CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenali Lelaki Suka 'Kontrol'

9-8-2015 11:14 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4921| Komen: 2

Description: Namun, dalam perhubungan itu tidak selalunya sempurna, seperti wanita, lelaki tak kurang juga mempunyai...

Oleh Fyruz Hanna


Setiap wanita itu pastinya inginkan pasangan yang memahami dan yang paling penting yang baik. Namun, dalam perhubungan itu tidak selalunya sempurna, seperti wanita, lelaki tak kurang juga mempunyai kelemahan seperti lemah, suka main 'game', suka marah dan sebagainya. Salah satu kekurangan yang mungkin kita sukar untuk bertahan adalah suka 'kontrol'. Biasanya tabiat mengawal ini terjadi over apabila semua benda si dia mahu kawal.

Bagi kamu yang baru ingin mengenali hati budi seseorang, pastikan anda kenal betul dengan jejaka yang suka mengatur dan mengawal ini. Dengan mengetahui lebih awal, lagi cepat kamu boleh mengatasi masalah di masa akan datang.

Jom baca apa antara ciri-ciri jejaka yang suka 'kontrol' ini:-

1. Suka memerintah

Pada awal perhubungan kamu, dia sudah menunjukkan belang dengan suka memerintah kamu. Ini kamu boleh kesan dari cara perbualannya dengan nada yang dituturkan. Jika keluar sahaja ayat dari mulutnya meminta tolong, seakan kedengaran perintah darinya, ini sentiasa membuatkan kamu merasa kurang senang. Selain itu, kamu perlu meminta izin untuk melakukan sebarang aktiviti dan hanya si dia yang akan memberi kebenaran kepada kamu. Si dia lebih terarah untuk mengancam kamu dengan hal-hal yang kamu tidak suka.

2. Suka mengkritik

Setiap apa yang kamu kongsikan bersamanya pasti akan menjadi kritikannya. Seperti hobi, si dia pasti akan kritik kamu dari segenap mengenai kamu. Biasanya, lelaki sedikit sebanyak akan menunjukkan ciri-ciri ini setelah lama bersama dengan pasangan, namun jika di awal perkenalan si dia telah menunjukkan ciri-ciri ini! Awas! Si dia jenis suka 'kontrol'.

3. Sukar Mempercayai

Kerana si dia sering percaya bahawa si dia yang benar, maka dia cenderung untuk tidak mempercayaimu.Dia ingin mengawal sendiri suasanan atau ingin merasai sendiri pengalaman tanpa mahu percaya pada ceita kamu. Kita wanita patut diberi ruang untuk dihargai, jika si dia asyik sahaja sangsi dengan anda. Baiklah angkat kaki.

4.Membuatkan kamu berasa bersalah

Mungkin sifat mengawal dalam dirinya tinggi, dia sering membuatkan kamu berasa bersalah. Dari sifat lembut kamu ini yang mudah tersentuh, si dia akan pantas mengawal kamu. Meskipun kamu benar, dia selalu menyalahkan kamu. Jangan sesekali kamu terpedaya dengan helah ini. Pastikan kamu sedar situasa yang sebenarnya, timbang dahulu jika anda berada dalam situasi ini.

5.Tidak bertanggungjawab

Jika si dia sering menyalahkan kamu, dia juga tidak akan bertanggungjawab untuk mengakui kesalahan. Pasangan yang baik seharusnya bersama menjaga aib pasangan. Jika awal perkenalan sudah tunjuk perangai sebegini, kamu harus berfikir kembali untuk mengenalinya lebih dekat.

Itu antara tanda awal untuk mengenali jejaka yang suka mengawal kamu. Jika kamu tidak berhadapan dengan masalah, baguslah tetapi jika ini sering menjadikan kamu berdua sebab untuk bergaduh. Ada baiknya kamu akhiri hubungan ini jika salah seorang tidak mahu berubah ke arah kebaikan. -CARI Infonet.

14

Bagus
12

Marah
7

Terkejut
11

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote ladybird_ 11-8-2015 10:59 AM
rimas r ngan laki gini... nak kawan ngan org lain pun xbg..

kalau dia der kwn pmpuan xpe plak.. huh menci!
Quote Damon_Salvatore 10-8-2015 10:44 AM
lelaki yg SUKA control dgn lelaki yg IN control is totally different.. but better yg in control la... :)

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.047811 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top