CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Video Kekasaran Anggota Polis Bantuan Di Tbs

24-12-2014 11:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15084| Komen: 72

Description: Difahamkan, Dalam Kejadian Yang Berlaku Kira-Kira Jam 4.25 Petang Semalam, Pengadu Menghantar Sepupunya Di Terminal Untuk Menaiki Bas Ke Melaka.
Video kekasaran anggota polis bantuan di TBS


Video yang berdurasi 2 minit 34 saat itu dirakam seorang pemuda yang  memaparkan nama dan muka anggota polis yang dipercayai terlibat dalam  pertengkaran pada Ahad.


KUALA LUMPUR, 22  Disember:“Kalau tak puas hati, kita setel kat luar”.

Itulah kata-kata seorang anggota polis bantuan  di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, kepada seorang pemuda  dalam sebuah video yang kini menjadi viral di media sosial.
Video yang dimuat naik di Facebook Oh! Media sejak Ahad, mendapat perhatian  pengguna-pengguna media sosial di mana setakat ini lebih 180,000 tontonan, 7,624  likes, dan 5,717 komen serta 3,110 shares.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku  kira-kira jam 4.25 petang semalam, pengadu menghantar sepupunya di terminal  untuk menaiki bas ke Melaka.

Menurutnya, selepas makan di tingkat tiga  terminal itu, dia bersama sepupunya turun di tangga berhampiran ke tingkat satu  sebelum ditahan dua anggota polis.

Pengadu berkata, mereka berdua ditahan kerana  tidak mendapatkan cop untuk turun ke tingkat satu dan hanya mereka yang  mempunyai tiket dibenarkan turun ke tingkat itu.

“Saya mengaku salah dan mengikut arahan polis  tanpa melawan tetapi kecewa apabila seorang anggota polis menggunakan kata-kata  kesat selain meninggikan suaranya.

“Sepupu saya naik ke tingkat dua untuk  mendapatkan cop dan sebelum meninggalkan terminal itu, saya meminta maaf dan  meminta polis itu untuk bercakap dengan baik,” katanya yang tidak pernah  menggunakan perkhidmatan bas sebelum ini.

Akibat teguran itu, polis tersebut melenting dan  mengajak pengadu menyelesaikan masalah di luar.
Pertengkaran itu dileraikan oleh rakan  sejawatnya kemudian.

Video yang berdurasi 2 minit 34 saat  itu turut memaparkan nama dan muka anggota polis yang dipercayai terlibat  dalam pertengkaran itu.

Sumber pengurusan dari TBS ketika dihubungi The Rakyat Post berkata,  pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu menerusi kiriman e-mel  semalam.
Menurutnya, sebuah jabatan dalam pengurusan TBS  kini sedang dalam proses siasatan mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras,  Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, dua anggota di dalam video itu adalah  polis bantuan TBS.
Menurutnya, tiada laporan yang diterima setakat  ini dan pihaknya mengetahui akan kejadian itu.

Pautan video:


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 23-12-2014 01:03 PM
Aduan Kekasaran:

http://www.ohmedia.my/2014/12/ke ... sepadu-selatan.html
Quote ajunara 23-12-2014 01:16 PM
hmmm...habisla...kita tengok sape yang kena.....
Quote erin86 23-12-2014 01:20 PM
2014_12_23_13_19_42_Amran_Fans.jpg
Quote erin86 23-12-2014 01:21 PM





Quote erin86 23-12-2014 01:23 PM
2014_12_23_13_22_47_Amran_Fans.jpg


Quote Syd 23-12-2014 01:25 PM
@berun

@spideman80


sampai hati akak @GhostWalking tak panggey ai  
Quote revolusi_30 23-12-2014 01:26 PM
Mcm mana bos. Mcm tu gak kulinya.  Abu Juling pun leh tahan samseng nya. lol
Quote robertocarbos 23-12-2014 01:36 PM
Polis bantuan je pun.... Gaji pun seciput.. Bajet macam TBS tu mak bapak ko punye... puih!
Quote GhostWalking 23-12-2014 01:39 PM
Syd posted on 23-12-2014 05:25 AM
@berun

@spideman80

sorry sayam ingatkan isu ni suam2 kuku jah tak sangka amran petronas pun tau
Quote Syd 23-12-2014 01:40 PM
GhostWalking posted on 23-12-2014 01:39 PM
sorry sayam ingatkan isu ni suam2 kuku jah tak sangka amran petronas pun tau

sebelum kuar kat memana, abam2 pekida dah roger2 si meran tu dulu..
dia apa lagi..
dah laa job membedal orang dah kurang semenjak dua menjak nehh

neh peluang besar laa dia



Quote GhostWalking 23-12-2014 01:40 PM
revolusi_30 posted on 23-12-2014 05:26 AM
Mcm mana bos. Mcm tu gak kulinya.  Abu Juling pun leh tahan samseng nya. lol

Abu juling omg zaman kegemilangan dia dulu ramai aweks cuba hinggap
Quote GhostWalking 23-12-2014 01:41 PM
Syd posted on 23-12-2014 05:40 AM
sebelum kuar kat memana, abam2 pekida dah roger2 si meran tu dulu..
dia apa lagi..
dah laa job m ...

uols pernah tak lalui pengalaman polis bantuan yang kerek?iols setakat ni ok jah tak pernah
Quote Syd 23-12-2014 01:42 PM
GhostWalking posted on 23-12-2014 01:41 PM
uols pernah tak lalui pengalaman polis bantuan yang kerek?iols setakat ni ok jah tak pernah

kekadang dorang tegas
kita panggey dorang kerek

ai selalu jupe
polis bantuan YANG PEMALAS jerk



Quote KudaTutuhMuntz 23-12-2014 01:42 PM
Jom la ramai2 kita pegi cari si Ikhwan ni kat TBS ... pastu ajak dia setel kat luar ...
Quote Syd 23-12-2014 01:43 PM
GhostWalking posted on 23-12-2014 01:40 PM
Abu juling omg  zaman kegemilangan dia dulu ramai aweks cuba hinggap

sayam,
neh abang juling yang mana?


Quote GhostWalking 23-12-2014 01:48 PM
Syd posted on 23-12-2014 05:43 AM
sayam,
neh abang juling yang mana?

Abu Juling namanya kaya raya waima tak kacak.Poketnya rembes eh tapi dah tua kot skang iols rasa. @revolusi_30 sila seksplain sikit iols pun taktau dia samseng
Quote Syd 23-12-2014 01:50 PM
GhostWalking posted on 23-12-2014 01:48 PM
Abu Juling namanya kaya raya waima tak kacak.Poketnya rembes eh tapi dah tua kot skang iols rasa.  ...

dulu teringat orang sebut bos maju junction tuh, abang juling
Quote jofizo 23-12-2014 01:52 PM
mana bideonya
Quote GhostWalking 23-12-2014 01:57 PM
Syd posted on 23-12-2014 05:50 AM
dulu teringat orang sebut bos maju junction tuh, abang juling

bukan suami si camillia tuh?akbar khan?

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.232820 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top