CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Pekin Nasihatkan Tengok Filem (Skin Head) - Ophilia

16-12-2014 10:19 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20885| Komen: 31

Description: Pekin Atau Nama Sebenar Mohd Iznan Ibrahim, 34, Berkata, Ia Terjadi Ketika Dia Dalam Proses Membuat Kajian Tentang Budaya Tersebut Yang Masih Diamalkan Di Negara Ini Bagi Menjayakan Filem Terbaharunya ...
Pekin Nasihatkan Tengok Filem (Skin Head) - Ophilia





PETALING JAYA: Pelakon Pekin Ibrahim kesal apabila gambarnya bersama beberapa individu yang kononnya memperjuangkan fahaman songsang Skinhead dan Nazi disalah erti dan dianggap sebagai cuba menonjolkan budaya itu.

Pekin atau nama sebenar Mohd Iznan Ibrahim, 34, berkata, ia terjadi ketika dia dalam proses membuat kajian tentang budaya tersebut yang masih diamalkan di negara ini bagi menjayakan filem terbaharunya berjudul Ophelia.

"Saya cuba mengkaji tentang budaya-budaya yang pernah popular satu ketika dahulu seperti Skinhead dan Nazi dan kini masih lagi diikuti oleh segelintir masyarakat di negara ini untuk filem terbaharu saya.

"Ada orang yang telah muat naik gambar-gambar saya dengan satu kumpulan tersebut, selepas itu ramai yang cuba menghentam saya di laman sosial yang menganggap saya cuba menghidupkan semua budaya ini dengan menerapkan isu perkauman," ujarnya kepada mStar Online.

Pekin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status-statusnya di laman Facebook yang meminta agar orang ramai termasuk kumpulan-kumpulan tersebut bertenang dan menganggap filem terbaharunya itu bertujuan menukar persepsi masyarakat kearah yang lebih positif.


Jelasnya, filem Ophelia merupakan sebuah filem yang memaparkan tentang kemanusiaan dan persahabatan serta apa yang masyarakat tidak tahu tentang budaya tersebut.

Dalam pada itu Pekin berkata, untuk filem berkenaan dia telah melakukan kajian hampir dua tahun dan mendalami aktiviti kumpulan itu yang masih aktif di seluruh Malaysia.

Malah katanya, dengan usaha itu, dia kini mendapat sokongan dan kerjasama penuh daripada kumpulan berkenaan dalam membantu memberi maklumat bagi menjayakan filem yang masih dalam proses penggambaran itu.

"Pada mulanya mereka ingat kami ingin buat cerita tentang keburukan sahaja, tetapi sebenarnya kita mahu memaparkan budaya ini daripada sisi lain yang orang tidak tahu.

"Pada saya mereka semua ada satu ikatan yang sangat kukuh antara satu sama lain," katanya yang memeggang watak sebagai Uji.

Dalam pada itu, Pekin mengakui meminta seorang rakannya melukis dahulu gambaran watak Uji yang bakal dilakonkannya sebelum memulakan penggambaran.

Katanya, ia bagi memastikan karakter dan penampilan yang akan dilakonkan nanti tidak berlaku persamaan dengan watak-watak terdahulu.

"Setiap watak yang saya dapat saya akan gambarkan dan suruh kawan saya lukis di atas kertas terlebih dahulu untuk tentukan penampilan yang bagaimana.

"Dengan cara tersebut saya dapat memberi kelainan dan membezakan watak-watak yang saya lakonkan," ujarnya.


Komen di youtube -

Tq semua yg support filem OPHILIA .. Aku buat film ni Sbb Aku Syg kan Budaya skinhead .. Ini film utk meraikan skinhead Satu dunia . Tak kira bangsa apa pun . Kita brotherhood . Tolak ideologi yg boleh menjatuh kan kita org melayu Atau org Malaysia . We are Malaysia skinhead !!! Salute ! Segala kurang dan kelemahan dtg nya Dari Aku .. Ini yg terbaik utk anda semua . Aku dah langgar undang2 filem Malaysia Kerna semangat korang .! 

4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piao 15-12-2014 12:30 PM
Quote piao 15-12-2014 12:32 PM
Pekin skinhead.jpg
Quote chaintea 15-12-2014 03:11 PM
sejak bila dia skinhead?

oh pls saja create isu panas..

lame sungguh..boooo
Quote putehkundor 15-12-2014 03:17 PM
Ada hadek que haidar....
Mcm best jah...

Quote putehkundor 15-12-2014 03:18 PM
Betul ka ada watak rogayah hamzah dalam film ni?
Quote sepitsiput 15-12-2014 03:19 PM
Bg meols x fair utk kata filem ni nk sebar budaya skinhead..sbb sub culture ni wujud wayy back then...

Meols still percaya filem ni cuba bg kefahaman kt penonton ttg manusia2 yg terjebak dgn skinhead. Meols prefer tgk dgn positiviti. Klu x tgk tapi cerca...agak peliklah
Quote sepitsiput 15-12-2014 03:19 PM
putehkundor posted on 15-12-2014 03:18 PM
Betul ka ada watak rogayah hamzah dalam film ni?

Ruqayyah hamzah dulu bertugas bersih kelas hari apa chuols?
Quote ellZack 15-12-2014 03:26 PM
kalau iols tengok pun filem ni, mungkin sebab que je..
Quote putehkundor 15-12-2014 03:32 PM
sepitsiput posted on 15-12-2014 03:19 PM
Ruqayyah hamzah dulu bertugas bersih kelas hari apa chuols?

Kitorg 1 kelas biasanya gotong royong hari sabtu..
8pg-12noon...

Pastu mak teh dan rogayah gi pekan baca majalah variapop, pesta etc kat kedai mamak...
Last2 kena halau oleh owner tu dgn penyapu...
Sentap weols berdua terus boycott kedai tu sampai skrg..
Quote kaklehot 15-12-2014 03:41 PM
rasanya pekin metal head...dia ada band underground..kalo tgk dr fb nye..ada geng2 jamming heols..slh sorg geng jamming heols anak jiran akak..
Quote Robab 15-12-2014 04:01 PM
skinhead kalau ikut mat salleh geng-geng punk yg racist. yang neo-nazi. white supreme. takke?
Quote qqOfficial 15-12-2014 04:02 PM
putehkundor posted on 15-12-2014 03:18 PM
Betul ka ada watak rogayah hamzah dalam film ni?

ada mak teh...  cuba tanya kak shora a.k.a @kakprik heheee...
dlm filem ni digambarkan ozi gandum (que heydar) pernah dicabul oleh bapa tirinya yg juga rogayah hamzah selain mendera ibu kandungnya yg dilakonkan oleh kak shora (sharipah shahora)..

ophilia dlm filem ni juga adalah seorang mak nyah, adik kpd seorg gangster...ophilia dibunuh dan mereka diburu...  ophilia dilakonkan oleh mak nyah terulung malaya ...Nur Sajat ... hahaaaaa...
Last edited by qqOfficial on 15-12-2014 04:03 PM

Quote putehkundor 15-12-2014 04:09 PM
qqOfficial posted on 15-12-2014 04:02 PM
ada mak teh...  cuba tanya kak shora a.k.a @kakprik heheee...
dlm filem ni digambarkan ozi gandum ...

Oh patutlah haritu sajat ni dok promote film ni kat fb dia..


Aduh....terus mak teh teringin nak nonton...
Dah berjaman x tgk cite melayu....


Quote qqOfficial 15-12-2014 04:19 PM
putehkundor posted on 15-12-2014 04:09 PM
Oh patutlah haritu sajat ni dok promote film ni kat fb dia..

heheee....cantik kan sajat tu...ahakzzz....

mak teh tak tgk manisnya cinta ka...
Quote bulalof 15-12-2014 04:19 PM
another poser....
Quote Grengo 15-12-2014 04:20 PM
Euwww... takut lah dgn skin head. Nampak je grup ni.. cepat2 take cover. Nvr know whats in their mind..
Quote sharlenetexas 15-12-2014 08:38 PM
apsal nama Ophilia? feeling2 yunani ke?
Aristotle bila dimelayukan jadi Aristun.
Quote tomet05 15-12-2014 09:52 PM
rogayah sangat kan
Quote kakprik 16-12-2014 08:11 AM
qqOfficial posted on 15-12-2014 04:02 PM
ada mak teh...  cuba tanya kak shora a.k.a @kakprik heheee...
dlm filem ni digambarkan ozi gandum ...

ehehe..akak salute ko dik..best ko punya pencerahan...akak sindri pon tak tengok lagi pilem ni..
cadang weekend baru nak gi tengok..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.157107 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top