CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Terapi Placebo:Hanya percaya diri sihat

28-1-2015 01:06 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1650| Komen: 1

Description: Pernah kah anda terfikir untuk kekal sihat hanya dengan mengubah persepsi mengenai diri anda.Sebenarnya anda boleh, ini kerana perubatan baru yang dipanggil Placebo telah membantu pesakit untuk kekal ...
Pernah kah anda terfikir untuk kekal sihat hanya dengan mengubah persepsi mengenai diri anda.Sebenarnya anda boleh, ini kerana perubatan baru yang dipanggil Placebo telah membantu pesakit untuk kekal sihat dengan hanya melalui fikiran.


Unik bukan?Perubatan seperti ini boleh dianggap sebagai perubatan palsu yang merangsang sel-sel positif yang menghantar isyarat ke otak untuk mengubah sel-sel negatif. Jika kita melihat sesuatu sebagai negatif, ia akan menjadi negatif dan begitulah sebaliknya.

Menurut sejarah, Placebo yang merupakan bahasa Latin yang membawa maksud (Latin = Saya akan okay), adalah satu cara perubatan menggunakan bahan tidak aktif sebagai ubat atau cara merawat masalah kesihatan pesakit. Umumnya mengetahui, placebo adalah satu bukti mencapai kesihatan hanya dengan berfikir secara positif.

Ini bererti placebo adalah satu kaedah menipu pesakit yang mengambil ubat-ubatan (kandungan ubatan biasanya air,vitamin yang tidak berkaitan untuk merawat pesakit), tetapi terbukti berkesan dan boleh menyembuhkan pesakit. Malah, dalam kebanyakkan kes, placebo masih menunjukkan tahap keberkesanan yang menakjubkan (1 daripada 3 pesakit) walaupun pesakit telah dimaklumkan mengenai kaedah rawatan placebo.


1. Jenis-jenis placebo: 
Placebo bukan bermaksud pil sahaja. Placebo boleh juga bermaksud 'perubatan olok-olok' seperti diet, senaman, terapi fizikal, malahan pembedahan. Kesan placebo (= placebo effect) dirangsang oleh kepercayaan pesakit terhadap amalan perubatan yang diberi serta kepercayaan pesakit terhadap kemampuan diri sendiri untuk sembuh dan sihat. 

2. Khayalan minda, sakit dan sembuh: 
Jika seseorang sembuh selepas mengambil rawatan/ubatan olok-olok, adalah logik jika dikatakan penyakit yang dialami pesakit juga sebenarnya khayalan/was-was pesakit sahaja. Namun, kajian menunjukkan sebaliknya. Ini berlaku kerana sakit yang dialami juga sebenarnya banyak terjadi hasil dari keadaan psikologi pesakit. Contohnya: Stress (psikologi) adalah penyebab bagi sakit fizikal peningkatan darah tinggi, hypertensi kronik adalah faktor bagi sakit jantung dan lain-lain. Jika minda boleh mendatangkan penyakit, minda juga boleh menjadi punca penyembuhan. 

3. Faktor placebo berfungsi dengan baik: 
a) Jika pil placebo (keadaan fizikal) kelihatan seperti ubat sebenar dan ditampilkan sebagai sejenis ubat, kemungkinan untuk pesakit mempercayai pil placebo mengandungi ubat adalah lebih tinggi. 
Keadaan ini juga kadangkala menjadi faktor terhadap mengapa sesetengah pesakit diarah mengambil dos pil placebo yang lebih tinggi berbanding pesakit lain yang sama tahap kerana pesakit tersebut percaya makan ubat lebih banyak  maka akan cepatlah sembuh. Untuk kesan lebih dramatik, placebo melalui suntikan jarum diakui amat berkesan. 
b) Perangai pesakit: Jika pesakit mempercayai bahawa kaedah rawatan yang diambil pasti berkesan, kemungkinan untuk pesakit sembuh adalah lebih tinggi. 
c) Hubungan doktor dan pesakit: Jika doktor berjaya membuat pesakit percaya (eg: doktor ini pakar, doktor ini terkenal), kemungkinan untuk pesakit sembuh melalui kaedah placebo adalah lebih tinggi. 

4. Contoh-contoh placebo: 
a) Bawang putih lebih berkesan melawan virus (eg: selesema) berbanding Vitamin C, namun kepercayaan pengguna terhadap Vitamin C lebih tinggi, jadi Vitamin C menjadi amat mujarab. 
b) Kebanyakan doktor akan memberi pil placebo bagi menghilangkan sakit kepala yang dialami pesakit. 
c) Bomoh dan pawang adalah bukti wujudnya placebo yang amat berkesan. Namun, contoh placebo diatas berkesan merawat sakit biasa-biasa sahaja. Ilmu perubatan moden masih diperlukan bagi perawatan tahap serius seperti pembedahan. 

5. Contoh kajian positif placebo: 
a) Placebo berjaya (59% pulih secukupnya) mengurangkan rasa kerengsaan/gatal/iritasi akibat bowel syndrome. 
b) Scan otak dalam kajian penggunaan placebo positron emission tomography (PET) terhadap rasa panas (eg: simulasi air panas kopi) menunjukkan otak tertipu dan merembeskan opioids, sejenis bahan kimia yang melegakan kesakitan yang selalunya dikeluarkan oleh badan.

Ubahlah gaya hidup anda hari ini. Selalu lah pecaya diri bahawa anda sentiasa sihat dan terapkan segala yang positif di minda hari ini. 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote BungaTepiMeja 28-1-2015 09:30 PM
Islam da lame dah ada bende ni... sb itu kita diharuskan Khudnuzon..

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.045604 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top