CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Bekas Pengajar Plkn Ditahan Disyaki Rancang Militan Negara Islam (Is)

18-12-2014 04:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4517| Komen: 0

Description: "Suspek Juga Merancang Untuk Berkahwin Dengan Seorang Gadis Rakyat Malaysia Yang Bekerja Sebagai Guru Yang Menetap Di Salah Sebuah Negara Di Asia Tenggara, Sebelum Berlepas Ke Syria," Katanya Dala ...
Bekas Pengajar Plkn Ditahan Disyaki Rancang Militan Negara Islam (Is)


KUALA LUMPUR : Polis menahan bekas tenaga pengajar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kuantan selepas disyaki merancang untuk membuka laluan baru kepada rakyat Malaysia menyertai militan Negara Islam (IS) di Syria.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam satu kenyataan berkata lelaki berusia 30 tahun berasal dari Terengganu itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

"Beliau dipercayai merancang untuk membuka laluan baru bagi rakyat Malaysia untuk ke Syria dengan menjadikan salah sebuah negara di Asia Tenggara sebagai transit.

"Suspek juga merancang untuk berkahwin dengan seorang gadis rakyat Malaysia yang bekerja sebagai guru yang menetap di salah sebuah negara di Asia Tenggara, sebelum berlepas ke Syria," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek berkenaan terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan di Syria selepas berinteraksi melalui Facebook dengan beberapa rakyat negara ini yang sudah ditahan polis.

"Suspek juga pernah berhubung dengan Md Lotfi Mohd Ariffin, salah seorang rakyat Malaysia yang terkorban di Syria pada 14 September lalu, bagi mendapatkan panduan untuk memasuki Syria melalui Turki," katanya.

Suspek berkenaan ditahan di bawah kanun keseksaan (Akta 574), kesalahan berkaitan jenayah dan akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Baru-baru ini, polis juga menahan tujuh warga Indonesia termasuk empat wanita di sekitar Selangor kerana disyaki terbabit dalam aktiviti militan dengan menggunakan Malaysia sebagai transit sebelum menuju ke Syria.

Kesemua mereka berusia antara 25 dan 35 tahun ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, pada 2 Disember lepas.

5

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.150704 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top