CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Hukuman Mati Menggunakan Machinegun Di Thailand

19-1-2015 04:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11143| Komen: 13

Description: Sehingga 2003 Pesalah Jenayah Berat Dijatuhkan Hukuman Mati Dengan Ditembak Menggunakan Mesingan. Teknik Hukuman Mati Ini Mungkin Nampak Ganas Tetapi Sebelum 1934 Teknik Hukuman Mati Utama Thailand Ad ...
Hukuman Mati Menggunakan Machinegun Di Thailand


Sejarah

Sehingga 2003 pesalah jenayah berat dijatuhkan hukuman mati dengan ditembak menggunakan mesingan. Teknik hukuman mati ini mungkin nampak ganas tetapi sebelum 1934 teknik hukuman mati utama Thailand adalah dengan hukuman pancung dengan menggunakan pedang. Lebih dari 280 penjenayah dikenakan hukuman mati dengan ditembak. Majoriti dijatuhkan hukuman ini kerana membunuh dan merompak sehingga mengakibatkan kematian.

Tidak seperti hukuman menembak yang digunakan oleh tentera yang menggunakan beberapa orang penembak pada satu-satu masa, di Thailand hanya seorang algojo ditugaskan menembak pesalah sehingga mati. Sebuah mesingan diisikan dengan 15 butir peluru. Mesingan ini ditambat pada permukan meja. Pesalah diikat pada kayu berbentuk salih dan tubuh beliau dipisahkan dari penembak dengan kain kanvas lengkap dengan sebuah bulls eye. Sasaran algojo ialah bahagian jantung. Penembak akan menanti bendera dijatuhkan oleh ketua beliau untuk menekan picu mesingan. Beberapa das tembakan akan dilepaskan pada pesalah. Jika pesalah tidak mati serta merta beberapa lagi das tembakan akan dilepaskan sehingga beliau menghembuskan nafas terkahir.

Tidak seperti di Malaysia, hukuman mati di Thailand dilakukan selepas waktu makan tengahari. Pesalah mengetahui hukuman mati akan dijalankan sekiranya makan tengahari dihidangkan lebih awal dari biasa.

Thailand kini menjatuhkan hukuman mati dengan menggunakan teknik suntikan maut. Hukuman ini dikatakan lebih "humane" untuk mengakhiri riwayat pesalah. Antara fakta menarik mengenai hukuman mati Thailand ialah 2 orang dihukum mati kerana kesalah menghina King Bumiphol. Interesting indeed. Menurut algojo terakhir teknik menembak, Chavoret Jaruboon pesalah yang paling tenang ialah pesalah yang merupakan pembunuh upahan. Kerap kali pesalah sebegini akan tenang menemui kematian kerana mereka sudah lali dengan kematian. Cold hearted killers to the end!






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knowlee 19-1-2015 10:01 AM
buatnya yg pegang bendera tu terjatuhkan bendera, tapi sebenarnya belum time lagi.
Quote alphawolf 19-1-2015 10:47 AM
Jimat sket...firing squad biasanya 10 orang...ni sorang dah cukuop dah
Quote onetwothree123 19-1-2015 10:53 AM
Kejamnya....
Quote mizsela 19-1-2015 11:01 AM
kalau rasa ni kejam...korang kena tgk hukuman lingchi kt chinaa....kejam dan sadis gler
Quote anees~nuhara 19-1-2015 11:11 AM
ok...nmpk ngeri
Quote Feedoss 24-2-2015 09:49 AM
mau x bersepai banduan tu kalau pakai Machinegun
Quote qirinlind 24-2-2015 10:12 AM
Quote alphawolf 24-2-2015 11:47 AM
Feedoss replied at 24-2-2015 09:49 AM
mau x bersepai banduan tu kalau pakai Machinegun

Tak sebenarnya...berdasarkan gambar, tu sebenarnya SUBMACHINEGUN, mungkin buatan Jerman atau Itali dengan kaliber 9mm. Kaliber ni kaliber pistol jadi tak sekuat kaliber rifel yang diguna untuk hukuman tembak biasa. Lagipun ada 15 butir aje....
Quote mattzzx 24-2-2015 12:56 PM
Rasanya semua hukum mati semua nampak kejam...
Quote meklin 24-2-2015 01:54 PM
Takut siut banduan kalau lunch served earlier than usual .. huhu maksudnya.. jap lagi kena tembak laa

kat Malaysia .. dengar loceng pada hari Khamis .. kalau ada bunyi .. maknanya Jumaat tu ada lah yang bakal dihukum mati / gantung .
Quote moocoww 24-2-2015 02:28 PM
Tgk gambar pun dah rasa kecut perut...apalagi pesalah yg dijatuhkan hukuman...
Quote shuk_one 24-2-2015 05:17 PM
mizsela replied at 19-1-2015 11:01 AM
kalau rasa ni kejam...korang kena tgk hukuman lingchi kt chinaa....kejam dan sadis gler

ok baru google jenis hukuman nih...
serius i nak muntah dan pitam
Quote ice_sky92 25-2-2015 12:38 AM
lingchi

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.075630 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top