CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2,067 Sarang Pelacuran Di Selangor - Polis

15-1-2015 02:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10084| Komen: 20

Description: Abdul Samah Berkata, Polis Juga Berkerjasama Dengan Tenaga Nasional Berhad (Tnb) Dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Bagi Melaksanakan Kerja-Kerja Pemotongan Utiliti Di Premis Yang Dikenal Past ...
2,067 Sarang Pelacuran Di Selangor - Polis


SHAH ALAM 14 Jan. - Sebanyak 2,067 premis di seluruh negeri ini dikenal pasti sebagai sarang maksiat yang menawarkan khidmat seks pelacur warga asing.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, premis berkenaan melibatkan spa, rumah urut, hotel, karaoke, bar serta salon yang kini dalam pemantauan pihaknya dan akan diperiksa secara berterusan bagi tujuan pembanterasan.

Menurutnya, bagi tujuan itu, Op Noda Khas telah digerakkan sejak 18 November tahun lalu dengan melibatkan 2,969 serbuan di seluruh negeri.

“Hasil serbuan, polis berjaya menangkap 1,781 individu membabitkan 1,363 wanita dan 124 lelaki warganegara asing serta 28 wanita dan 266 lelaki tempatan.

“Wanita warga asing itu terdiri daripada 717 Vietnam , 299 Thailand, 162 China dan beberapa negara lain termasuk Indonesia, Laos, Bangladesh dan Kemboja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Abdul Samah berkata, polis juga berkerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi melaksanakan kerja-kerja pemotongan utiliti di premis yang dikenal pasti terlibat dalam aktiviti maksiat.

“Berdasarkan tangkapan dan serbuan itu, kita dapati trend menunjukkan wanita Vietnam kini merupakan antara golongan paling banyak terlibat dalam aktiviti pelacuran.

“Daripada maklumat yang diperoleh, wanita Vietnam didapati menawarkan harga yang lebih rendah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Samah menjelaskan, indeks jenayah di Selangor mencatat penurunan sebanyak 15.68 peratus pada tahun lalu.
“Semua kategori jenayah menurun pada tahun lalu dengan 36,308 kes berbanding 43,059 kes pada 2013,” katanya.

Terdahulu, beliau menyerahkan dua balai polis bergerak dan 17 kenderaan yang diterima daripada kerajaan kepada IPK Selangor.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xy_daen 15-1-2015 08:57 AM
Tahniah Azmin Eskrem...
Quote kecimpret 15-1-2015 09:00 AM
sarang ni mesti baru stat thn 2008 kannnn...seblum 2008 lsg takde


Quote bluehedgehog 15-1-2015 09:01 AM
pelacur perosak bangsa dan negara.
mat rempit ok, sbb tiada track perlumbaan
perogol ok, sbb tiada tempat lpas nafsu
pencuri ok, sbb tiada uang
rasuah ok, sbb gaji ciput
pati ok, sbb penyumbang pembangunan ekonomi negara
Quote jengkoil 15-1-2015 09:01 AM
Abam @spiderman80    ....   sepatah dua kata plzzz...  
Quote truckfood888 15-1-2015 09:35 AM
Good job! Bagus~~~
Quote spiderman80 15-1-2015 10:17 AM
jengkoil replied at 15-1-2015 09:01 AM
Abam @spiderman80    ....   sepatah dua kata plzzz...

Apa ingat Spidey bapak ayam kah?
Quote freebird 15-1-2015 12:11 PM
Laa..polis buat apa selama ni? ... Kalau tak boleh handle, bagi je lah kerajaan negeri buat polis sendiri...
Quote NeoMatrix 15-1-2015 12:44 PM
Kat kelantan lagi banyak pusat pelacuran....sebab tulah dorang kena CASH Tsunami.

Quote kerunai 15-1-2015 12:54 PM
sejak BN merintah pun dah ada kan ?
Quote Al-Patih 15-1-2015 05:51 PM
statistic yang bagus....
Quote semut68 15-1-2015 05:55 PM
Dah Ada statistik Dan kenalpasti tapi bersepah lg pusat maksiat di lembah klang ni. Sampai bila pun xkan hapus Kalau perlaksaan hanya atas kertas
Quote ifanonline 15-1-2015 05:57 PM
kecimpret replied at 15-1-2015 09:00 AM
sarang ni mesti baru stat thn 2008 kannnn...seblum 2008 lsg takde

funny...
Quote slavehunter 15-1-2015 06:03 PM
Bukan setakat melacur kat Spa....pompuan Vietnam dari dalam flight ke KL dah siap senyum2 main2 mata dengan passangers lain..
Quote salimrock 16-1-2015 08:24 AM
Edited by salimrock at 16-1-2015 08:25 AM

“Berdasarkan tangkapan dan serbuan itu, kita dapati trend menunjukkan wanita Vietnam kini merupakan antara golongan paling banyak terlibat dalam aktiviti pelacuran.

“Daripada maklumat yang diperoleh, wanita Vietnam didapati menawarkan harga yang lebih rendah,” katanya....


dah macam hypermarket giant pulak...

kami menawarkan harga yg lebih rendah


patut la ramai amoi2 gersang....bf / leng cai gi toron awek vietnam....

Quote kekekek 16-1-2015 08:27 AM
freebird replied at 15-1-2015 12:11 PM
Laa..polis buat apa selama ni? ... Kalau tak boleh handle, bagi je lah kerajaan negeri buat p ...

Polis boleh raid jer dol..yang boleh tutup and sita is PBT.
Tu pasal..kalau polis raid sampai 1000 kali pun, pbt tak sita or tutup tak guna jugak.


Quote mrseller 16-1-2015 08:51 AM
Err sape nak.no.FL?
Quote ResellerMaxis 16-1-2015 09:03 AM
kecimpret replied at 15-1-2015 09:00 AM
sarang ni mesti baru stat thn 2008 kannnn...seblum 2008 lsg takde

seboleh-boleh nak salahkan bn juga.. best betul jadi pr ni..dah jadi kerajaan..bila ada masalah..peninggalan bn katanya.. sebelum pr amik alih pun dah tahu banyak masalah dalam pentadbiran bn..sebab tu rakyat pilih pr..tapi xkan dah dekat 10 tahun memerintah masih salahkan peninggalan bn..
Quote freebird 16-1-2015 11:28 AM
yang tangkap pelacur ni polis...
kalau polis tak larat nak buat kerja, bagi je kuasa kat kerajaan negeri...
maklum lah, polis banyak kerja lain yang lebih mustahak seperti nak tangkap penjenayah besar yang menjenayah dibawah akta hasutan...
Quote freebird 16-1-2015 11:36 AM
kalau orang kata kadar jenayah di kuala lumpur tinggi, macai2 felda pprt ni salah kan polis ke atau salahkan kementerian wilayah atau dewan bandaraya??

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.060659 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top