CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kumpul Duit Sekolah Jual Ikan!

17-12-2014 02:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5105| Komen: 26

Description: Menurutnya, Dia Mengambil Keputusan Menjual Ikan Pada Musim Cuti Persekolahan Bagi Mencari Pendapatan Sekali Gus Meringankan Beban Bapanya Yang Bekerja Sebagai Kakitangan Swasta.
Kumpul Duit Sekolah Jual Ikan!

Dungun: “Upah yang dapat ini saya simpan untuk beli peralatan sekolah nanti,” kata Wan Mohd Aiman Wan Rozaimi, 14, yang mengambil upah menjual ikan di Pasar Dungun, di sini.

Menurutnya, dia mengambil keputusan  menjual ikan pada musim cuti persekolahan bagi mencari pendapatan sekali gus meringankan beban bapanya yang bekerja sebagai kakitangan swasta.

“Daripada duduk membuang masa di rumah lebih baik saya menjual ikan di pasar, dapat juga duit dan meringankan sedikit bebanan ayah.

“Apabila buka sekolah nanti, ayah mesti perlu banyak wang bagi membeli peralatan sekolah lima lagi adik beradik saya,” katanya di sini, semalam.

Rakannya Irfan Farhan Fathi, 13, berkata, dia mengambil keputusan mengikut jejak rakannya itu kerana apa yang disarankan rakannya itu boleh mendatangkan hasil.

Katanya, mereka berdua pergi ke rumah jirannya Wan Hishamudin Wan Muda, 43,  peniaga ikan di Pasar Dungun dan meminta izin untuk bekerja sementara pada waktu cuti sekolah.

“Alhamdulillah dia mempelawa saya membantunya dan kami bekerja dengannya sejak dua minggu lalu dengan  upah  RM10 sehari.

“Kami seronok dapat kumpul duit kerana apabila  buka sekolah nanti dapat beli pakaian dan peralatan sekolah serta sudah tentu dapat meringankan ayah yang bekerja sebagai buruh binaan,” katanya.

Menurutnya, dia mengakui dapat  banyak pengalaman sepanjang menjual ikan di pasar dan menyedari betapa pentingnya budi bahasa dalam berurusan dengan pelanggan terutamanya mereka yang lebih dewasa daripadanya.

“Bukan mudah kita hendak tarik pelanggan datang ke gerai, sebab itu kami berdua mengamalkan budi bahasa percakapan yang baik sebagai daya menarik pelanggan,” katanya.

WAN Mohd Aiman (kanan) bersama Irfan Farhan mengambil upah menjual ikan di Pasar Dungun.


1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dark_Vampire 17-12-2014 08:57 AM
harus dicontohi..............
Quote mbhcsf 17-12-2014 09:03 AM
Alhamdulillah, ada juga yg bagus mcm adik ni. Adik, semoga menjadi hamba Allah yg berguna. U have reminded me of a person yg amat indah hidupnya. Bless you.
Quote alekxander 17-12-2014 09:08 AM
tolong masa freetime je tau
dh besar sok keje smart2
Quote leylapple 17-12-2014 09:09 AM
bagus..kecik2 dah pandai ekonomi...

lagipun dah tau marketing strategi mcm mana nak jual ikan...
Quote rospinki 17-12-2014 09:13 AM
budak2 umo ni jgn didedah benda2 tk pekdah..brainwash dia dan beri tauladan baik sebgi ibubapa..insyaallah..elok la anak tu
Quote chaintea 17-12-2014 09:15 AM
di uptown tpt saya meniaga
pon ramai budak2 nak bekerja..kata mereka nak cari duit
nak buka sekolah perlukan duit katanya

for me dr depa merambu ukur shopping kompleks, better keje part time
Quote chinta89 17-12-2014 09:20 AM
chaintea posted on 17-12-2014 09:15 AM
di uptown tpt saya meniaga
pon ramai budak2 nak bekerja..kata mereka nak cari duit
nak buka sekola ...

setuju. at least diorg tau susah ke senang nk dpt sesuatu tu. jangan tau mintakkkkkkkkkkkk je
Quote prettyuglybabe 17-12-2014 10:00 AM
bagus dik.. harap rajin sampai ke besar
dah le species lelaki rajin ni diancam kepupusan
Quote rosasa 17-12-2014 10:17 AM
bagus adik ni...daripada main coc tak da faedah tu
Quote Kambeng_Gurun 17-12-2014 10:18 AM
bagusnye dikkk...
Quote toyaq_03 17-12-2014 10:26 AM
Alhamdulillah...semoga suatu hari nanti adik2 akan bjaya dlm hidup adik...
Quote yusrin 17-12-2014 10:28 AM
ada pro and cons..
anak jiran aku abis pmr keje
masuk form 4 dua bulan terus ponteng n ponteng lastly benti
alasan nk cari duit
sbb da biasa pegang duit banyak
pd aku elok makpak anta pi kursus tajamkan skill eg computer ka technical ka
Quote Suchi 17-12-2014 10:36 AM
dulu saya masa kecik pun gini gak
amik upah kopek buah kelubi tuk wat jeruk sampai kasar2  tgn,
kalo musim buah rembutan kait buh rembutan dan jual pd peraih.
penah gak pusing satu kg jual buah jering ngn adik.
semua nya tuk cari duit wat belanja keperluan sekolah.
Quote afie_m 17-12-2014 10:37 AM
dulu time cuti sekolah nak gak kerja partime..tapi family x pernah nak bagi ..alasan takut mls belajar nanti sbb dah pegang duit sendiri...rata2 kwn2 smua kerja time tu...tgk kebanyakan nya mmg mula start ja sekolah buka...malas ke sekolah tu mmg boleh nampak...ni bagi budak2 bandar lah...dari pengalaman sendiri ya...heheheh....
Quote mattzzx 17-12-2014 10:38 AM
semangat yg patut disemai pada anak2....
Quote lavasuperb 17-12-2014 10:40 AM
bagus budak ni..

harap2 duit upah jual ikan tu lepas la nak bayar line tenet rumah dia..

Quote liyamariska 17-12-2014 10:44 AM
kagum dgn kesungguhan bebudak ni cari duit sendiri...
Quote tengokjerrr 17-12-2014 10:58 AM
Alhamdulillah

dari duduk buang masa dgn perkara yg x berfaedah.
Quote lululun 17-12-2014 11:25 AM
respect to the parents! dan the boys. u are awesome!

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.057758 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top