CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Penyebaran Video Zamani Menyanyi Di Lokap Dikecam

22-1-2015 11:56 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4529| Komen: 4

Description: Malah semakin ramai menggunakan hashtag #bantahtindakanpoliskpdzamani sebagai tindakan mengecam tindakan tersebut.

Selepas timbul berita zamani ditahan kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah,kini orang ramai mengecam satu video yang dimuat naik dan di kongsi di laman facebook yang merakamkan aksi Zamani menyanyi sambil tangan digari. Walaupun pada laporan terdahulu, Zamani mengakui telah terlibat dengan najis dadah ini selama 10 tahun namun video tersebut sedikit sebanyak menjejaskan imej artis tersebut.

Rakaman selama 1:23 minit itu mendapat reaksi negatif peminat yang rata-rata beranggapan rakaman tersebut bertujuan untuk menjatuhkan maruah beliau sebagai seorang artis. Rakaman tersebut juga jelas menunjukkan Zamani dipaksa oleh seseorang (dipercayai) polis untuk menyanyi lagu Gerimis Mengundang sambil tangannya digari.

Salah satu fan page yang menentang hebat rakaman ini adalah 'Amran Fans'yang menyifatkan tindakan memuatnaik video tersebut sebagai salah laku oleh perkhidmatan awam. Malah semakin ramai menggunakan hashtag #bantahtindakanpoliskpdzamani sebagai tindakan mengecam tindakan tersebut.


LadyLista turut bersimpati pada apa yang terjadi pada Zamani. Ladylista mengakui penyalahgunaan dadah merupakan masalah yang serius dan sokongan dari orang ramai amat diperlukan untuk beliau kembali bebas dari najis dadah. 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote bawangputih05 22-1-2015 08:54 PM
kesiannye.. xbaik buat mcm tu
Quote JgnCuriHatiAku 22-1-2015 04:29 PM
jangan Hina artis aku!
Quote rokarina 22-1-2015 03:06 PM
padan muka :P
Quote BungaTepiMeja 22-1-2015 03:05 PM
ala sial kena tangkap

Lihat semua komen(4)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.036368 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top