Sari Yanti Sah Cerai Secara Tebus Talak, Mahu Selesai Nusyuz Cara Baik Kali terakhir bertemu pelakon ini adalah pada Ogos 2014 yang lalu dan bila soal penceraian beliau ditumbulkan, Sari Yanti memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab sebarang persoalan tentang perjalanan kes itu di mahkamah. Menerusi laporan Mangga Online, Sari Yanti & bekas suaminya kini Mohd Edy Casmadi disahkan bercerai secara tebus talak pada 11 December lalu menurut peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili pihak lelaki. “Mereka telah pun bercerai secara tebus talak di Mahkamah Syariah Seremban yang mana pihak defendan iaitu Sari Yanti dikehendaki membayar RM10,000,” katanya. Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah juga telah menetapkan 9 Februari 2015 sebagai perbicaraan penyelesaian kes nusyuz secara baik di antara dua belah pihak sebagaimana yang dikehendaki oleh Sari Yanti dan bekas suaminya.
|
MistrezHermanaz posted on 18-12-2014 09:23 AM
Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan lafaz talak ata ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-3-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.061871 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.