CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Kucing Mati Hidup Balik Siap Balik Rumah Tuannya Balik

29-1-2015 10:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7264| Komen: 14

Description: "Kucing Tersebut Sudah Kelihatan Seperti Tidak Bernyawa Dan Tuan Kucing Terbabit Mengebumikannya. Lima Hari Kemudian, Kucing Yang Sama Dilihat Berada Di Halaman Jirannya - Dalam Keadaan Masih Bernya ...
Kucing Kembali Dari Kubur Lepas Lima Hari Dikebumi Kerana Dilanggar Kereta

Seekor kucing yang dikuburkan setelah terlibat kemalangan di jalan raya mengejutkan tuannya setelah dijumpai berada berhampiran rumahnya selepas lima hari kejadian berlalu.

Menurut laporan NY Post, kucing tersebut dikatakan dirempuh sebuah kereta. Selepas itu kucing itu dikebumikan dan lima hari kemudian, ia dijumpai berada di kawasan kejiranan.

"Kucing tersebut sudah kelihatan seperti tidak bernyawa dan tuan kucing terbabit mengebumikannya. Lima hari kemudian, kucing yang sama dilihat berada di halaman jirannya - dalam keadaan masih bernyawa!", kata wakil dari Humane Society of Tampa Bay di Florida.

Ketika ditemui semula, kucing tersebut cedera parah, lemah dan mengalami dehidrasi. Kucing terbabit dikatakan menggali sendiri untuk keluar dari kuburnya dan merangkak perlahan-lahan untuk pulang kepada tuannya.

Kerana tidak mempunyai wang yang cukup, tuan kepada kucing yang bernama Bart itu membawa kucingnya kepada Humane Society untuk rawatan. Mulut Bart terpaksa dijahit manakala salah satu matanya terpaksa dibuang.






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LabuLabi69 28-1-2015 03:58 PM
siannya keadaan muka kucing mcm tu ...
Quote pestol 28-1-2015 03:59 PM
eeekucing hantu
Quote mybluegetz 28-1-2015 04:08 PM
kucing ada 9 nyawa
Quote iman_aly 28-1-2015 04:15 PM
kesiannya....
Quote merrissa 28-1-2015 04:24 PM
kucing zombi....
Quote Lorra2411 28-1-2015 04:29 PM
ya Allah, kesiannya kucing tu. teringat kucing i mati tahun lepas
Quote kupkapp 28-1-2015 04:44 PM
kucing aku pun penah lari dr kubo. mse tu kitorg betul2 kompem igtt die da mati. arwah along nk kambus je tanah tup tup kucing kitorg bangun brdesup lari. padahal sebelum tu da lembek betul lgsg x leh bgun. smpai la ni x jumpe da kucing tu
Quote Artemesiaa 28-1-2015 05:01 PM
Alahai siannya mungkin juga dia belum betul2 mati masa dikebumikan tu.  
Quote mattzzx 28-1-2015 05:04 PM
Takut juga melihat kucing tersebut.....
Quote shuk_one 28-1-2015 05:12 PM
kesian dia
betul-betul 9 nyawa nih...
Quote Felycya 28-1-2015 07:52 PM
errrkkk, kucen angkerrrrr
Quote maplesue 28-1-2015 11:24 PM
Kuat semangat betul kucing tu gali kubur pastu balik rumah tuan dia
Quote imransulaiman 29-1-2015 02:36 PM
Kesian kucing tu...
Quote amyainsamad 29-1-2015 02:47 PM
betul2 9nyawa meow ni...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.051745 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top