CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Noniswara Telah Berhijab...Sedia Berkahwin Lagi

22-12-2014 04:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16826| Komen: 62

Description: Malah Selama Menyepi Dia Tidak Hanya Menguruskan Perceraian Dengan Bekas Suami, Datuk Rosman Ridzwan Tetapi Turut Mengambil Peluang Menghabiskan Masa Bersama Anak-Anak. "Lama Sangat Rasanya Tidak Be ...
Kerinduan Noniswara

Lama tidak aktif berlakon, dramatis Noniswara Baharuddin (Nonis), 44, mahu kembali mewarnai persada seni lakonan. Nonis yang hampir setahun tidak muncul di kaca televisyen mengakui dia rindu untuk kembali aktif. 

Malah selama menyepi dia tidak hanya menguruskan perceraian dengan bekas suami, Datuk Rosman Ridzwan tetapi turut mengambil peluang menghabiskan masa bersama anak-anak. "Lama sangat rasanya tidak berlakon. Sepanjang tahun ini saya menolak banyak tawaran berlakon demi memberi fokus menguruskan rumah tangga.

"Selain masalah (perceraian) itu, saya perlu mengambil banyak masa untuk berehat dan memberi sepenuh perhatian terhadap anak-anak Naveer Mihshon, 20, dan Nur Erysha Emyra, 15 yang sedang membesar. "Saya akui rindu hendak berlakon semula. Tempoh setahun itu terasa sangat lama dan Alhamdulillah sekarang saya mula berlakon menerusi drama bersiri Hati Perempuan yang akan disiarkan di TV3 nanti. "Kiranya ini projek untuk tahun 2015. Tahun 2014 memang saya tidak berlakon namun banyak drama lama saya yang ditayangkan semula di televisyen," katanya. Antara drama lakonan Nonis ialah Bukan Ku Pinta, Senyum Terakhir dan Cinta Sarakit. Sebelum terbabit dalam bidang lakonan Nonis asalnya seorang penyanyi.

Melihat penampilan barunya yang kini cantik bertudung, wanita berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mengakui mula bertudung sebulan sebelum Ramadan yang lalu. "Niat bertudung asalnya sudah lama apatah lagi melihat anak perempuan saya bertudung menguatkan lagi keinginan untuk sama-sama berhijab sepertinya. "Alhamdulillah hati saya terbuka untuk melakukannya sebulan sebelum Ramadan yang lalu dan saya bertudung sepenuhnya," katanya.

Mengulas mengenai status dirinya yang bercerai buat kali kedua, Nonis berkata, dia tidak serik untuk berkahwin lagi namun berharap biarlah bakal suaminya itu seorang yang kuat berpegang pada agama dan dapat membimbing dirinya menjadi isteri solehah. "Ini adalah perceraian kedua saya, sebagai seorang wanita tidak ada sesiapa pun yang mahukan perkahwinan berakhir dengan perceraian. Mungkin ini adalah hikmah membuatkan saya menjadi seorang yang lebih cerewet dalam soal mencari pasangan hidup.

"Memegang status janda banyak dugaannya, mungkin juga saya akan dikaitkan mempunyai hubungan dengan suami orang. Jujur saya katakan, seboleh-bolehnya saya menolak perhubungan itu dan berharap tidak hidup bermadu. Namun kuasa Allah SWT siapalah kita untuk menolaknya jika ditakdirkan terjadinya begitu. 


"Apa pun selagi boleh saya elakkan dan biarlah bertemu dengan lelaki bujang yang betul-betul ikhlas menerima saya dan anak-anak serta mampu membimbing saya ke jalan Allah. "Tidak saya nafikan macam-macam lelaki yang datang kepada saya. 

Ada yang berumur 20-an, 30-an beriya-iya mahu melamar saya sebagai isteri. "Kalau boleh saya mahu pasangan yang lebih berusia daripada saya atau mungkin juga lebih kurang sebaya saya. Bukan tidak yakin dengan lelaki muda tetapi rasa diri tidak sesuai dipadankan dengan mereka," kata anak kepada pelukis terkenal Baharuddin M.Y ini.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_kembong 22-12-2014 10:27 AM
cantik sheol ni....
Quote maxim 22-12-2014 10:27 AM
suami saya kata muka saya macam hantu
Quote amyainsamad 22-12-2014 10:29 AM
cantik la tu
Quote SyaAnis 22-12-2014 10:32 AM
cantik la pulak..

time tak bertudung tu, rasa macam biasa je..

lawa lak sekarang nih..
Quote GreenPurple 22-12-2014 10:33 AM
kenela berlakon.. nak menyara diri...
Quote kucen_miang 22-12-2014 10:35 AM
maxim posted on 22-12-2014 10:27 AM
suami saya kata muka saya macam hantu

siapa kawan dia tu?

Oh sedihnya dengan apa yang menimpa Noniswara ini. Baru sahaja bercerai dengan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan baru-baru ini, Noniswara memberitahu yang bekas suaminya itu dirampas oleh kawan baiknya yang merupakan rakan artis juga. Kejam sungguh dunia ini.

Menerusi MediaHiburan, Noniswara berkata:-
Saya tidak sangka, kawan sendiri sanggup melakukan perkara sedemikian kepada saya. Apatah lagi, dia di kalangan rakan artis juga. Saya mengenalinya dengan rapat dan sebelum ini, dia pernah meminta saya untuk cari kawan lelaki untuk dikenalkan kepadanya sedangkan dia memiliki ramai kenalan lelaki. Artis itu mula memberi perhatian kepada suami saya ketika saya sibuk dengan kerja-kerja di lokasi. Dia mula meracuni fikiran Datuk dan cuba memburuk-burukkan saya dengan menganggap saya sering mengabaikan suami.

Apa nak jadi dengan si rakan artis ini? Suami orang jugak yang dingoratnya. Dah la suami orang, suami member baik sendiri pulak tue. Memang tak ada hati perut langsung. Agaknya rakan artis tersebut rambang mata tengok kekayaan si suami kot. Kata Noniswara lagi.
Setelah berbincang dengan suami, dia mengakui yang dirinya mencintai wanita itu dan tidak mahu melepaskannya. Jadi, buat apa saya tunggu lagi jika dia sendiri akui ketika melihat saya, wajah saya menyerupai ‘hantu’. Saya tidak menyesali dengan apa yang berlaku dan menganggap ianya ketentuan ALLAH SWT. Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan mungkin setakat ini sahaja jodoh saya bersama dia
Kalau dah tahap nampak muka macam hantu, kemungkinan kena buatan orang tue mungkin ada. Masih ada lagi rupanya manusia yang percaya dengan perkara-perkara syirik sebegini. Mungkin anda akan bahagia sekarang ini, namun lambat-laun, perbuatan keji itu akan terbongkar jua. Insaflah wahai si perampas.
Quote cik_tonggek 22-12-2014 10:35 AM
akak harap yuols berenti cocok botox ye dik
nak insap, insap betul2
Quote maplesue 22-12-2014 10:35 AM
Cantik bertudung
Quote maxim 22-12-2014 10:37 AM
kucen_miang posted on 22-12-2014 10:35 AM
siapa kawan dia tu?

Oh sedihnya dengan apa yang menimpa Noniswara ini. Baru sahaja bercerai den ...

maznah zulkifli
Quote yinfenglee 22-12-2014 10:37 AM
bimbang di kaitkan dgn suami org ???
podacit !! klu ko tak menggatal menggedik tak kan org nak bercakap

pompuan kelantan yg janda2 ni selalu miang terlebih ...
Quote kucen_miang 22-12-2014 10:39 AM
maxim posted on 22-12-2014 10:37 AM
maznah zulkifli

so maznah tu kawen tak dgn laki dia?
Quote tapibukanaku 22-12-2014 10:52 AM
maxim posted on 22-12-2014 10:27 AM
suami saya kata muka saya macam hantu

epic!


Quote kaklehot 22-12-2014 11:12 AM
lawa bertudung..
Quote Munnalicious 22-12-2014 11:23 AM
Cantik. Nampak manis skali~
Quote Keenah 22-12-2014 11:26 AM
cantiknya.....
Quote tengokjerrr 22-12-2014 11:26 AM
Alhamdulillah cantek lagi bila bertudung ... tapi mata lebih terpana kat dagu .. runcingnya
Quote de_ikea 22-12-2014 11:29 AM
Moga istiqamah kak ya.
Quote Chempaka~Kasih 22-12-2014 11:35 AM
hmm.. dah byk sgt adjust muka akak nonis ni... rentikan lah ye sebelum terlambat. Dagu dan hidung tu dah lain sgt dah tu
Quote rospinki 22-12-2014 11:42 AM
muka plastik..berminyak2..kenapa tk kekalkan kecantikan semulajadi mesti lagi cun dia ni.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.307472 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top