CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Amuk Guna Lori Langgar Kereta

26-12-2014 10:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5709| Komen: 9

Description: Lelaki tersebut dilaporkan merempuh kenderaan-kenderaan terbabit dengan menggunakan sebuah lori pengangkut sampah setelah tidak berpuas hati dengan salah seorang penduduk di pangsapuri tersebut.
Lelaki Mengamuk Guna Lori, Rempuh 8 Buah Kereta di Puchong


PUCHONG, 25 Dis - Seorang lelaki bertindak merempuh beberapa buah kenderaan di Pangsapuri Permata Sari di Pusat Bandar Puchong, dalam satu kejadian kira-kira jam 10 pagi tadi.

Lelaki tersebut dilaporkan merempuh kenderaan-kenderaan terbabit dengan menggunakan sebuah lori pengangkut sampah setelah tidak berpuas hati dengan salah seorang penduduk di pangsapuri tersebut.

Menurut kenyataan sumber yang menghubungi Siakapkeli, penduduk pangsapuri yang menjadi mangsa amukan lelaki tersebut adalah abang iparnya sendiri.

Lelaki itu pada mulanya bertindak merempuh dua buah kereta milik abang iparnya iaitu sebuah Iswara dan sebuah Avanza menggunakan lori tersebut.



Bagaimanapun, beberapa kenderaan lain yang berada berhampiran turut menjadi mangsa amukan lelaki terbabit.

Menurut sumber itu lagi lapan buah kereta dan dua buah motosikal menjadi mangsa dalam kejadian tersebut. Selain itu beberapa struktur pangsapuri tersebut juga dilihat rosak disebabkan perbuatan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki berbadan gempal itu sudah ditangkap oleh polis yang tampil ke tempat kejadian. 










9

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
8

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nebulagazer 25-12-2014 08:41 PM
Kesian lak yg tak bersalah terkene tempias
Quote FOTHER-MUCKER 25-12-2014 08:58 PM
Benda tak bernyawa pun boleh di kategorikan sebagai "mangsa" selama ni aku ingatkan benda bernyawa je boleh jadi mangsa.
Quote batmana 25-12-2014 09:27 PM
sebab tu la , dri kecik kene pndai kawal kemarahan..

ni luahkn kemarahan kt bnda lain.

cmnila jadinya
Quote budak_gemuk91 26-12-2014 10:51 AM
gila ke???sengal....
Quote abgmar 26-12-2014 07:57 PM
apa tak beduk je abang ipar tu?
Quote sephia_rez 29-12-2014 11:34 AM
FOTHER-MUCKER replied at 25-12-2014 08:58 PM
Benda tak bernyawa pun boleh di kategorikan sebagai "mangsa" selama ni aku ingatkan benda bernyawa j ...

lemah bahasa malaysia lettew..
Quote Perutkaembong 29-12-2014 12:16 PM
mabok todi berpisah tiada
Quote lil_honey 29-12-2014 12:19 PM
diorang ni senang je hidup kan..
kalau nak ngamuk , ngamuk sakan, bila dah nyesal pastu pikir nak bayar ganti rugi la ape la...
bunuh diri terus.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.052511 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top