CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

4 Penyampai Radio Akan Disiasat Di Bawah Akta Hasutan

18-12-2014 04:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17590| Komen: 116

Description: Gabungan Ngo Terbabit Turut Mendesak Agar Kementerian Terbabit Memantau Setiap Isi Kandungan Rancangan Bagi Stesen Radio Yang Ada Di Negara Ini Yang Boleh Menimbulkan Ketegangan Antara Kaum Dan Agama.
4 Penyampai Radio Akan Disiasat Di Bawah Akta Hasutan


KUALA LUMPUR: Empat penyampai radio BFM 89.9 berkemungkinan akan disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan penyiaran sebuah rancangan bual bicara yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum dan agama Islam.

Penyampai radio berkenaan ialah Shaarad Kuttan, Umapagan Ampikaipakan, Caroline Oh dan Patrick Teoh.

Gabungan sembilan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung perkara itu.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mengetuai gabungan NGO terbabit berkata, stesen radio tersebut telah menyiarkan program bual bicara yang membawa topik menyentuh sensitiviti kaum dan agama Islam pada 12 Disember lalu.

“Kira-kira jam 7 hingga 8 pagi, penyampai radio Shaarad Kuttan telah membincangkan mengenai tajuk Kalimah Allah, isu daging korban dan juga hak orang Melayu.

“Dan pada hari yang sama juga kira-kira jam 6 hingga 7 petang, penyampai radio Umapagan Ampikaipakan, Caroline Oh dan Patrick Teoh juga telah membincangkan isu agama Islam dan pemakaian tudung,” katanya ketika ditemui di perkarangan IPD Dang Wangi hari ini.

Mustafa berkata, terdapat unsur penghinaan dan hasutan yang menyentuh mengenai agama Islam seperti yang dibincang dan disiarkan oleh stesen radio terbabit.

“Kita duduk di Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Kami harap agar penerbit dan penyunting stesen radio terbabit lebih menghormati agama rasmi negara dan jangan timbulkan unsur perkauman atas kepentingan kaum. Mereka seharusnya menghormati perlembagaan negara,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahya menggesa pihak polis melakukan siasatan terhadap stesen radio itu yang telah beroperasi selama enam tahun.

“Kita minta polis siasat dengan laporan yang dibuat oleh wakil NGO ini melalui aduan orang ramai kepada PPIM dengan tujuan supaya pihak yang bertanggungjawab ke atas stesen radio terbabit diambil tindakan di bawah Akta Hasutan,” katanya.

Gabungan NGO terbabit turut mendesak agar kementerian terbabit memantau setiap isi kandungan rancangan bagi stesen radio yang ada di negara ini yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama.

“Kementerian berkenaan diminta melakukan pemantauan dan jangan terlepas pandang dengan bahan-bahan siaran stesen radio terutamanya yang berbahasa Inggeris.

“Kebanyakan pendengar radio BFM89.9 ini adalah golongan muda dan penyampaiannya dibuat dalam bahasa Inggeris. Mungkin jarang dalam kalangan orang Melayu yang mendengarnya tetapi majoriti pendengarnya ialah bukan Melayu dan isu berkenaan disampaikan oleh penyampai radio bukan Islam yang bukan pakar dalam isu yang diperkatakan secara umum itu,” katanya. 


4

Bagus
2

Marah
8

Terkejut
19

Sedih
6

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melia_star 18-12-2014 02:25 PM
apa biji butir yg drg bincangkan kt radio tu? kalu ada transkrip bual bicara lagi baguih....
Quote Kilokahn 18-12-2014 02:29 PM
ada podcast bfm, boleh download. Ezra tak kena ke.
Quote perang_candu 18-12-2014 02:31 PM
Aku harap , kalau ada orang bukan islam nak buat perbincangan tentang isu Agama Islam secara terbuka on air.., harus lah selitkan seorang wakil orang islam yg berpengetahuan dalam perbincangan itu.. jadi hala tuju perbincangan tidak lah sehala sahaja.
Quote ResellerMaxis 18-12-2014 02:32 PM
Kilokahn posted on 18-12-2014 02:29 PM
ada podcast bfm, boleh download. Ezra tak kena ke.

share link..
Quote stania83 18-12-2014 02:35 PM
Bfm ni tunggu masa je kena cantas. Tapi talk dia sanggatttlaaaaa knowlegeble
Quote batmana 18-12-2014 02:39 PM
selamba je bincang psl agama isle..

cuba klu muslim pi buat temubual psl agama buddha , psl agama hindu, tapi semua terlibat tu org islam..

mau marah mca, mic bagai
Quote rospinki 18-12-2014 02:42 PM
aku kdg sesat jgak dengar radio BFM, busniess FM ni..ade sekali tu pasal property..tiba2 pelik lak aku lain mcm je cara DJ tu komen
Quote slavehunter 18-12-2014 02:42 PM
Actually memang nampak tak relevan orang non muslim nak membincangkan tentang hukum hakam islam,ibadah korban....tanpa ada pengetahuan lebih. Nak2 pulak takde representative drp org islam yg membincangkan bersama. to me..u can kutuk bangsa,kerajaan,bn no problem...but not islam.
Quote atira 18-12-2014 02:44 PM
ada dua stesen radio je aku dgr skarang ni.. BFM dgn lite FM..
set2 dgr hot FM ka... mmg akan kata BFM ni pelik...
BFM mmg bukan untuk PPRT dan felda

Last edited by atira on 18-12-2014 03:04 PM

Quote Kilokahn 18-12-2014 02:44 PM
BFM ni aku boleh hadam, tolong jangan katup BFM.

http://www.bfm.my/a-conversation-with-reza-aslan.html yang BFM kena saman RM10000 dengan MCMC.

Yang kes ni tak sure ada podcast dia atau tak.

Radio radio lagho Melayu PPIM taknak report ke?
Quote atira 18-12-2014 02:45 PM
stania83 posted on 18-12-2014 02:35 PM
Bfm ni tunggu masa je kena cantas. Tapi talk dia sanggatttlaaaaa knowlegeble

gomen nak set2 radio merapik tu aja utk kita dgr kekdahnye...
yg buat panggilan hangit .. cerita dalam kain.. tu bagai..
Quote ResellerMaxis 18-12-2014 02:46 PM
slavehunter posted on 18-12-2014 02:42 PM
Actually memang nampak tak relevan orang non muslim nak membincangkan tentang hukum hakam islam,ibad ...

dah nama pun 1 negara..mereka pun setiap tahun tengok event orang islam..apa salahnya mereka nak berbual dan berkongsi sesama mereka berkenaan apa yang mereka lihat??
Quote AHMADVW 18-12-2014 02:47 PM


lu olang jgn bikin panas,
jangan macam2,
nanti gua gegar lu sorang2
Quote ResellerMaxis 18-12-2014 02:48 PM
atira posted on 18-12-2014 02:45 PM
gomen nak set2 radio merapik tu aja utk kita dgr kekdahnye...
yg buat panggilan hangit .. cerita  ...

ni bukan gomen..ngo bongok mana tah yang report..xboleh ke kita wat report gak segala benda bodoh kat radio tu..itu sensitiviti..ini sensitiviti..xyah ada radio, tv, internet semua..senang
Quote atira 18-12-2014 02:48 PM
ada satu interview BFM yg aku dgr dah bertahun dulu.. 2010 tak silap
tapi sangat2 berkesan dalam hati aku.. sampai sekarang aku teringat..  interview ni dalam BM
aku tak leh bukak pulak.. kene block kat opis ni

Growing Up In Chow Kit ... College student, Awaluddin Jalalus Shuti, speaks on his experiences growing up in Chow Kit, a crime-infested



ntah la pemimpin kita yg korang sayang tu sedar ke tak isu2 yg dihadapi awaluddin ini.. Last edited by atira on 18-12-2014 02:49 PM

Quote atira 18-12-2014 02:51 PM
ResellerMaxis posted on 18-12-2014 02:48 PM
ni bukan gomen..ngo bongok mana tah yang report..xboleh ke kita wat report gak segala benda bodoh  ...

ok ok.. sori la uols...

bydeway
ngo la sangat uols...
macam tak biasa... he he he...



Quote slavehunter 18-12-2014 02:52 PM
ResellerMaxis posted on 18-12-2014 02:46 PM
dah nama pun 1 negara..mereka pun setiap tahun tengok event orang islam..apa salahnya mereka nak b ...

Berbincang with positives comments no problem....kalau berbincang with negative comments itu yg masalah.
Quote Decaffeinated 18-12-2014 02:53 PM
hanya di Malaysia.

don't try to be smart.

pura2 bodoh sudah...

Quote perang_candu 18-12-2014 02:53 PM
apa apa hal.. kena baca trasnkrip perbincangan tu lah.. lepas tu aku akan consider untuk sentap atau cool macam urbanite..

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.083335 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top