CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lakonan Semula Penjenayah Ceroboh Tadika

28-1-2015 10:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4744| Komen: 17

Description: Pengarah Pasti Negeri, Syazwan Zulkafli Berkata, Secara Tiba-Tiba Datang Dua Lelaki Menaiki Sebuah Motosikal Dengan Bersenjatakan Parang Dan Memakai Topi Keledar Penutup Penuh.
Lakonan Semula Penjenayah Ceroboh Tadika


 
Lakonan semula bagaimana penjenayah terbabit bertindak mengacukan parang kepada salah seorang penjaga yang datang untuk mengambil anaknya.
 
Tadika Pasti Al-Mawaddah, Taman Warisan Puteri, Sikamat



SEREMBAN – Guru dan murid-murid tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Mawaddah, Taman Warisan Puteri, Sikamat, di sini, berhadapan detik cemas apabila tadika terbabit dimasuki penjenayah bersenjatakan parang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, kesemua murid-murid dikatakan sedang menunggu kedatangan ibu-bapa untuk mengambil mereka selepas selesai sesi persekolahan.

Pengarah Pasti negeri, Syazwan Zulkafli berkata, secara tiba-tiba datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal dengan bersenjatakan parang dan memakai topi keledar penutup penuh.
“Kedua-dua lelaki itu terus memegang salah seorang penjaga yang datang mengambil anak mereka di tadika. Salah seorang daripadanya mengacukan parang di bahagian leher mangsa.

“Guru yang melihat kejadian itu segera membawa masuk murid-murid ke dalam tadika dan terus mengunci pintu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata, menyedari tindakan guru itu, suspek bertindak menendang pintu dan berjaya memasuki tadika.

“Empat guru wanita bersama beberapa murid berada dalam ketakutan apabila suspek mengugut akan mencederakan jika melawan.

“Suspek meminta wang tetapi guru memberitahu tadika tidak menyimpan wang tunai. Suspek kemudian meminta barang berharga milik guru-guru,” katanya.

Syazwan berkata, bimbang dicederakan suspek, kesemua guru menyerahkan barangan peribadi mereka termasuk beg tangan dan beg yang berisi alat bantuan mengajar.

“Selepas mendapat barang berharga, suspek terus melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan di hadapan tadika.
“Syukur Alhamdulillah kerana guru-guru, murid-murid dan penjaga selamat dan tidak dicederakan suspek ketika kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kejadian tersebut menyebabkan guru-guru dan murid-murid mengalami trauma.

“Ini merupakan kejadian kali pertama dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sikamat sejurus kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan sedang dijalankan.

3

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
11

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LiliSam 27-1-2015 03:35 PM
Aduh jahat nya..tadika pun ko nk rompak..sian bdk2 tu.trauma
Quote mak_wa95 27-1-2015 03:38 PM
awal tahun..perompak ingat cikgu simpan duit sekolah byk kut
Quote cammie1711 27-1-2015 03:39 PM
Takutnya
Quote sapp73 27-1-2015 03:43 PM
Cam haram....tadika pun kau mau rompak....apalah sangat yg ada ....kesian budak budak trauma
Quote missyqaldina 27-1-2015 03:54 PM
ya allah...dkt ngn umah mak bapak aku nii....
tkutnyee...tp rase cm india je yg punye keje...
Quote chinta89 27-1-2015 03:55 PM
kecut telur.. p rompak tempat ramai bebudak yg x leh melawan. apesal x g rompak kat org dewasa mcm masjid ke.. baru betul2 jantan. ke takut kena bogel?
Quote rosewhite 27-1-2015 04:01 PM
missyqaldina replied at 27-1-2015 03:54 PM
ya allah...dkt ngn umah mak bapak aku nii....
tkutnyee...tp rase cm india je yg punye keje...

mertua saya pun duk situ, kadang2 org panggil bandar warisan puteri kan

Quote krongsang 27-1-2015 04:01 PM
perompak ni cu la g kedai2 runcit ke baru la byk duit. Sama gak peragut yg ragut barang kemas ke handbag ke.. brapa sgt la dapat, kalo g curi kedai emas kan lagi lumayan
Quote jejaka00 27-1-2015 04:06 PM
Sengkek sangat la perompak ni
Quote sekel 27-1-2015 04:19 PM
tahap keselamatan masih lemah  
Quote missyqaldina 27-1-2015 04:19 PM
rosewhite replied at 27-1-2015 04:01 PM
mertua saya pun duk situ, kadang2 org panggil bandar warisan puteri kan

aah bandar warisan puteri..taman tu mcm sunyi jee stiap kali saya lalu...
Quote HOHA 27-1-2015 04:24 PM
dapat rompak duit monopoli kut. mmg banyak
Quote prettyuglybabe 27-1-2015 05:02 PM
kesian budak-budak.. jahanam punya perompak
semoga mampus digelek lori
Quote snipersnake 27-1-2015 05:35 PM
HOI KURANG AJARNYA.

tadika pon nak dirompak.

nasib baik anak2 selamat.
Quote spiderman80 27-1-2015 05:48 PM
sapp73 replied at 27-1-2015 03:43 PM
Cam haram....tadika pun kau mau rompak....apalah sangat yg ada ....kesian budak budak trauma

Dua tahun lepas, mak Spidey disamun dan ditentang sehingga terjatuh. Masa tu mak Spidey baru tiba di tadika dia mengajar. Dah lah si penyamun bermotosikal tu ragut beg tangan mak, salah seorang penyamun tu nak rampas kunci kereta mak. Nadib baik mak bertindak laju membaling kunci keretanya ke tepi longkang.
Bangang punya si penyamun. Kalau Spidey dapat tahu dia siapa, habislah dorang nanti!!
Quote lompatikam 27-1-2015 06:03 PM
mungkin perompak ingat cikgu sekolah tadika ada simpan duit byk kut... awal tahun...register sahaja sorang dah seribu lebih. belum kira ambik nursery. campur tolak sorang dekat RM2K. kalau 50 murid...itu sebab kut dia aim tapi sekolah dah start 2 minggu...duit ratus ribu tuh guru besar tadika dah masuk bank dah.
Quote Artemesiaa 27-1-2015 06:12 PM
Geng parang dah menganas semula kena le lebih berhati2 sekarang ni

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.056498 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top