CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Wang Nyanyian Punca Tegar Tahu Membaca

20-1-2015 05:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8377| Komen: 5

Description: Dia Juga Sudah Memiliki Rumah Yang Lebih Sempurna Di Kampung Pengaden, Subang, Jawa Barat Yang Didiami Oleh Keluarganya Selain Menyediakan Sebidang Tanah Untuk Mereka Melakukan Kerja-Kerja Pertanian.
Wang Nyanyian Punca Tegar Tahu Membaca

Tegar


PETALING JAYA: Penyanyi cilik dari Indonesia iaitu Tegar yang selama ini buta huruf sudah tahu membaca gara-gara usahanya mengupah seorang guru untuk mengajarnya di rumah hasil wang nyanyian.

Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian, 14, berkata, atas bimbingan gurunya itu, dia bersyukur sudah kenal huruf yang dapat mengubah tanggapannya selama ini dia mungkin tidak tahu membaca selama-lamanya.

“Saya sudah tahu membaca. Semuanya atas asuhan guru yang mengajar saya selama ini. Waktu pelajaran saya ialah enam hari seminggu,” katanya kepada mStar Online.

Tegar berkata, jika dia tidak bergelar penyanyi seperti hari ini, mungkin usaha untuk menjadi seperti orang lain tidak akan terlaksana.

Ini kerana wang yang diperoleh hasil melakukan persembahan dan jualan album digunakan untuk menambahkan ilmu pengetahuan selain membantu keluarga.
































Imej terkini Tegar yang dirakamkan pada 11 Januari lalu.


Tambah Tegar lagi, lebih bermakna ibu-bapanya juga ketika ini sudah mampu hidup senang dan selesa.

Dia juga sudah memiliki rumah yang lebih sempurna di Kampung Pengaden, Subang, Jawa Barat yang didiami oleh keluarganya selain menyediakan sebidang tanah untuk mereka melakukan kerja-kerja pertanian.

“Alhamdulillah… saya juga sudah mampu mempunyai rumah yang selesa dan juga tanah untuk keluarga saya bertani. Saya belikan mereka tiga buah motosikal. Semuanya hasil wang daripada bidang nyanyian saya,” katanya.

Tegar yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang berkata, ketika ini banyak masanya dihabiskan di Malaysia dan Singapura untuk mempromosikan dirinya selain terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan.

Ditanya dalam usia remaja ini adakah dia mempunyai peminat yang luar biasa khususnya di kalangan anak-anak gadis Tegar berkata, perkara itu tidak dapat dielakkan.

“Ya… mana-mana pergi pun ramai orang macam sukakan saya,” katanya yang menganggap ia sebahagian dariapda cabaran sebagai penyanyi.

Ditanya lagi adakah dia mempunyai sesorang gadis yang dicintai, Tegar tersipu-sipu malu dan enggan menjawab soalan itu.

“Hihi… ada… ehhh… tidak…” katanya bergurau.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 17-1-2015 02:34 AM
kesian org indon tak pi sekolah, sib baik la ko pandai nyanyi guna wang utk sepatutnya utk masa depan
Quote missdara 17-1-2015 08:35 AM
Tahniah adik Tegar!

Dalam hidup ini bukan ada 1 je jalan nak berjaya..

Tuhan berikan talent & gift utk pandai menyanyi. Dari situ, jalan lain akan terbentang luas..

Dlm masa yg sama, harap jugak adik Tegar jgn lupa ilmu akhirat jugak.. Seimbang kan..

Peace
Quote Orix 17-1-2015 09:18 PM
cepatnye dia membesar... 14 tahun bru pndai membaca
Quote liyamariska 17-1-2015 10:22 PM
harap dimurahkan rezeki utk Tegar sbb nampak dia berusaha utk memajukan diri...
Quote nalinputeri 23-1-2015 10:07 AM
rezeki nya ditulis sebegitu..
dari seorang jalanan mampu menjadi seorg yg dikenali skrg..
semoga dia terus dgn sikap low profilenya kelak

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.326129 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top