CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lipas Berenang Kelemasan Dalam Cendol Di Subang Jaya!

26-1-2015 10:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11676| Komen: 56

Description: "Bila Dicedok Saya Terkejut Ada Seekor Lipas Mati Dalam Mangkuk. Kerana Terlalu Loya Dan Jijik, Saya Terus Muntah Di Situ Juga," Ceritanya
CENDOL TERKENAL PERISA LIPAS JIJIK HEBOH DI FB



Tengah-tengah hangat macam ni memang best lah kan kalau kita pekena cendol. Pehhh.. Meleleh air liur tu.. Tapi macam mana pulak kalau korang tengah asyik pekena cendol tiba-tiba ternampak ‘extra topping’ dalam cendol tu.

Macam yang berlaku di Subang Jaya ni.. ada extra topping lipas dalam cendol yang dipesannya. Kalau belum makan tak apa lah jugak, ini dah dua tiga kali suap dah.

Eyekkk.. jijiknyaa ! mangsa yang dikenali sebagai Dine mendakwa terlihat objek berwarna hitam selepas beberapa suapan. Cuba korang bayangkan.. Air cendol lipas yang korang makan.. Eii nak termuntah pulak bila bayangkan.


"Bila dicedok saya terkejut ada seekor lipas mati dalam mangkuk. Kerana terlalu loya dan jijik, saya terus muntah di situ juga," ceritanya

Dah jumpa lipas dalam cendol macam tu tak kan nak diam pulak kan.. Jadi si Dine ni pun pergi la mangadu dekat tuan punya kedai tu. Tapi boleh pulak tuan kedai tu buat ‘dekk’ jer.

Siap gelak lagi dekat Dine, lepas tu peniaga ni pesan jangan buat bising sebab takut la nanti pelanggan dia lari pulak bila tahu ada lipas dalam cendol tu. Sudah la kena gelak.. Dine diugut oleh anak peniaga tersebut untuk memanggil gengnya jika dia berbuat bising.

Sebab tak mahu mengalah Dine membuat laporan di Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan meminta agar gerai terbabit diperiksa.

5

Bagus
8

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 22-1-2015 07:24 AM
Resepi cendol terkini..lipas menambah perisa dekkk
Quote yusryimran 22-1-2015 07:28 AM
OMG Omg
Quote ladyxez 22-1-2015 07:34 AM
Kat ss15 tu ke
Quote Munnalicious 22-1-2015 07:49 AM
Subang ss 15 yg beratur panjang berjela tu ka? Kenapa dia x simbah je cendol tu kat org kedai tu?
Quote matahari7001 22-1-2015 07:59 AM
haha nasib la n gamble la kalau suke mkn gerai tepi jalan.. kadang2 bende ni x boley nak kawal, tahu2 je lipas da berenang  huhu
Quote chinta89 22-1-2015 08:16 AM
erkk.. loya plk tekak aku di kala sedang bekpeh ni....
Quote rayonronie 22-1-2015 08:17 AM
asal cendol die kekuningan?

topping lipas tu
Quote Knowlee 22-1-2015 08:28 AM
Ai la, kalo gerai tepi jalan ni, ai mmg tak kunjung. Tapi ai pernah jugak minum teh berperisa lipas kat oldtown white coffee dulu.
Quote yayangmama 22-1-2015 08:29 AM
hohoho...
bukan cendol tu dia parut ke ice tu?
cenggana lah lipas tu bole dok kat dalam tu
Quote noor2 22-1-2015 08:31 AM
.....
Quote noor2 22-1-2015 08:32 AM
Yuckkkkk..tuan kedai x sedar
Quote lurve82 22-1-2015 08:32 AM
rasanya lipas ni terbang gitu masuk terus dlm cendol...uwekkkk...
Quote Santeira 22-1-2015 08:34 AM
Topping yg kreatif.
Quote mamapea 22-1-2015 08:38 AM
buat apa la aku masuk thread ni..silap besar
Quote @pplegreen 22-1-2015 08:41 AM
ni confirm lepas terbang masuk dlm mangkuk pastu tokey pulak angkat mangkuk terus letak kt bwh pengisar ais mmg selamat la lipas tu mati kesejukan
Quote Teru2Bozu 22-1-2015 08:41 AM
ss15 ka?? aku suka g sana. cendoi dia sedap. apakah sbb tambahan ekstrak lipas?
Quote huJanBaTu 22-1-2015 08:48 AM
sedapnya cendol..tp kt paparich rasa mcm harommm
:

Quote huJanBaTu 22-1-2015 08:49 AM
yayangmama replied at 22-1-2015 08:29 AM
hohoho...
bukan cendol tu dia parut ke ice tu?
cenggana lah lipas tu bole dok kat dalam tu

lipas tu berenang dlm kuah gula tu agaknya..
Quote yayangmama 22-1-2015 08:53 AM
huahahaa...agak nya lah kan...
air gula tu kaler gelap...
penambah perisa lah tu

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.095301 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top