CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bank Palsu Di Cina Lesapkan Rm116 Juta Duit Pelanggan

26-1-2015 10:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5555| Komen: 16

Description: Media Tempatan Pada Sabtu Melaporkan, Bank Palsu Itu Terletak Di Bandar Raya Nanjing, Wilayah Jiangsu Di Timur China Dan Paling Pelik, Ia Sudah Beroperasi Setahun Lalu Tanpa Masalah Dengan Jumlah Pela ...

Bank Palsu Di Cina Lesapkan Rm116 Juta Duit Pelanggan






BEIJING – Pemerintah China bukan sahaja berhadapan dengan isu duit palsu melibatkan mata wang rasmi yuan, tetapi kini lebih lucu, kewujudan sebuah bank palsu yang lengkap dengan kaunter canggih dan petugas berpakaian seragam.

Media tempatan pada Sabtu melaporkan, bank palsu itu terletak di bandar raya Nanjing, wilayah Jiangsu di timur China dan paling pelik, ia sudah beroperasi setahun lalu tanpa masalah dengan jumlah pelanggan lebih 200 orang.

Siasatan pihak polis mendapati, bank ‘hantu’ itu sebenarnya sebuah koperasi luar bandar yang tiada lesen operasi bank oleh pihak berkuasa China tetapi berjaya mengutip deposit daripada orang ramai sehingga 200 juta yuan (RM116 juta).

Agensi berita rasmi China Xinhua melaporkan, ‘bank’ bersaiz mini itu dikenali sebagai Nanjing Mou Village Economic Cooperation dan ia turut menarik ramai pelanggan sektor perniagaan kecil dari wilayah berjiran, Zhejiang.

Kewujudan bank itu yang menyerupai imej bank wilayah milik pemerintah terbongkar akhirnya selepas seorang usahawan tempatan dikenali Wang dari Hangzhou mahu menuntut semula simpanan terkumpul dirinya sebanyak 12 juta yuan (RM6.9 juta).

Pihak bank itu enggan memulangkan semula semua deposit pelanggan lelaki tersebut malah menafikan pernah menjanjikan kadar pulangan faedah dua peratus seminggu menyebabkan ahli perniagaan itu marah dan membuat laporan polis.

Dalang bank palsu itu dikenali sebagai Liu bersama-sama empat orang pembantunya termasuk seorang wanita; yang cuba melarikan diri ke Macau dengan membawa wang deposit pelanggan, kemudian berjaya diberkas pihak polis.

Majoriti penyimpan wang adalah penduduk tempatan yang sanggup mendepositkan wang mereka kepada akaun bank tersebut kerana terpedaya dengan janji faedah lumayan dengan kadar jauh lebih tinggi berbanding bank-bank rasmi yang lain.

China ada lebih 200 buah bank diiktiraf termasuk puluhan milik institusi perbankan luar negara selepas pemerintah agresif membuka pasaran ekonomi tempatan dengan menganggotai Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) lebih 20 tahun lalu.

People’s Bank of China ialah bank pusat negara itu yang mengawal selia dasar mata wang dan kadar faedah semasa manakala China Banking Regulatory Commission memantau sektor perbankan termasuk kelulusan operasi perkhidmatan bank. 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shalola 24-1-2015 10:19 PM
adehhhh, semua menda nak fake
Quote liyamariska 24-1-2015 10:24 PM
dasyat China nih, semua benda boleh dipalsukan dgn begitu mudah sekali...
Quote cmf_premierleag 24-1-2015 10:30 PM
Bila dah raamaaaii sgt penduduk, pemerintah pun susah nak kawal negara
Tgk je mcm spore...4 juta je penduduk.senang nk manage.sbb tu spore cekap dan efisyen
Quote nebulagazer 24-1-2015 10:30 PM
Abehla bersepai kepala kene hukum tembak
Quote primemova 24-1-2015 11:01 PM
Kalau tak menipu bukan china namanya
Quote missDollie 24-1-2015 11:25 PM
pergh..bank pun fake..

dasyat dasyat
Quote tahanlasak 25-1-2015 12:20 AM
dh beroperasi setahun lebih apa dh jadi dgn Bank Induk China yg meluluskan setiap pendaftaran bank yg hendak di tubuhkan .....ingat bank pasar malam apa.......
Quote Acong 25-1-2015 12:43 AM
primemova replied at 24-1-2015 11:01 PM
Kalau tak menipu bukan china namanya

aku rasa panda yg china bagi pinjam tu pung palsu  

Quote BigPanther 25-1-2015 01:23 AM
gotta hand it to them
ini genius. kalah MLM punya penipuan.
Quote merrissa 25-1-2015 03:44 AM
senangnya menipu dan tertipu
Quote batmana 25-1-2015 08:34 AM
Kesian dgn pekerja bank.. Kalu pekerja tu org kt situ.. Mau Kna pindah jauh..
Quote unguaurora 25-1-2015 09:16 AM
Org cina bertuhankan duit.. Sbb tu la apa saja yg melibatkn duit, diorg akn buat tnpa memikirkn halal haram since diorg bkn Muslim kan? Hehe.. Diorg pun guna taktik peperangan dlm bisnes.. Pastu tgk je la budaya mereka suka kpd unsur2 yg ada kaitan dgn duit..cth limau mandarin tu warna sperti keemasan.. Nmbr 8 pun dikaitkn dgn untung/ong.. Dlm kartun2 diorg pun suka lukis gmbo jongkong emas.. So bnda ni dh tertanam dlm kepala diorg sejak berabad2 yg lps..
Quote taikor 25-1-2015 09:55 AM
china memang banyak masalah diorang susah nak kawal
Quote bellaa 25-1-2015 12:16 PM
lari duit client lepas tu boleh main judi kat macau eh
Quote chinta89 25-1-2015 12:17 PM
segalanya ada di cina.
Quote kluangman 25-1-2015 02:08 PM

Malaysia pulak jual tanah freehold kat Selatan nun kepada puak-puak depa.Segala-gala yg ada di China akan bertapak di sini jugak.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.129736 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top