CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

10 Negara Dengan Perkhidmatan Pemandu Teksi Terburuk.

17-12-2014 09:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10359| Komen: 43

Description: Teksi Ibarat Duta Negara...Dimana Menjadi Perantara Sekiranya Pelancong Berkunjung Ke Sesebuah Negara..Mereka Lah Antara Orang Yang Kerap Berjumpa Dengan Pelancong Ini Dan Menjadi Tauladan Dan Bualan ...
10 Negara Dengan Perkhidmatan Pemandu Teksi Terburuk.


Teksi ibarat duta negara...dimana menjadi perantara sekiranya pelancong berkunjung ke sesebuah negara..mereka lah antara orang yang kerap berjumpa dengan pelancong ini dan menjadi tauladan dan bualan para pelancong...sedikit sebanyak apa yang ada pada pemandu teksi mencerminkan identiti sesebuah negara.. Sekiranya buruk ianya menjadi bualan dan memberikan tanggapan negatif kepada pengunjung yang berkunjung..Jadi jom kita selongkar antara pemandu teksi yang dikatakan terburuk di dunia..!!! \



10.  Moscow


Di Moscow, pemandu agak menyusahkan, tetapi mereka sekurang-kurangnya dilihat pada umumnya pemurah dan jujur. Masalah teksi di Moscow ialah sukar untuk mencari teksi di beberapa kawasan. Banyak kereta haram memandu sekitar Moscow dan cuba untuk mendapatkan penumpang, itu yang anda harus elakkan kerana kos yang mahal.



9. Pemandu Teksi Shanghai


Di China, pelancong disarankan menulis tempat tujuan di atas kertas dalam bahasa Cina, jika tidak anda akan menghadapi kesukaran mencari destinasi yang anda cari.


8. Pemandu Teksi Cairo  


Di Kaherah, Mesir, pemandu teksi terkenal kerana suka mengikut orang di jalanan dan mengugut mereka untuk mendapatkan lebih banyak perniagaan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berun 15-12-2014 04:05 PM
7. Zürich Drivers


Masalah bahasa selalu dihadapi oleh pelancong selain daripada kos tambang teksi yang agak mahal. Pelancong perlu bersedia dengan arahan sendiri atau berharap bahawa pemandu teksi yang anda naiki mempunyai GPS melainkan jika destinasi anda adalah satu tempat yang sangat terkenal seperti lapangan terbang atau sebuah hotel yang sangat besar.



6. Mumbai drivers



Pemandu teksi India sebenarnya bersaing atas perniagaan mereka, dan itu bukan petanda yang baik untuk keselamatan penumpang. Masalah lain ialah banyak teksi lama yang tidak mempunyai tali pinggang keledar di Mumbai.


5. Drivers in New York



Walaupun pemandu teksi di New York dianggap mengenakan kos yang berpatutan dan mesra pada umumnya, ramai pemandu tidak benar-benar tahu jalan dan itu menjadikan tambang boleh menjadi lebih banyak daripada apa yang anda harapkan.


4. Paris drivers


Pemandu teksi di Paris dikenali kerana sikap kasar mereka. Jika anda bercakap bahasa Perancis, ia jelas lebih mudah untuk mendapatkan perkhidmatan teksi di sekitar di ibu kota Perancis itu. Jika tidak, pelancong dinasihatkan untuk menulis alamat pada sehelai kertas untuk diperlihatkan kepada pemandu teksi.

Quote amyainsamad 15-12-2014 04:07 PM
MALAYSIA??
Quote berun 15-12-2014 04:10 PM
3. Drivers in Bangkok, Thailand


Walaupun ramai menganggap Bangkok, Thailand mempunyai beberapa pemandu teksi terbaik di dunia, terdapat banyak pemandu yang tidak tahu jalan. Beberapa pelancong mengatakan bahawa mereka tersesat walaupun mereka membayar tambang yang mahal tetapi hakikatnya ialah kebanyakan pemandu di Bangkok merupakan petani yang memandu teksi untuk membuat sedikit wang tambahan.

2. Drivers in Rome



Teksi adalah terhad dan pemandu sering kasar dan sukar untuk berurusan dengan mereka. Jika hari hujan, pemandu mengenakan harga dua atau tiga kali ganda untuk perkhidmatan teksi.


1. Pemandu Teksi Kuala Lumpur



Pemandu teksi dari Kuala Lumpur terkenal kerana mengenakan cas berlebihan terhadap pelanggan dan walaupun mereka sepatutnya mengenakan bayaran mengikut meter, ramai pemandu tidak berbuat demikian. Teksi di Kuala Lumpur juga selalunya usang dan buruk.

Quote stillen 15-12-2014 05:28 PM
Power Malaysia No. 1
Quote matahari7001 15-12-2014 10:33 PM
haha bukan teksi di kuala lumpur je yg selalunye usang dan buruk.. satu malaysia kebanyakkannye mcm tu la.
Quote hunny_bunny 16-12-2014 08:13 AM
fuyoooo malaysiaa nomot 1....
Quote mrsT 16-12-2014 09:05 AM
fuhhyooo malaysia no 1.. terbaikk..
Quote animcute 16-12-2014 10:19 AM
akhirnya servis bertaraf dunia, world class
Quote ninja boy 16-12-2014 11:30 AM
driver x tahun jalan dan adress itu masalah
Quote Artemesiaa 16-12-2014 12:04 PM
Wow Malaysia carta teratas tuuu
Quote meklin 16-12-2014 12:47 PM

Aku akan hairan kalau Malaysia tak masuk list nih!!
Quote Ayu61279 17-12-2014 09:26 AM
prnh iols dr opis nak ke the garden mall n ambik la cab
skali pelik tgk driver tu ikut jln lain pdhal the garden tu leh nmpk dr bus stop tmpt iols tunggu
(cuma tak sanggup jln kaki sbb leh tahan jauh gak.huhu.....)
so iols tnya la driver tu...u nak gi mana
dia ckp lake garden la
what?? trs iols ckp...i nak pi the garden mall,bkn lake garden
ekceli awal2 lg dah gitau nak pi mana....bkn skali iols gitau hokey!!
even jln pun iols dah tnjk...ikut arah mana
hailaaaa
Quote mattzzx 17-12-2014 10:16 AM
Malaysia boleh......
Quote alongweeda 17-12-2014 11:03 AM
bukan mslh usang n buruk jew....slalunyer driver ni selekeh n agk berbau...x mnjaga kebersihan dan kurang semangat
Quote tengokjerrr 17-12-2014 12:11 PM
hahahah ... Malaysia pon masuk senarai gak .. no satu plak tu .. champion betol lah Malaysia ni
Quote asher 17-12-2014 02:46 PM
akhirnya msia champion !!!!
Quote nakkomenjugak 17-12-2014 07:38 PM
thorrrrbaekkk laa malaysia!  
Quote Johnyblaze87 17-12-2014 08:22 PM
Guna la Uber.
Quote lonso 17-12-2014 09:09 PM
wow hebatnye malaysia

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.235945 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top