Muka Jambu Didakwa Serang Penonton Vietnam Tertuduh, Muhamad Izzat Mohd Khir, 25, dari Seremban membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin di Mahkamah Majistret, sini.
Muhammad Izzat didakwa di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama lima lagi yang sudah dituduh serta beberapa orang lagi yang masih bebas pada 7 Disember lalu 9.50 malam di Stadium Shah Alam didakwa merusuh dengan menyerang mangsa iaitu penyokong Vietnam yang menonton perlawanan bola sepak. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip manakala tertuduh diwakili peguam bela Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud. Mahkamah menetapkan 22 Januari ini untuk sebutan kes dan tertuduh dikenakan jaminan RM2,800 dengan seorang penjamin. MUHAMAD Izzat Mohd Khir diiringi anggota polis keluar dari mahkamah. FOTO Rosdan Wahid
|
Modngengade posted on 23-12-2014 04:37 PM
akak lebih tertarik dgn avvy uoul....kenal ker?
kinda cute too
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
25-4-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.196793 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.