CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Belon Udara Panas Terhempas Di Turki (5 Orang Rakyat Malaysia Terlibat)

18-12-2014 03:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9666| Komen: 28

Description: Belon Udara Panas Itu Dilaporkan Ditiup Angin Secara Tiba-Tiba Sebelum Jatuh Terhempas Ke Tanah Walaupun Ia Cuba Melakukan Pendaratan Kecemasan.
Belon Udara Panas Terhempas Di Turki (5 Orang Rakyat Malaysia Terlibat)

Sebuah belon udara panas dipercayai terhempas di sebuah pusat peranginan popular di Cappadocia, Turki.

   

ISTANBUL: Seorang pelancong China terbunuh manakala sembilan yang lain cedera apabila belon udara panas yang mereka naiki terhempas di sebuah pusat peranginan popular di Cappadocia, Turki pada Rabu.


Menurut laman web CNN Turki, warga China dan Malaysia antara mangsa yang berada di dalam belon udara panas itu.

Belon udara panas itu dilaporkan ditiup angin secara tiba-tiba sebelum jatuh terhempas ke tanah walaupun ia cuba melakukan pendaratan kecemasan.

Cappadocia terletak di tengah-tengah Turki, terkenal dengan ciri geologi yang dipanggil struktur batu-batu tajam.

Aktiviti menaiki belon udara panas adalah antara aktiviti popular di kawasan itu.

Bagaimanapun, di pusat peranginan itu, kemalangan maut tidak kerap berlaku.

Pada Mei tahun lalu, media tempatan melaporkan tiga rakyat Brazil meninggal dunia apabila dua belon dinaiki bertembung sesama sendiri.

Sementara itu, seorang pelancong British turut dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan pada 2009.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote changa=famri7 18-12-2014 12:02 AM
            Lima Rakyat Malaysia Cedera Nahas Belon Udara Panas Di Turki    Inside The World’s WORST Airline…You DO NOT Want Fly On-board These Planes! | BuzzWok | Stories With A Good Taste  (Buzzwok)

   
Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 8:25 PM
                                   
                                                          (Ubah saiz teks)       
        PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas sebuah belon udara panas terhempas di sebuah pusat peranginan popular di Cappadocia, Turki pada Rabu.
Kedutaan Malaysia di Ankara memberitahu The Star bahawa secara keseluruhan seramai lima rakyat Malaysia cedera dalam nahas itu.

Seorang pelancong warga China disahkan terkorban dalam nahas tersebut. "Seorang kritikal manakala selebihnya cedera tetapi kami tidak dapat mengesahkan tahap keseriusan kecederaan mereka. Mereka dibawa ke Hospital Versa di Nevsehir untuk rawatan susulan," kata seorang pegawai kedutaan.

Beberapa pegawai dalam perjalanan ke Cappadocia dari Ankara dan dijangka tiba kira-kira pukul 9 malam (waktu Malaysia).

Terdahulu agensi berita Reuters melaporkan warga Malaysia antara sembilan pelancong yang berada dalam belon udara panas itu.

Aktiviti menaiki belon tersebut merupakan pakej jelajah di Turki yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia.

Punca nahas belon tersebut belum dapat dikenal pasti.
Quote PongKang 18-12-2014 12:22 AM
kesiannya.. takziah n rip utk yg terkorban.. speedy recovery utk mangsa yg lain.
Quote arianakhalid 18-12-2014 02:18 AM
Errrr baru bercadang nak naik
Quote amiraira 18-12-2014 05:44 AM

Sian derang br nk bercuti2....
Quote AcikLijah 18-12-2014 06:18 AM
iols slalu berangan nk naik benda alah ni, walaupun ada ketakutan disitu....
Quote MissMamamia75 18-12-2014 10:25 AM
aku seram nak naik belon ni..terbayang mcm citer UP to...belon melayang ntah ke mana2...
btw - if naik belon ni ada disediakan payung terjun skali ke?
Quote Artemesiaa 18-12-2014 11:46 AM
Takut kejadian macam ni le tak berani nak cuba naik belon udara panas gayat pun ia gak.
Quote alphawolf 18-12-2014 11:51 AM
MissMamamia75 posted on 18-12-2014 10:25 AM
aku seram nak naik belon ni..terbayang mcm citer UP to...belon melayang ntah ke mana2...
bt ...

Kalau ada pun, reti guna ke?
Quote cm_asamkumbang 18-12-2014 12:36 PM
uiii..macam mana la perasaan diorang dok tunggu bakul tu terhempas kat tanah
Quote asher 18-12-2014 12:50 PM
takziah..ni yg takut nie kalo naik belon panas..x secure...
Quote melissa~~ 18-12-2014 12:51 PM
takziah...
Quote MissMamamia75 18-12-2014 01:05 PM
alphawolf posted on 18-12-2014 11:51 AM
Kalau ada pun, reti guna ke?

kalu ada disediakan..patutnya pihak2 yg manage belon udara ni
bagi short briefing/training mcmana nak guna payung terjun tu time kecemasan..
maybe xcukup masa takat briefing kejap..tp better ada ilmu dr xde langsung..
Quote miranda88 18-12-2014 01:28 PM
tak pernah rasa nk naik mende tu..takot woo
Quote LuLu^Lost 18-12-2014 01:41 PM
eh..ini yang terbaru eh? dulu ..tak ingat tahun bila,tahun lepas ke 2 tahun lepas....kes yang sama. kat turki ni la... pasangan arab dan penumpang belon yg lain yg tidak dpt dipastikan dari negara mana, maut..sbb belon terbakar dan menjunam ke bawah. siap ada video lagi.


tak sangka, jadi lagi. ngeri.
Quote sambaldurian 18-12-2014 02:04 PM
teringat citer manisnya cinta di cappadocia
Quote amyainsamad 18-12-2014 04:22 PM
pengaruh manisnya cinta
Quote kejoraria 18-12-2014 04:27 PM
ingatkan selamat naik menatang alah ni.....emm...malang mmg tidak berbau
Quote tengokjerrr 18-12-2014 04:29 PM
cantek tapi bahaya lah tambah time nak turun kan belon
Quote anees~nuhara 18-12-2014 04:42 PM
tp pemandangan sgt cantikkk

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.164535 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top