CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Bapa Kesal Iqbal (Ceria Popstar) Luah Perasaan Di Laman Sosial

28-1-2015 04:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26948| Komen: 81

Description: "Saya Sudah Diberitahu Tentang Pembatalan Itu Oleh Pihak Astro Atas Sebab-Sebab Tertentu Cuma Dia Rasa Agak Kecewa Apabila Tidak Dapat Terlibat Sama.
Bapa Kesal Iqbal (Ceria Popstar) Luah Perasaan Di Laman Sosial


PETALING JAYA: Bapa kepada Iqbal (Ceria Popstar) iaitu Omar Baqi mengakui tindakan anaknya meluahkan rasa kecewa terhadap pihak stesen televisyen Astro di laman sosial merupakan sesuatu yang tidak wajar.
Omar berkata, Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Iqnada, 16, terlalu mengikut emosi dan darah muda yang boleh mengeruhkan hubungan mereka dengan pihak stesen televisyen tersebut.


"Saya sudah beberapa kali nasihatkan dia agar tidak menulis apa-apa di laman sosial ketika dalam keadaan marah yang boleh mengundang perkara tidak diingini.

"Saya baru diberitahu tentang kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram tentang kekecewaannya terhadap satu program dan sekarang saya mahu dia buang status itu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.


Kenyataan yang dimuat naik Iqbal malam Rabu.
Omar diminta mengulas tentang status anaknya, naib juara program Ceria Popstar musim kedua yang meluahkan rasa kecewa apabila penglibatannya dalam sebuah program terbitan Astro dibatalkan.

Dalam status itu, Iqbal berkata tidak mahu terlibat dalam apa-apa juga acara yang dianjurkan pihak televisyen tersebut lagi pada masa akan datang.

Sementara itu, bapanya mengakui pihak Astro sudah memaklumkan tentang pembatalan itu kepadanya terlebih dahulu.

"Saya sudah diberitahu tentang pembatalan itu oleh pihak Astro atas sebab-sebab tertentu cuma dia rasa agak kecewa apabila tidak dapat terlibat sama.

"Mungkin dia terlalu emosi dan mengikut darah muda, tetapi saya tidak mahu perkara itu akan mengeruhkan hubungan kami dengan Astro," ujarnya.

Omar berkata, dia akan lebih memantau dan menasihatkan anaknya agar tidak terlalu mengikutkan perasaan dalam menulis sesuatu di khalayak yang boleh mencetuskan kontroversi.


Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 23-1-2015 09:09 AM
Damage control dr si bapak...
Quote nia_salina 23-1-2015 09:17 AM
suruh jela anak tu belajar balik sng
Quote nazhidd 23-1-2015 09:18 AM
kecik kecik dah pandai meroyan
Quote blackred99 23-1-2015 09:22 AM
masih lom terlambat ke nak repair?
Quote mdhelmi 23-1-2015 09:24 AM
budak xmatang di sekolahkan oleh ayah yg prihatin
okla tu
Quote prettyuglybabe 23-1-2015 09:54 AM
suruh anak pi belajar rajin-rajin lagi bagus pak..
Quote cikokui 23-1-2015 09:57 AM
aku nak tanya sikit, ni cite pasal poslaju yang tak sampai ke? hahahaha

"YOU MIGHT LOOSE YOUR COURRIER"

ahahahahaha
Quote edoraixora 23-1-2015 09:58 AM
lubuk duit si ayah gamaknye....haruslah buat damage control
Quote fredza 23-1-2015 10:06 AM
ayah...ayah....
Quote naina 23-1-2015 10:18 AM
BUdak ni yg dipuji2 oleh juri punya pakej lengkap kononya sebb rupa paras ensem ckt
aku rasa dia pun mcm besar kepala sbb ramai puji dia.cehh.br kena ckt dah meroyan.oh ya budak lagi.
Quote moxes 23-1-2015 10:21 AM
cikokui replied at 23-1-2015 09:57 AM
aku nak tanya sikit, ni cite pasal poslaju yang tak sampai ke? hahahaha

"YOU MIGHT LOOSE YOUR COU ...

hahahhahah..menganjing ko ehh! hahahhahahahahhaha
Quote mamapea 23-1-2015 10:22 AM
terkilan la tu...mesti dia seronok kot nk buat show dgn kwn2 yg lain..
Quote rayna_raynes 23-1-2015 10:26 AM
cikokui replied at 23-1-2015 09:57 AM
aku nak tanya sikit, ni cite pasal poslaju yang tak sampai ke? hahahaha

"YOU MIGHT LOOSE YOUR COU ...

DHL ke Fedex? Hahaha

Quote gula_tebu 23-1-2015 10:47 AM
entah tak kenal.
Quote mommymonster82 23-1-2015 10:51 AM
Xkenal.. Tp nk ckp belum per2 dah mcm ni... Berlagak...
Quote biskutkering93 23-1-2015 10:52 AM
hehhh adik. kecik2 dah jadi protege kak shilalat ke? semua nak luah kat media sosial?
Quote sunquick 23-1-2015 11:00 AM
kecik2 dah meroyan...
camne nak jadi retis kalo mnde camni pon nak melatah..

hmmm...better belajar dulu ye dik..
muda lg tu...
apa la sgt jadi retis...
Quote Ferr_Remy 23-1-2015 11:02 AM
bbnu.. selayaknyer dihencap.. takper bile da beso jadi ensem sgt2 uols akan dimaapkan hakak2 ponen no worry chuolssss
Quote setokinpurple 23-1-2015 12:46 PM
Nama pon bbnu.. Harap besar nanti jgn hisap dadah sudah

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.568783 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top