CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tarian Tiang Ladyboy ‘Diimport’ Khas Dari Thailand

22-12-2014 09:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5569| Komen: 10

Description: “Lagi Tinggi Nilai Bunga Yang Diberikan, Lagi ‘Baik’ Layanan Diberikan Kepada Pelanggan.
Tarian Tiang Ladyboy ‘Diimport’ Khas Dari Thailand


Petaling Jaya: Sebuah pusat hiburan di PJS 8 di sini, menyajikan hiburan pelik apabila menawarkan persembahan tarian tiang dilakukan sekumpulan pondan ‘diimport’ khas dari Thailand.

Kumpulan lelaki digelar ‘ladyboy Siam’ itu  berpakaian seksi dan mempersembahkan tarian berahi pada setiap malam Rabu setiap minggu.
Malah kumpulan pondan itu menawarkan khidmat seks kepada pelanggan lelaki yang berminat sebaik persembahan berakhir.


Kegiatan maksiat itu bagaimanapun ditumpaskan selepas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman menyerbu premis itu jam 2.30 pagi semalam.

Hasil operasi itu, 36 penari tiang warga asing termasuk empat pondan ditahan polis.

Ketua operasi Asisten Superintendan Muhammad Mohd Jais berkata, kumpulan wanita dan pondan itu melakukan tarian tiang bagi menarik kehadiran pengunjung ke pusat hiburan itu.

“Risikan mendapati persembahan itu  bermula sekitar jam 11 malam sehingga awal pagi,” katanya.

”Mereka dikesan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan bayaran RM150 sehingga RM300 untuk setiap perkhidmatan,” katanya.

Dia berkata, pelanggan dibawa ke hotel berdekatan bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Menurutnya, pusat hiburan itu menyediakan kalungan bunga untuk dijual wanita dan pondan terbabit kepada pelanggan.

“Lagi tinggi nilai bunga yang diberikan, lagi ‘baik’ layanan diberikan kepada pelanggan.

“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di sini, untuk siasatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, pusat hiburan itu  beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan pernah diserbu pihak berkuasa sebelum ini.

PELAYAN wanita warga asing ditahan dalam operasi.


2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alekxander 19-12-2014 08:45 AM
pole dance
yeah


Quote bawangputih05 19-12-2014 09:02 AM
tersepit
Quote bellaa 19-12-2014 09:03 AM
pole dance boleh kurangkan berat badan
Quote qronaldo7 19-12-2014 09:05 AM
bukan dorang punye kecik ke
Quote Vellfire 19-12-2014 09:07 AM
hehe ingatkan betul2 tersepit kat tiang
Quote huJanBaTu 19-12-2014 09:15 AM
PJ darul AIDS N HIV
Quote Modngengade 19-12-2014 09:17 AM
anu kepit kat belakang dikkkkkk
Quote MengkuduMasam 19-12-2014 09:20 AM
da kene serbu tapi masih blh slambe offer service mengarut...

aku rasa undang2 kene ubang laa.. operator or pemilik yg penah didapati bersalah kenekan hukuman berat.. penjara 2-3 thn kaa... br laa depa xbrani
Quote prettyuglybabe 19-12-2014 09:23 AM
kabel kuat.. serbu beratus kali pun tak ada makna
Quote MokChu 19-12-2014 11:13 AM
prettyuglybabe posted on 19-12-2014 09:23 AM
kabel kuat.. serbu beratus kali pun tak ada makna

tu yg benar nya....

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.378567 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top