British akur.

“Hari ini orang Melayu berpecah dan diperalat hingga suara yang asalnya majoriti bertukar menjadi minoriti dan suara daripada kaum minoriti pula yang menjadi kuasa penentu. Tapi malangnya orang Melayu tidak sedar dan tidak ambil peduli.

“Sekarang orang Cina nampak peluang merampas kuasa politik, mereka bersatu di belakang DAP dan mempergunakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Pas yang ghairah ke Putrajaya tanpa sedar siapa sebenarnya meraih untung.

“UMNO pula (ketika ini) sudah hilang pengaruh kepimpinan dan genggamannya,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Agung Tahunan Kelima Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini hari ini.

Yang turut hadir sama Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abd. Rahman Abu Bakar.

Menginsafi bahaya yang sedang dihadapi, Abdul Hamid mengingatkan Perkasa agar jangan menjadi penyebab bertambahnya perpecahan orang Melayu, sebaliknya beliau menyarankan supaya badan itu terus menyokong UMNO.

Katanya, Perkasa selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbesar bumiputera hendaklah menarik penyokong atas pagar menyertai UMNO dan mencari jalan bagi mewujudkan kerjasama antara parti itu dan Pas demi Melayu.

“Kita cuba perbetulkan UMNO tapi jangan sesekali kerana marahkan nakhoda, kita bakar kapal. Itu kerja orang bebal yang mengamuk dan tidak berfikir. Tapi malangnya kerap kali orang Melayu bertindak secara sedemikian rupa,” jelasnya.

Terdahulu, Abdul Hamid mene-rima Anugerah Bintang Perkasa Negara iaitu anugerah tertinggi NGO tersebut daripada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali atas sumbangan serta ketokohannya dalam bidang perundangan negara.

Beliau individu kelima menerima anugerah itu selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor; Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub dan Tengku Razaleigh Hamzah.

3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taikor 15-12-2014 09:00 AM
kaum minoriti terutamanya orang Cina begitu giat menyusun strategi bagi merampas kuasa politik negara ini


macam mana ek? majoriti dlm Pakatan Rakyat adalah Melayu: PAS, PKR dan dlm DAP pun ade ahli2 Melayu.

Sultan2 pun Melayu. yg berkuasa semua Melayu. terrer betul Cina boleh rampas begitu senang aja
Quote Anak_Nogori 15-12-2014 09:37 AM
taikor posted on 15-12-2014 09:00 AM
macam mana ek? majoriti dlm Pakatan Rakyat adalah Melayu: PAS, PKR dan dlm DAP pun ade ahli2 Mel ...

Melayu jadi boneka lah....lagi mahu tanya..
Quote bluehedgehog 15-12-2014 10:03 AM
amcaman itu datang dari sikap bodoh sendiri, btoi x pakcik tua n9 & si deezack yg fobia cina?
Quote BotakChinPeng 15-12-2014 10:27 AM
taikor posted on 15-12-2014 09:00 AM
macam mana ek? majoriti dlm Pakatan Rakyat adalah Melayu: PAS, PKR dan dlm DAP pun ade ahli2 Mel ...

cina lemah longlai rampas pebende ?

melayu berpecah pun cina tetap kena tindas
Quote BotakChinPeng 15-12-2014 10:33 AM
Cina hanya sekadar mampu susun strstegi saja la dari dulu.  

Quote melia_star 15-12-2014 10:36 AM
Kelas sgt ker dpt anugerah drpd Ngo Perkasa ni yg presiden nya Ibrahim Ali????

Quote pooh~key 15-12-2014 10:53 AM
Melayu ni jenis nak bersuap. Padan muka sajalah aku boleh ucapkan bila mekayu makin mundur.
Quote famri7 15-12-2014 10:56 AM
Elohim bakal bayar cash keatas ummah supremacist meleis.Alhamdulillah.
Quote kaseh80 15-12-2014 11:15 AM
melayu sendiri yang menjahamkan melayu

tgk apa jadi pada Felda skrg

Bernama?
Quote Trooper 15-12-2014 11:16 AM

Perkataan seperti "orang Cina begitu giat menyusun strategi bagi merampas kuasa politik negara ini"...

Fikirlah, siapa yang takut hilang kuasa politik??
Seluruh bangsa Melayu?
Atau golongan UMNO sahaja???

Umno hilang kuasa = Melayu Hilang Kuasa??? - > tak Mungkin!!! Ini formula Umno nak Melayu percaya.
Yang sebenar!!
Umno hilang kuasa = PKR berkuasa... -> Melayu masih berkuasa!!!

Cina mana mungkin berkuasa dengan hanya 26% ??

Inilah, teknik Umno pakai, nak terus berkuasa.....
Takde kena mengena dengan Cina.....



Quote Trooper 15-12-2014 11:22 AM
Anak_Nogori posted on 15-12-2014 09:37 AM
Melayu jadi boneka lah....lagi mahu tanya..


Macam mana Sultan bleh jadi boneka??
Macam mana semua Umno bleh jadi boneka??

Sila tunjukkan ??

Melayu akan terus berkuasa!!!
Untuk generasi ini, generasi dulu dan generasi selama-lama nya!!!

Yang takut hilang kuasa, bukan Melayu, tapi Umno!!

Umno tak kuasa, PKR berkusa.. ... tetap Melayu!!

Melayu hilang kuasa, kalau UMNO hilang kuasa...
Inilah orang Umno nak cuci otak org Melayu!!

Umno yang taku hilang kuasa, bukan Melayu!!

Memang takde kene-mengena dgan Cina...
Quote bluehedgehog 15-12-2014 11:42 AM
semua salah cina...
sendiri bodoh mmg la x nmpk kelemahan sendiri
Quote ifanonline 15-12-2014 11:45 AM
kena tanya pula, ape akibat perpecahan melayu itu? siapa angkara? adakah semua melayu terbela? adakah hanya sekumpulan melayu dan kroni di anggap melayu? bagaimana pula melayu melayu pas, pkr?

adakah agihan kekayaan sesama melayu adil? adakah melayu hanya memberi harta dan jual kpd cina?

Quote batmana 15-12-2014 11:46 AM
bab salah menyalahi ni , puak2 tu mmg no. 1

cuba ajak berdebat secara ilmiah.. terus lari cm takut kene sunat toteinya..

Quote DTECCONAN 15-12-2014 11:53 AM
dulu lagikan orang Melayu berpecah antara PAS dan UMNO tetapi sebab majoriti bukan Islam menentang UMNO sekarang, barulah nampak seolah2 orang Melayu berpecah

sampai sekarang orang Melayu masih sokong UMNO cuma bezanya ramai bukan Melayu beralih sokongan

ketika UMNO kuat dulu.... kenapa tak kuatkan kuasa orang Melayu?

siapa yg menidakkan hak orang Melayu di Kelantan dan Terengganu?
Quote taikor 15-12-2014 11:57 AM
BotakChinPeng posted on 15-12-2014 10:27 AM
cina lemah longlai rampas pebende ?

melayu berpecah pun cina tetap kena tindas

ko kene tindas lah. abu kau tak leh masuk malaya. simpan kat thailand

Quote Anak_Nogori 15-12-2014 01:00 PM
Trooper posted on 15-12-2014 11:22 AM
Macam mana Sultan bleh jadi boneka??
Macam mana semua Umno bleh jadi boneka??


Ko bukan pengkaji sejarah malah spesis malas membaca..

Kuasa yg ko faham..sultan...aku kata jd boneka.lepas tu...ko boleh Tanya aku mcm mana semua umno boleh jd boneka?.
Quote v(T.T)v 15-12-2014 02:06 PM
kuasa mulayu kalau dirampas pun bukan oleh cina, tapi oleh imigran yg claim melayu.

kalau cina nak rampas kuasa, sudah boleh buat seawal zaman Cheng Ho yg membawa 10000 tentera yg Siam juga takut.

Kalau cina nak rampas kuasa, pd zaman Yap Ah Loy yg kaya dan mempunyai ramai kakitangan pun sudah boleh buat.

kerja indon caprut ialah mengapi2kan hubungan antara kaum, spy mereka boleh terus berkuasa. Agak kesian tahap IQ rakayat mesia yg percaya ngan mereka.
Quote Ah_Kwan 15-12-2014 02:19 PM
v(T.T)v posted on 15-12-2014 02:06 PM
kuasa mulayu kalau dirampas pun bukan oleh cina, tapi oleh imigran yg claim melayu.

kalau cina na ...

keh keh keh

zaman cheng hoe? 10000 orang mau tawan satu Tanah Melayu?

zaman Yap Ah Loi? dengan semua kongsi gelap cina yang ketagih candu nak rampas Malaysia ..??

Ini cerita gelihati kah atau apa?

keh keh keh

Lihat semua komen(189)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.061395 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top