CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuri Malang, Terjatuh Depan Polis

27-1-2015 12:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3152| Komen: 7

Description: Jurucakap Polis Berkata, Lelaki Itu Menyelinap Ke Pasar Raya Family Dollar Melalui Bumbung Bangunan Terbabit.
Pencuri Malang, Terjatuh Depan Polis


Houston: Sudah jahat, malang pula. Seorang pencuri mengalami nasib amat malang ketika dia cuba memecah masuk ke sebuah pasar raya semalam.

Jurucakap polis berkata, lelaki itu menyelinap ke pasar raya Family Dollar melalui bumbung bangunan terbabit.

Katanya, lelaki itu kemudian bersusah-payah merangkak untuk sampai ke bahagian siling.

Pada masa sama, pekerja pasar raya mengesyaki ada pencuri di atas siling dan menghubungi polis.

Ketika polis tiba untuk menyiasat, lelaki terbabit tiba-tiba terjatuh di depan anggota keselamatan.

Sebaik melihat suspek meraung kesakitan, pegawai terbabit terus menahannya di tempat kejadian.

Sumber berkata, suspek mencuri bersendirian dan memanjat pokok di bangunan bersebelahan untuk menyelinap masuk melalui lubang pada bumbung pasar raya itu.

“Polis mengesyaki suspek memecah masuk pasar raya itu untuk mencuri rokok,” katanya. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 27-1-2015 10:00 AM
tak berbaloi langsung...
Quote rospinki 27-1-2015 10:07 AM
ada satu vid kt yt perompak bank dh amok duit keta prking betul2 depan bank..sempt org bank press alarm beduyun2 keta polis dtg..tp perompak dlm keta polis x perasan..terus serbu bank..perompak terkujat pelagi tekan minyak blah le.
Quote rospinki 27-1-2015 10:08 AM
amik** mana edit ti nmpk eh
Quote rospinki 27-1-2015 10:08 AM
benci btul asik typo je..dhla xle nk edit
Quote cikmi 27-1-2015 10:10 AM
nasib malang.....sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua...hehehe
Quote DayangKirana 27-1-2015 12:10 PM
senang keje polis tuh,,takyah susah2 panjat and cari..
Quote supernaturalee 27-1-2015 12:24 PM
aku terbayangkan scene mcm dlm movie yg kelakar
dgn muka penjenayah tu yg kelat

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.050972 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top