CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Zizan Bengang Pendapatan Disekat Ex PA!

23-1-2015 09:21 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 14028| Komen: 66

Description: SUSULAN perintah injuksi sementara yang dikenakan terhadap Zizan Razak oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pelakon dan pelawak itu melahirkan rasa kesal terhadap tindakan bekas pengurusnya, Marina Juki ...

SUSULAN perintah injuksi sementara yang dikenakan terhadap Zizan Razak oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pelakon dan pelawak itu melahirkan rasa kesal terhadap tindakan bekas pengurusnya, Marina Juki, kerana memfailkan permohonan tersebut.

Ekoran perintah itu, Zizan tidak dibenarkan menandatangani sebarang kontrak baharu dengan mana-mana produksi termasuklah pihak Astro. Dalam laporan disiarkan Sinar Harian, Zizan menyifatkan tindakan Marina itu sesuatu yang di luar jangkaannya dan tidak adil.

Menurutnya sebelum ini, bekas pengurusnya itu pernah membuat kenyataan dia tidak mahu lagi menguruskan sebarang aktiviti Zizan.

“Saya sangat kecewa kerana dia sanggup bertindak seperti ini untuk menghalang pendapatan melalui titik peluh saya sendiri,” katanya.

Zizan Kecewa Bekas Pengurus Sanggup Halang Pendapatan

Pada masa sama, Zizan akan membuat rayuan dan percaya keadilan akan memihak kepadanya kerana dia tidak melakukan perbuatan yang dianggap salah. Mengimbas kembali kemelut yang berlaku, Marina telah memfailkan saman berjumlah lebih setengah juta ringgit pada 5 November lalu terhadap Zizan yang didakwa menandatangani kontrak dengan Astro biarpun kontraknya bersama Wire Fame belum lagi tamat.

Apapun, kami harap agar masalah antara kedua-dua pihak ini dapat diselesaikan sebaik-baiknya. Cuba-cubalah kenang kembali saat manis ketika masih bersahabat suatu ketika dulu, betul tak? 


Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makton 23-1-2015 12:57 AM
tak habis2 lg ke isu mamat poyo ni?
Quote reenaz 23-1-2015 01:02 AM
Haih jijang jijang..
Quote bayieng 23-1-2015 01:08 AM
Ex-Pengurus la bukan Ex-PA. beza okeh jobscope antara manager dgn PA
Quote izat123 23-1-2015 01:46 AM
Dulu diorang ni dab macam adik beradik. Apalah gaduh sampai macamni sekali
Quote danieladam 23-1-2015 02:20 AM
padan  muka ko zizang..masa org tu tolong ko, x pulak ko ingat. lps ko dah senang. ikut suka ko je nak sign kontrak belakang2. nak makan sorang2. choy punya jantan maembong.
Quote cikuduku 23-1-2015 02:47 AM
erm zizan2.... harap ko sedar okay.
Quote Ferr_Remy 23-1-2015 03:13 AM
jual je la ferrari tu balik.. leh cover ape2 yang patut
Quote sepitsiput 23-1-2015 07:39 AM
Ferr_Remy replied at 23-1-2015 03:13 AM
jual je la ferrari tu balik.. leh cover ape2 yang patut

bayar habis dah ke ferrari tu?
Quote ais_kosong 23-1-2015 07:44 AM
nasib ko la zizang..
Quote kentutmanis 23-1-2015 07:47 AM
I xsuke sgt zizang ni.. Xtau kenape tp mmg xsuke
Quote kucen_miang 23-1-2015 07:58 AM
Pa ngan manager pun tatau beza ka?
Quote epysha 23-1-2015 08:28 AM
makton replied at 23-1-2015 12:57 AM
tak habis2 lg ke isu mamat poyo ni?

kaannn??? mcm personal attack je...bencinta kah sebelum ini??
Quote skun 23-1-2015 08:32 AM
kentutmanis replied at 23-1-2015 07:47 AM
I xsuke sgt zizang ni.. Xtau kenape tp mmg xsuke

sama lah dgn iolss
Quote mdhelmi 23-1-2015 08:42 AM
so lepas ni zizan jobless?
bole la jaga burgerbite dia tu
Quote c===8 23-1-2015 08:52 AM
itu la beza artis ada pendidikan tinggi dgn artis lepasan spm aliran sastera
Quote revolusi_30 23-1-2015 08:52 AM
Memang la "keadilan" akan memihak... Tapi masa injuksi semua kene freeze. Sampai bicara selesai.
Quote gekkou 23-1-2015 08:54 AM
bukan ke sebelum ni yg masa awal2
zizan yang buat hal
pastu sampai nk kuar duit bayar gaji staff pn ex-pengurus kata x boleh?
Quote noraidil_06 23-1-2015 08:59 AM
gile betina ni.n I hope zizan x langgar apa2 kontrak.
Quote makton 23-1-2015 08:59 AM
epysha replied at 23-1-2015 08:28 AM
kaannn??? mcm personal attack je...bencinta kah sebelum ini??

agaknya la kot...

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.270091 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top