CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

10 Kali Kena Ambil Sendiri Barang Pos Laju

26-12-2014 09:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11987| Komen: 98

Description: "Kita Membayar Khidmat Pos Laju Ini Untuk Memudahkan Kita Kerana Barang Akan Sampai Terus Ke Rumah. Tapi, Sebaliknya Berlaku Apabila Setiap Kali Barang Dihantar, Saya Terpaksa Ambil Sendiri Di Kaunt ...
10 Kali Kena Ambil Sendiri Barang Pos Laju



Abd Rahman menunjukkan bungkusan yang bukan sahaja lewat diterima, malah terpaksa mengambilnya sendiri di kaunter Pos Laju Senawang.
< 1 / 1 >
SEREMBAN - Seorang pelanggan mempersoalkan perkhidmatan pos laju disediakan Pos Malaysia apabila terpaksa mengambil sendiri barangan yang dikirim kepadanya di kaunter Pos Laju Senawang.

Abd Rahman Ibrahim, 50, yang merupakan seorang jurukamera TV sambilan sebuah stesen televisyen tempatan berkata, dia kecewa apabila barangan yang dikirim kepadanya menerusi pos laju tidak dihantar ke rumahnya.

Menurutnya, sudah lebih 10 kali masalah itu berlaku membuatkan dia hilang sabar.

"Kita membayar khidmat pos laju ini untuk memudahkan kita kerana barang akan sampai terus ke rumah. Tapi, sebaliknya berlaku apabila setiap kali barang dihantar, saya terpaksa ambil sendiri di kaunter pos laju," katanya yang tinggal di Desa Jaya Villa, Tasik Jaya, di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian terbaharu berlaku Selasa lalu, apabila dia dan isterinya seharian menunggu di rumah untuk memastikan wakil pos laju datang menghantar barang.

“Kami terpaksa tunggu sampai malam untuk keluar rumah, takut-takut pos laju akan datang. Bagaimanapun, sampai ke malam, masih tidak muncul," katanya.

Katanya, dia terkilan apabila tiada sebarang notis pemberitahuan diberikan kepadanya, sehinggalah dia sendiri memeriksa rekod pengesanan (tracking record) di pejabat pos.

Gambar hiasan


“Kalau saya tidak periksa di kaunter, sampai bila-bila saya tak tahu barang itu sudah sampai atau tidak,” katanya.

Abd Rahman berkata, dia percaya pekerja pos tidak menghantar barangan itu ke rumahnya sejak diposkan pada 19 Disember lalu.

"Sebab sehingga semalam (Selasa), memang ada orang di rumah saya. Sebelum ini pun, saya pernah tunggu pos laju sampai sebulan.

"Perkara ini telah diadukan kepada pengurus pejabat pos laju di Senawang, namun jawapan diberikan sekadar ‘melepaskan batok di tangga’," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pos Laju Seremban (penempatan di Senawang), Shahrulbariyah Aziz ketika dihubungi, mendakwa beliau tidak boleh membuat sebarang kenyataan media.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cammie1711 25-12-2014 10:42 PM
Memang hamjad pun servis pos laju ni. Aku dh byk kali kena. Ku baru je nk bukak pintu dia dh berambus. Skg ni mmg kene jerit kuat2 suruh dia tggu
Quote encikWawad 25-12-2014 10:44 PM
Memang teruk pos laju ni - kat umah i ni - dia senyap2 datang letak notis - i tanya apsal letak notis je - barangnya mana? - tak cukup ruanh nak bawak katanyaaaaaa - mmg bongok - rugi je drb hicom g beli pos mesia ni - hazabedahhhh
Quote TuntungReturn 25-12-2014 10:46 PM

aku selalu je pos laju tgl nota suh amik barang.aku xde kt umah kadang2 call "bang barang dh sampai,besar sgt posmen x leh bawak"..paham2 sendiri la..pi gak la pejabat pos
Quote pooh~key 25-12-2014 10:47 PM
pakai la fedex.
Quote FOTHER-MUCKER 25-12-2014 10:48 PM
encikWawad posted on 25-12-2014 10:44 PM
Memang teruk pos laju ni - kat umah i ni - dia senyap2 datang letak notis - i tanya apsal letak noti ...

Pengurusan yang tidak bertanggung jawab dan TIDAK ikhlas.

drb kah? mana @peYno  mana..kahkah..
Last edited by FOTHER-MUCKER on 25-12-2014 11:33 PM

Quote nalis 25-12-2014 10:50 PM
"Perkara ini telah diadukan kepada pengurus pejabat pos laju di Senawang, namun jawapan diberikan sekadar ‘melepaskan batok di tangga’," katanya.

Sekarang dah tau guna perkataan yg betul - batok
Quote Mary_jane 25-12-2014 10:51 PM
Pernah skali posmen xdpt serah parcel, slamba tulis nota 'alamat tdk wujud'.


Quote encikWawad 25-12-2014 10:51 PM
FOTHER-MUCKER posted on 25-12-2014 10:48 PM
Pengurusan yang tidak bertanggung jawab dan TIDAK ikhlas.

drb mana @penyo mana....

Pengurusan dengan kerugian mahadewa pun leh kuar bonus bulan 5 hari tu - pakai duit mana bayau pun tatau - nonetheless dah dapat gaji - pemalasnya kemain nahazab - selayaknya pekeje pos ni di ganti - sapa kpi rendah tendangkan je
Quote FOTHER-MUCKER 25-12-2014 10:56 PM
Aku pun selalu kena pergi ambil sendiri. Ada satu hari tu yang pegang kunci post office tu pergi outstation meeting. Dia lupa nak bagi kunci kat penolong dia. Apa lagi ramailah orang tunggu kat luar post office tu. Salah sorang pekerja tu terpaksa pecah kan pintu bahagian pelepasan kat office tu. Aku dah rasa post laju dan macam kedai kampung je, kunci pun boleh lupa nak bagi kat pembantu. Dah lah kita orang datang pukul 8 pagi terpaksa kena tunggu hingga pukul 11am. Baru buka pintu.
Quote ronin 25-12-2014 10:57 PM
Aku stakat ni poslaju mmg hantar ke rumah cuma kadang2 tak sempat nak amik posmen dah blah selepas dia hon bbrp kali...
Quote stania83 25-12-2014 11:00 PM
Poslaju rasanya kekurangan resourcelahh. Volume mencanak semenjak ramai org menjual kt instagram. Walaupun delay nasib baik sampai jugak.
Quote missDollie 25-12-2014 11:03 PM
mujur pos laju kt umah aku efisyen..posmen tu henseemmmm...
Quote naina 25-12-2014 11:08 PM
So far pos laju kt tmpt aku mmg tiptop.hr ni order esok sampai.tapi yg trbru mak aku bising2 posmen pos bese letak surat penduduk yg dia taw dan mudah sampai.bil tertunggak r.posmen bd baru1
Quote naina 25-12-2014 11:08 PM
So far pos laju kt tmpt aku mmg tiptop.hr ni order esok sampai.tapi yg trbru mak aku bising2 posmen pos bese letak surat penduduk yg dia taw dan mudah sampai.bil tertunggak r.posmen bd baru1
Quote rykall 25-12-2014 11:14 PM
missDollie posted on 25-12-2014 11:03 PM
mujur pos laju kt umah aku efisyen..posmen tu henseemmmm...

posmen rumah aku pun same cam model dolce n gabbana...slalu aku perasan, bila dgr bunyi moto posmen tu dtg, makcik2 gatal pun dok bersidai kat luar konon nak amik surat, padahal nak ngurats abam posmen tu. kalo poslaju mmg slalu pakcik tua yg dtg anto, xde plak makcik2 bersidai....
Quote freebird 25-12-2014 11:24 PM
poslaju ni bawah sayyid baukari kan???
biasalah, kroni malas senang dapat projek...
Quote fire_place 25-12-2014 11:26 PM
mmg bkali kena ngn pos ni..padahal pintu tgh tbuka..jelas pagar depan ngn pintu dlm..aku jerit sekejap..dia pandang pintu tu n terus blah..biadap sgt..

kalau skynet, gdex tu aku jerit tunggu dr tingkat atas. dia boleh je dgr..ada sekali pintu xleh bukak sb kunci dua2 suami aku bwk.gdex siap hanto blkng umah.

yg pelik pos ni knp xpernah call kalo tgk umah xda org ke.gdex skynet slalu call..ckp ada pghntaran sy kat depan rumah
Quote Orix 25-12-2014 11:28 PM
rykall posted on 25-12-2014 11:14 PM
posmen rumah aku pun same cam model dolce n gabbana...slalu aku perasan, bila dgr bunyi moto posme ...

amboiiiii sgat makcik2 dekat kawasan kau tu
Quote mystica 25-12-2014 11:30 PM
poslaju kuantan service bagus. so far aku sgt puas hati.

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.126568 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top