CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hobi Lihat artikel

Sikat Rambut Kesihatan Tanduk Seladang

5-6-2013 12:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10565| Komen: 0

Description: Sikat rambut ini boleh digunakan di bahagian depan (gigi sikat) yang digunakan untuk mengurut kepala di bahagian yang mempunyai rambut. Manakala di bahagian belakang (pemegang sikat) boleh digunakan s ...
RAHSIA KEJADIAN ALAM..
Sikat Rambut Kesihatan Tanduk Seladang...






Sikat rambut ini boleh digunakan di bahagian depan (gigi sikat) yang digunakan untuk mengurut kepala di bahagian yang mempunyai rambut. Manakala di bahagian belakang (pemegang sikat) boleh digunakan sebagai alat guasa untuk urutan yang lain di setiap bahagian tubuh anda.



Keistimewaan:
Membelai dan mengurut rambut secara rapi, sihat dan tidak gugur
Menghilangkan kelemumur dan gatal di kepala
Mengelakkan rambut berbuah, kutu rambut dan rambut kusut
Melegakan tekanan dan sakit kepala seperti migrain
Melambatkan pertumbuhan uban
Melancarkan perjalanan darah
Membuang asid dan toksid dalam puri-puri darah
Meyejukkan dan menyegarkan kulit kepala dari haba panas yang terkumpul di kepala
Bercas neutral
Boleh digunakan untuk urutan guasa lain termasuk menegangkan buah dada (akan dibincangkan dalam catatan akan datang)

Keistimewaan sikat rambut yang diperbuat daripada tanduk seladang secara langsung merupakan satu terapi kesihatan melalui urutan refleksi ke atas kepala dan penggunaan kerap akan menyentuh secara tidak langsung titik refleksi terapi dalam meridian di bahagian kepala.

Titik Refleksi dalam meridian di bahagian kepala (petikan daripada Kaedah Terapi URUT GUASA Tradisional Cina, Tabib Cina Ngau Heong, 2002,ms 14) seperti:-

Meridian Usus Besar
Meridian Usus Kecil
Meridian Kelenjar TRI
Meridian Perut
Meridian Pundi Kencing
Meridian Hempedu
Meridian Urat Saraf Utama Depan
Meridian Urat Saraf Utama Belakang
Secara asas penggunaan sikat secara urutan GUASA ini boleh digunakan bila-bila masa atau lebih baik dilakukan selepas mandi dan sebelum tidur selama 5-10 minit:


Sikat dari sisi kepala di atas cuping telinga, dari depan ke belakang, kiri dan kanan kepala
Dari ubun kepala, sikat dari belakang ke hadapan kepala
Dari ubun kepala, sikat ke bawah hingga ke leher
Dari ubun kepala, sikat dari atas ke tepi hingga ke cuping telinga, kiri dan kanan kepala
Kenapa Menggunakan Guasa dari Tanduk Seladang/Kerbau

Alat yang digunakan pada zaman dahulu adalah terdiri daripada duit syiling atau sudu seramik. Penggunaan duit syiling pada masa kini adalah merbahayakan, kerana sisi syiling yang bergaris memerangkap pelbagai jenis kuman yang dicemari oleh pelbagai jenis manusia dan faktor kebersihan yang meragukan.

Guasa yang dibuat daripada tanduk kerbau atau seladang ini berkeupayaan untuk membuang kepanasan dan toksin daripada badan. Tanduk ini tidak akan menyebabkan kesan elektrik dan tidak menghasilkan kesan haba apabila bergeser dengan permukaan kulit.


selamat mencuba..


1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.095329 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top