CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tambang Bas Sekolah Dijangka Naik Hingga 50%!

22-12-2014 11:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6812| Komen: 45

Description: Sambil Mempertahankan Pengusaha Bas Sekolah, Beliau Berkata, Jika Situasi Itu Berlaku, Pengusaha Bas Tidak Patut Dipersalahkan Kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) Dilihat Tidak Mengambil ...
Tambang Bas Sekolah Dijangka Naik Sehingga 50 Peratus   



PETALING JAYA: Kadar tambang bas sekolah pada sesi persekolahan yang akan dibuka semula pada Januari ini dijangka meningkat antara 30 hingga 50 peratus.


Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) Amali Munif Rahmat berkata, beliau tidak menolak akan ada pengusaha bas sekolah yang akan berbuat demikian akibat peningkatan pelbagai kos yang perlu ditanggung.

"Jangan terkejut jika berlaku kenaikan  antara 30 hingga 50 peratus. Ini kerana peratusan kenaikan akan diputuskan oleh pengusaha bas sendiri  selepas kadar tambang asas bas sekolah yang diwarta di bawah Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pada 2009 sudah tidak relevan lagi," katanya kepada mStar Online.

Sambil mempertahankan pengusaha bas sekolah, beliau berkata, jika situasi itu berlaku, pengusaha bas tidak patut dipersalahkan kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilihat tidak mengambil sebarang inisiatif untuk mengatasi masalah tersebut.

"Macam mana kita nak tetapkan satu kadar tambang yang memuaskan hati semua pihak jika tiada harga asas? Jadi jangan salahkan kami jika berlaku kenaikan tambang nanti," katanya.

Dakwa beliau, sehingga hari ini, SPAD dilihat cuba 'lepas tangan' bagi mengelak dipersalahkan oleh ibu bapa seandainya tambang bas sekolah dinaikkan.

"Mereka dilihat seolah-olah mahu 'lepas tangan'. Kami dibiarkan terkapai-kapai. Bila tiada harga asas yang baharu, SPAD jangan sebut tindakan akan diambil jika tambang berlebihan. Sepatutnya mereka lakukan sesuatu untuk mengelakkan kemelut ini berlarutan," katanya.


Amali Munif ketika menghadiri majlis bersama Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Malah, Amali berkata, sekiranya pengusaha bas dan PIBG bersepakat menetapkan kadar tambang bas sekolah, ia menjadi satu kesalahanan serius di bawah Akta Persaingan 2010.

"Kita sudahpun diberi amaran oleh MyCC (Suruhanjaya Persaingan Malaysia) supaya tidak melakukan penetapan harga secara kolektif. Jadi kami tersepit antara MyCC dan SPAD. Apa yang patut kami lakukan," katanya.

Pada Oktober lalu, MyCC memberi amaran kepada ahli persatuan itu yang didapati mengambil bahagian serta bersetuju dalam penetapan harga secara kolektif, boleh dikenakan denda sehingga 10 peratus daripada jumlah keseluruhan perolehan mereka.

Malah, perlakuan penetapan harga adalah bertentangan dengan Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 dan semua operator bas diminta supaya menentukan struktur tambang bas mereka secara bebas dan tidak menetapkan struktur tambang bas bersama operator yang lain.

Pada Selasa lalu, pengusaha bas sekolah menegaskan tetap menaikkan tambang bermula Januari ini dengan struktur tambang bas masing-masing ditentukan secara individu dan bebas.


Kata-kata itu dicapai dalam satu resolusi yang dicapai menerusi mesyuarat yang dihadiri seramai 105 perwakilan PPBSM di ibu negara pada Selasa lalu.


Amali menyifatkan kenaikan itu sebagai satu keperluan selepas lebih lima tahun tambang bas sekolah tidak pernah dikaji semula, selain peningkatan kos operasi termasuk alat ganti.

Malah, beliau berkata, kenaikan juga pasti berlaku sekiranya harga runcit diesel melebihi 50 sen daripada harga sedia ada.

SPAD pada awal Oktober lalu menetapkan pengendali bas sekolah tidak akan terikat kepada satu struktur tambang tetap lagi tetapi bebas menentukan anggaran tambang masing-masing berdasarkan rundingan bersama pihak sekolah dan ibu bapa.

Namun, sejak itu, keputusan tersebut mendapat bantahan daripada beberapa pengusaha bas yang menyifatkan ia sebagai sesuatu yang mustahil dan sukar untuk dilaksanakan kerana tiada garis panduan disediakan dalam penetapan harga baharu berkenaan.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keretasewa.ipoh 22-12-2014 09:34 AM
Kah kah kah...
Ha ha ha...
Mampu gelak jelah, padan muka...tggu gst nati pasti naik lagi...
Quote kejoraria 22-12-2014 09:34 AM
syabas....meningkat lg perbelanjaan...gaji tak naik lak sampai 50%
Quote BlueEagle 22-12-2014 09:41 AM
kadar tambang bas di sini masih jauh rendah berbanding negara2 lain...
Quote robertocarbos 22-12-2014 09:43 AM
Petrol turun kos naik? WTF? Patot la buncit.
Quote haryatie 22-12-2014 09:48 AM
mak aih...sekarang ni pun da rm70..
brapa lagik nak kena tambah..
yg ank sorang tu ok lagik
kalau ank 3@4 org sekolah..
cam ner...
Quote lavasuperb 22-12-2014 09:50 AM
haryatie posted on 22-12-2014 09:48 AM
mak aih...sekarang ni pun da rm70..
brapa lagik nak kena tambah..
yg ank sorang tu ok lagik

suh dorang jalan kaki...kos jimat badan pun sihat..



Quote ResellerMaxis 22-12-2014 09:51 AM
alhamdulillah aku belum ada anak n belum perlu bayar tambang bas sekolah..
Quote suriamir 22-12-2014 09:53 AM
Nak wat caner.... cam ni ler nasib.....
Quote ResellerMaxis 22-12-2014 09:53 AM
haryatie posted on 22-12-2014 09:48 AM
mak aih...sekarang ni pun da rm70..
brapa lagik nak kena tambah..
yg ank sorang tu ok lagik

kalau sekarang 70..naik sehingga 50%..maksudnya maximum tambang baru adalah rm 105.00 lah.. buat apa kau nak kisah kan orang anak sorang ke anak ramai..tu hal dia orang lah..sebelum dia orang wat anak dia orang dah patut pikir dah semua tu..
Quote MariaClara 22-12-2014 09:54 AM
anak aku sek st john bukit nenas...umah kat desa pandan...bukan jauh sgt ponnn....rm120...to and fro..klau naik utk balik sek je kul 1ptg je pon still rm120 xde kurang2...sbb gi sek pepagi dgn aku ...ni jan 2015 2 org dah temasuk adiknye...rm240...ermmm Last edited by MariaClara on 22-12-2014 09:55 AM

Quote lavasuperb 22-12-2014 09:54 AM
ResellerMaxis posted on 22-12-2014 09:51 AM
alhamdulillah aku belum ada anak n belum perlu bayar tambang bas sekolah..

lu handle diri sndiri pun tak pass elok la tarak anak...

alhamdulillah.




Quote ResellerMaxis 22-12-2014 09:55 AM
robertocarbos posted on 22-12-2014 09:43 AM
Petrol turun kos naik? WTF? Patot la buncit.

ni paling kelakar..petrol akan diumum turun 1 january..sebelum penurunan petrol..tambang bas sekolah dah diumum naik dulu..nanti petrol naik harga balik..tambang bas sekolah naik lagi..

ayuh..kearah negara berpendapatan tinggi..insya allah..kalau macam ni lah gayanya..driver bas pun boleh dapat gaji 10k sebulan..harapan untuk jadi negara berpendapatan tinggi semakin jadi kenyataan...
Quote haryatie 22-12-2014 09:55 AM
ResellerMaxis posted on 22-12-2014 09:53 AM
kalau sekarang 70..naik sehingga 50%..maksudnya maximum tambang baru adalah rm 105.00 lah.. b ...

bukan apa kesian jugak la ngan org yg ank ramai2 tu..


Quote haryatie 22-12-2014 09:57 AM
lavasuperb posted on 22-12-2014 09:50 AM
suh dorang jalan kaki...kos jimat badan pun sihat..

dekat ...mmg patut pun jalan kaki
kalau da jauh..
adoiiii...
Quote lavasuperb 22-12-2014 10:01 AM
haryatie posted on 22-12-2014 09:57 AM
dekat ...mmg patut pun jalan kaki
kalau da jauh..
adoiiii...

naik bas biasa...

lu orang kasi manja sgt la sama anak2 lu orang...patut la budak2 sekarang tarak street smart..



Quote ResellerMaxis 22-12-2014 10:02 AM
kenapa tt letak hyperlink kat text tu kepada emel susan@thestar.com.my tu??nak suruh kami emel susan tu meluahkan ketidakpuashatian ke??letak link ke emel rosmah ke..sesuai sikit nak mengadu domba..
Quote haryatie 22-12-2014 10:05 AM
lavasuperb posted on 22-12-2014 10:01 AM
naik bas biasa...

lu orang kasi manja sgt la sama anak2 lu orang...patut la budak2 sekarang tar ...

biasa la ..manjakan ank sendiri..


Quote roy3 22-12-2014 10:07 AM
Ini sume salah anwart liwat x tembusaman mesia dgn barang naik
Quote lavasuperb 22-12-2014 10:07 AM
haryatie posted on 22-12-2014 10:05 AM
biasa la ..manjakan ank sendiri..

tu pasal budak2 sekarang lembik cam sutun...

pi berantar balik berjemput..tarak social skill...



Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.067213 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top