CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bantahan Acara Ratu Cantik Di Pulau Langkawi

17-12-2014 03:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3305| Komen: 7

Description: "Ia Sama Sekali Bercanggah Dengan Imej Yang Cuba Ditonjolkan Seperti (Program) Kedah Berselawat, Dan Cuba Gambarkan Beliau Seorang Islamik," Katanya Ketika Dihubungi Malaysiakini.
Bantahan Acara Ratu Cantik Di Pulau Langkawi


PAS membantah penganjuran acara ratu cantik “Miss Tourism International: Show Extravaganza”, yang dijadual berlangsung di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi esok.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar, berkata PAS kecewa dengan kerajaan negeri yang membenarkan program yang "tidak membawa budaya sihat" kepada masyarakat itu.

"Menteri besar (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) perlu menyatakan pendirian jelas terhadap program ini.

"Ia sama sekali bercanggah dengan imej yang cuba ditonjolkan seperti (program) Kedah Berselawat, dan cuba gambarkan beliau seorang Islamik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, penganjuran program itu juga mempamerkan sikap tidak sensitif dengan tragedi melibatkan MH17 dan MH370.

Beliau yang juga ketua penerangan PAS berkata, Langkawi tidak perlu kepada acara seperti itu kerana pulau itu sendiri sudah bersifat "ratu" dan mampu menarik pelancong.

"Atau adakah Langkawi di bawah pentadbiran Datuk Mukhriz sudah tiada tarikan?" soal beliau.

Program itu anjuran bersama Berjaya Langkawi Resort dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Seramai 62 finalis dari seluruh negara mengambil bahagian.

Sementara itu, Berjaya Resort dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan, penganjuran itu bertujuan mempromosikan pelancongan, membina hubungan lebih kukuh antara negara dan mempamerkan budaya daripada seluruh dunia.

"Berjaya Langkawi Resort dengan bangganya bekerjasama dengan penganjur Miss Tourism International 2014, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam inisiatif ini untuk mendidik dan mempromosi pelancongan dan saling bertukar budaya,” kata Pengurus Besar Berjaya Langkawi Resort Chris Niuh.

18

Bagus
11

Marah
15

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 17-12-2014 08:22 AM
Bagus PAS! Kalau boleh, haramkan sekali semua jenis rancangan realiti hiburan dan juga peragaan oleh model wanita dan lelaki.. Baru adil..
Quote dodolgemok 17-12-2014 10:09 AM
tahniah datuk mukhriz dapat bawak masuk ratu cantik ke langkawi
Quote Defcon2 17-12-2014 11:06 AM
Umno ni cuba bawa ajaran Islam baru ke kat Malaysia ni? Islam separuh-separuh.  
Quote mattzzx 17-12-2014 11:23 AM
Pendapatan dan promosi pelancungan kepada Langkawi tu....
Quote rospinki 17-12-2014 11:31 AM
bini ac mial tu dulu bekas miss tourism from Malaysia..dh la itam pekat dia time tu..hahahaa last2 diorg sajes aku replace dia..wakaka
Quote tengokjerrr 17-12-2014 11:48 AM
Dun wori .. acara tetap dijalankan .. bantahan? kecik punya hal
Kebal dari segala sudut termasuklah tsunami
Quote callance 17-12-2014 11:56 AM
Sehari sebelum acara baru nak bantah, mmg x jd ape la.  sebelum acara, planning mst dah berbulan2. mmg acara tetap diteruskan la...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.056909 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top