CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Misteri Penutupan Mimaland

17-12-2014 10:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18671| Komen: 36

Description: Ia Dibina Disebuah Kawasan Berbukit Seluas 300 Ekar Di Ulu Gombak Tidak Jauh Dari Kualalumpur. Pembinaan Mimaland Dibuat Dalam Beberapa Fasa Dan Dibuka Secaraberperingkat.
Kisah Di Sebalik Penutupan Mimaland

Bagi yang lahir pada tahun 80-an mungkinmengingati sebuah taman rekreasi yang cukup popular suatu ketika dahulu.Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an ini dikenali sebagaiMimaland muladibina dalam tahun 1971.. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalahsingkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina disebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari KualaLumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secaraberperingkat.




Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utamaMimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah‘ yangmengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkanpara pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuatpenggambaran di situ.

Pada 1984Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renangyang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur airgergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selainitu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuahtasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, sertakawasan untuk merentas rimba.
















Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang,sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi dikawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkankematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itumengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasanyang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerjapenambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renangyang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkanair lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebutditutup kepada orang ramai.

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamaholeh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaankesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadipunca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebutpihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibattidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutupterus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.

Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.



Dahulunya pintu masuk ke taman rekreasi yang indah..

Antara petikan angker dari forum Cari

salam.. sy SR kat sini.. saya amat teruja mengenai group korangnih..

tak mo cakap banyak.. MIMALAND.. tu adalah kampung saya.. sedaramara saya banyak duduk kat area mimaland.. dan saya pun memang la selalu doksana.. ulang alik dari umah.. kalo nak tau.. tempat tuh mmg keras sgt2.. pkcikn mkcik saya penah keja kat situ ms zaman kegemilangannya.. masa tutup tuh pun,saya bru drjah 2 or 3..hehehe

jangan kata mimaland je, sebelum mimaland, kat simpang batu10-11, simpang palembang, kat situh pun byk kejadian n cik ponti berkeliaran..termasuk pkcik, macit n sepupu sy penah kena.. dia melekat je kat cermin ketasmpai cousin sy hmpir exsiden langgar lori.. kebetulan dia bawak baby dia.. mmgtruk la dia nanes…

berbalik area mimaland tuh mmg keras giler la.. uma macit2 narwah atuk sy pun area situ, kira2 100m dr mimaland pun slu mende2 dtg kaco..kadang2 ponti la, antu kaki 3 la, SWeet pun ada, pling angker antu penanggal..kua dok lepak dpn uma pun kene kaco.. de je nmpk mende tuh ats pokok durian..kekadang si sweet ni men lompat2 tgh jalan.. dlm uma lagik la.. mcam2 ada.. olehsebab sy di besarkn di sana.. n most of my family member mmg asal gombak.. jadida bese la..

Pintu Masuk utama


Basikal Air Jadi Kenangan
Van Company




Ofis Taman Rekreasi








Tempat Menunggu Bas









1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 16-12-2014 03:59 PM
da ade benang ni sis...

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=614878

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=373290

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=491001
Quote sephia_rez 16-12-2014 04:01 PM
kentel posted on 16-12-2014 03:59 PM
da ade benang ni sis...

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=614878

  itulah ingat ada cerita terbaru psl mimaland nih..
Quote crazecousa 16-12-2014 04:02 PM
repost balik ke? cerita lama dah ada dlm cari ni... rotate gambar sama lak tu huhuhu
Quote kentel 16-12-2014 04:03 PM
sephia_rez posted on 16-12-2014 04:01 PM
itulah ingat ada cerita terbaru psl mimaland nih..

new comer kot...hiks..mohon cari dulu artikel baru post
Quote mamasaffiya 16-12-2014 04:04 PM
off topic
selekoh Palembang .. bukan simpang Palembang .. kat batu 9-10
memang keras sket kat situ
berapa nyawa dah melayang kat situ

walaupun sy org Gombak tapi tak pernah pun jejak kaki ke Mimaland
Quote Kambeng_Gurun 16-12-2014 04:06 PM
bukan dah ada ke pasal mimaland ni...

Quote cik.nana 16-12-2014 04:08 PM
Thread recycle?
Quote ninja boy 16-12-2014 04:09 PM
ingat ada cerita terbaru rupanya repet balik cerita dulu
Quote AbukRokok 16-12-2014 04:40 PM
penpatah penmerah copy citer dari forum ni....ko copy balik masuk forum ni
Quote elmen 16-12-2014 04:57 PM
mimaland? again? jadi ape citer terbarunye?
Quote chuckos 16-12-2014 05:20 PM


ingatkan ada kisah terkini la tadi..hahaha
Quote Fiera.MR 16-12-2014 05:26 PM
time kecik penah pegi sini, agak jakun.. try gelungsur tu.. terhantuk gak lantai... hahahaha.. best tmpt ni..
Quote Cik_Andak 16-12-2014 08:30 PM
Tak pernah sampai cni...tapi sayang la tempat tu terbiar macam tu je....
Quote CrowneGlory 17-12-2014 01:46 AM
Gmbr van buruk tu atas dia mcm ada bbrp entiti plak..serem
Quote makton 17-12-2014 08:32 AM
cerita lama.. ulang tayang astro kah ni?
Quote Athrun.Zalaa 17-12-2014 10:32 AM
makton posted on 17-12-2014 08:32 AM
cerita lama.. ulang tayang astro kah ni?

Sempena Villa Nabilakah?!!
Quote diary_oren 17-12-2014 11:43 AM
ada effort walaupun ulang tayang
Quote Shahreen74 17-12-2014 11:55 AM
teringat masa kecik2 pernah g sini....


sayang betul tempat rekreasi yg sgt menarik leh jd camtu.. terbiar saja... teringat lak ada satu taman kt batu gajah tu .. SM Noor ke apa tah ke namanyer... pun terbiar jerrrr...
Quote cempakasari 17-12-2014 12:01 PM
Shahreen74 posted on 17-12-2014 11:55 AM
teringat masa kecik2 pernah g sini....

sempat pegi ke SM Noor tu.. yg tu tutup kenapa?

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.303708 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top