CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Rahim 'Jalur' Bersuarakan Isu Monyet Pakai Baju Melayu

16-12-2014 03:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10865| Komen: 35

Description: Teguran Tersebut Memberi Impak Kepada Kumpulan Jalor Yang Turut Diumum Antara Tiga Kumpulan Yang Mendapat Undian Terendah. Lebih Teruk Mereka Turut Dibidas Di Laman Sosial Media Selepas Dilihat Tidak ...
Rahim JALUR bersuarakan isu MONYET pakai baju melayu




Minggu lalu salah seorang juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2014, Datuk Jalaluddin Hassan memberi teguran ‘pedas’ terhadap kumpulan Jalor yang dilihat mempersendakan baju rasmi kebangsaan iaitu Baju Melayu.

Teguran tersebut memberi impak kepada kumpulan Jalor yang turut diumum antara tiga kumpulan yang mendapat undian terendah. Lebih teruk mereka turut dibidas di laman sosial media selepas dilihat tidak menjaga sensitiviti sesetengah pihak.

Menurut Rahim atau nama sebenarnya Rahim bin Mat Ali, ahli kumpulan Jalor sedia menerima dan akur dengan teguran yang diberikan oleh Datuk Jalaluddin Hassan mengenai isu tersebut dan sedia mengakui kesilapan mereka.

“Saya, Joey dan Along mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan persembahan kami minggu lalu yang melibatkan Baju Melayu sehingga ditegur oleh Datuk Jalaluddin Hassan. Kami akur dan terima kritikan tersebut dengan hati yang terbuka.

“Kami tidak bermaksud cuba menimbulkan kontroversi atau memburukkan imej baju kebangsaan kita. Datuk Jalaluddin lebih berpengalaman dalam industri seni tanah air dan selaku juri beliau mempunyai pandangan yang berbeza, sama juga dengan penonton dan peminat. Ada juga yang memberi komen positif selepas persembahan kami malah tidak dinafikan ada yang sokong dengan teguran barisan juri.

“Kami ambil ini sebagai panduan untuk lebih berhati-hati dan lakukan yang lebih baik di minggu hadapan. Insya Allah minggu ini Jalor cuba buat yang lebih baik dan elakkan dari berada di zon bahaya iaitu penyingkiran,” ujar Rahim ketika dihubungi Astro Gempak sebentar tadi.

Dalam pada itu, Rahim turut menjelaskan tema mingguan yang diberikan untuk MLM edisi kali ini agak sukar dan perlu lebih berhati-hati dalam menghasilkan sesebuah idea.





“Tema mingguan MLM edisi kali ini agak sukar kerana skop yang terlalu kecil. Contoh tema Retro dua minggu lalu sukar dan bukan mudah untuk membentuk sebuah persembahan dengan ‘punchline’ yang menarik. Kami cuba sedaya upaya untuk buat terbaik untuk tidak mengecewakan peminat program MLM dan kumpulan Jalor.

“Kami akui dua minggu kebelakangan ini persembahan kumpulan Jalor agak merundum dan kami berusaha mencari kesesuaian idea untuk dibawa ke pentas MLM  untuk minggu ini. Insya Allah kami akan tampil dengan persembahan lebih mantap dan berkualiti,” tambah Rahim lagi mengakhiri perbualan.

1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MoCuishle 16-12-2014 03:38 PM
Jadi, ummah Melayu di Tanah Malaya ini kiranya tersentap atau rasa terhina lah ye pabila monyet pakai Baju Melayu?

Quote Parit.Hilton 16-12-2014 03:39 PM
kalau bukan sebab monyet pakai baju melayu tu pun, kumpulan ni memang tak best.
Quote sparkling_nonie 16-12-2014 03:39 PM
kenapa sentap?
Quote AshkieLa 16-12-2014 03:40 PM
bukan ke dah terkeluar kumpulan Jalor ni?

rasanya Jalor ni jadi tak best bila ada antara ahli nak menonjol sensorang...
So idea pun jadi terabur sbb org tu nak punch line yg best...hakikatnya x best.
Quote ResellerMaxis 16-12-2014 03:43 PM
AshkieLa posted on 16-12-2014 03:40 PM
bukan ke dah terkeluar kumpulan Jalor ni?

rasanya Jalor ni jadi tak best bila ada antara ahli  ...

minggu lepas..masa MLM start..dia bagi kedudukan undian..jalor no 1 48%..yang lain semua bawah 9..
Quote cekelatkopi 16-12-2014 03:47 PM
stand up comedy mcm harith tu rasanya lg menusuk ke pankreas lawaknya dr yg pakai2 costume dan kena make up ni...
Quote 4cupcakes 16-12-2014 04:10 PM
minggu monyet tu mmg tak best.. memang wajar dikritik... tapi minggu lepas.. memang AWESOME!

pergi ke kedai membeli kelapa...kedai tutuppp... bahahah
Quote freekey 16-12-2014 04:11 PM
A'ah tak suka group lawak yang suka buat lawak memperbodohkan diri dengan kostum kostum merepek ataupun aksi aksi pelik.

Suka lawak mcm Jozan, Sepahtu, Shiro & Nabil sometimes.. They're great & creative!

Paling suka sekali idea JOZAN pasal Tabung Masjid tu. That's really awesome!

Tak suka jenis jenis lawak mcm JAMBU dan seumpamanya. Kesian Zizan terlibat dengan VIRUS skrg.. huhu..





Quote Suchi 16-12-2014 05:26 PM
4cupcakes posted on 16-12-2014 04:10 PM
minggu monyet tu mmg tak best.. memang wajar dikritik... tapi minggu lepas.. memang AWESOME! {:1_513 ...

ank iols suke sgt ikut pantun budak kecik tu
asik nk buka je bidio budak tu udahnya delete je bidio tu kalo ade sesapa wassap.
Quote harisbee 16-12-2014 06:03 PM
minggu dorang buat sarkas tu..mmg x sedap gila..patut out
Quote reenaz 16-12-2014 06:05 PM
Masa iols tengok ni mmg tak tercapai akalku ape kaitan monyet ngan baju melayu ni??
Quote setokinpurple 16-12-2014 06:17 PM
Lawak pergi ke kedai beli roti kedai tutup tu lawak cilok dr fb. Takde idea sendiri ke? Macam shiro jugak
Quote freekey 16-12-2014 09:14 PM
shiro ciplak idea apa plak?





Quote sepitsiput 16-12-2014 09:24 PM
Habis tu masa org utan jd maskot sukom 98 siap pakai baju melayu tu acaner?
Quote sepitsiput 16-12-2014 09:27 PM
freekey posted on 16-12-2014 09:14 PM
shiro ciplak idea apa plak?

Munurut chuols Ajak shiro tu cute x?
Quote cik_Sally 16-12-2014 10:25 PM
Jalor fail kerana adanya along bajet bagus...titik
Quote tomet05 17-12-2014 09:48 AM
erk ... dah terkeluor pun kan
Quote cik_kembong 17-12-2014 09:54 AM
cik_Sally posted on 16-12-2014 10:25 PM
Jalor fail kerana adanya along bajet bagus...titik

iols pun rasa along tu very the over....
Quote micha 17-12-2014 10:18 AM
Mgkn akak ni jenis yg x kisah, so akak rs biase je kot monyet pkai baju melayu.... Bg akak ok lg dr kumpulan yg melawak terjerit2 mcm sepahtu...

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.081841 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top