CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Mirip Kuntilanak Sanggup Panjat Tebing Untuk Bolos

24-12-2014 01:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5073| Komen: 15

Description: Dia Dan Tiga Lelaki Warga Asing Lain Yang Turut Melarikan Diri Antara 32 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) Yang Ditahan Selepas Gagal Menunjukkan Sebarang Permit Pekerjaan Atau Dokumen Perjalanan Masu ...
Wanita Mirip Kuntilanak Sanggup Panjat Tebing Untuk Bolos

Seorang wanita ditahan ketika cuba memanjat tebing setinggi lapan meter di belakang rumah kongsi di sebuah tapak pembinaan di Taman Krubong Jaya dalam serbuan kira-kira 6 pagi, semalam.


KRUBONG - Seorang wanita sanggup memanjat tebing setinggi lapan meter di kala subuh bagi mengelak daripada ditahan penguatkuasa ketika serbuan di tapak pembinaan di Taman Krubong Jaya, di sini, semalam.

Wanita dari Indonesia berusia 38 tahun itu juga bertindak memanjat tebing dengan berkaki ayam sebaik sahaja sepasukan polis menyerbu rumah kongsi di tapah pembinaan berkenaan dalam operasi bersepadu kira-kira jam 6 pagi.

Dia dan tiga lelaki warga asing lain yang turut melarikan diri antara 32 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang permit pekerjaan atau dokumen perjalanan masuk ke negara ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, jumlah itu termasuk lapan wanita yang ditahan pihak berkuasa dalam operasi bersepadu diketuai Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Deputi Superintendan V Gunasegaran.

“Dalam operasi selama hampir tiga jam ini, mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun dan terdiri daripada 21 warga Indonesia, Myanmar (tujuh), Nepal (tiga), dan Bangladesh (satu) termasuk empat cuba melarikan diri bagi mengelak ditangkap.

“Empat warga asing termasuk seorang wanita yang cuba melarikan diri di belakang kawasan penempatan mereka bagaimanapun gagal apabila pasukan segera bertindak menahannya,” katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sini, semalam.

Shaikh Adzis berkata, siasatan awal mendapati pendatang asing tanpa izin yang ditahan didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan pemeriksaan turut dilakukan terhadap kira-kira 30 motosikal ditemui di penempatan itu.

“32 warga asing daripada 382 yang diperiksa ini kemudian akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

2

Bagus
12

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 23-12-2014 03:22 PM
sanggup buat apa saja janji selamat
Quote lindarafee 23-12-2014 03:41 PM
kuntilanak kate ko. hahahahahhh
Quote spiderman80 23-12-2014 03:50 PM
Demi sesuap nasi.
Quote kenarikelabu 23-12-2014 03:54 PM
Kuntilanak...cilako je ayat....hahaha
Quote nakkomenjugak 23-12-2014 03:57 PM
hahahaahah kuntilanak takde permittttt habaq anggg
Quote robertocarbos 23-12-2014 03:59 PM
Dekat mane nak report ea kalau dekat kawasan tempat kita tinggal ade PATI macam ni?
Quote jo_je 23-12-2014 04:47 PM
sanggup ko kata dia kuntilanak
Quote clarizsa 23-12-2014 05:05 PM
x mirip pun.......................















Quote amir1976 23-12-2014 05:07 PM
Tangkap Indon2 ni dan bakar je hidup2.
Quote dani-rox 24-12-2014 12:35 AM
Sampai hati TT kata Indon nih mirip kuntilanak

Quote ronin 24-12-2014 01:45 AM
cakaplah mirip ponti.....feminin sikit...lol..
Quote noor2 24-12-2014 05:00 AM
Tajuk.......haha
Quote Esmiria 24-12-2014 09:32 AM
kesian dia..
Quote fifie_olin 24-12-2014 09:34 AM
kuntilanak pon voleyyyy
Quote GhostWalking 24-12-2014 09:35 AM
Rambut dia persis sangat kuntilanak

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.093971 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top