CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Kerjaya Akim Terjejas Kerana Dituduh 'Lalok'

29-1-2015 12:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5992| Komen: 7

Description: Dalam Pada Itu, Akim Yang Baharu Sahaja Pulang Menunaikan Umrah Pada 20 Januari Lalu Enggan Berkongsi Cerita Sepanjang Berada Di Tanah Suci Tersebut.
Kerjaya Akim Terjejas Kerana Dituduh 'Lalok'



PETALING JAYA: Penyanyi Akim Ahmad mengaku kerjayanya   terjejas selepas timbul tuduhan kononnya dia terlibat dengan penyalahgunaan dadah ketika melakukan persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik pada 28 November 2014.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, berkata, perkara itu memberi impak besar dalam kerjayanya apatah lagi untuk meyakinkan klien selain memulihkan maruah keluarga.

"Kesannya terlampau besar dalam kerjaya seni saya, terutamanya pada klien-klien saya. Walaupun ia hanya khabar angin namun selepas dikaitkan dengan najis dadah, ia benar-benar menjejaskan saya.

"Bagaimanapun, saya sudah maafkan orang yang membuat tuduhan itu," katanya kepada mStar Online ketika ditemui selepas Showcase Hafiz & Friends, di Hard Rock Cafe, dekat sini, Ahad lalu.

Akim berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan kerjayanya selepas terkait dengan kontroversi 'lalok'.

Selain itu, ada juga dakwaan namanya di ketepikan oleh pihak penganjur yang menganggap dia mempunyai reputasi buruk.

Dalam pada itu, Akim meminta agar pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan mengambil perkara itu sebagai serius.

"Ia berkaitan dadah dan itu masalah serius yang boleh merosakkan kerjaya seseorang artis. Saya harap lepas ini orang yang membuat fitnah itu akan lebih berhati-hati,” katanya.

Dalam pada itu, Akim yang baharu sahaja pulang menunaikan umrah pada 20 Januari lalu enggan berkongsi cerita sepanjang berada di Tanah Suci tersebut.

Dia tidak mahu dituduh sengaja ingin menunjuk-nunjuk apabila melakukan ibadah.

"Biarlah saya simpan cerita di sana kerana ia adalah ibadah dan tangungjawab saya sebagai umat Islam. Saya pergi selama sepuluh hari bersama ibu ayah dan adik saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Akim berkata, dia bersama kumuplan The Majestret bakal keluar dengan single terbaharu berjudul Potret dalam masa terdekat.

Kata Akim, dia kini lebih selesa untuk bergerak secara berkumpulan berbanding solo.

"Buat masa ini saya lebih suka membuat persembahan dalam kumpulan kerana vibe dia lain dan saya rasa lebih yakin berbanding persembahan dengan menggunakan minus one sahaja.

"Kalau ada tawaran persembahan juga saya lebih memberi keutamaan kepada yang meminta saya secara berkumpulan," katanya. 

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intriQue 27-1-2015 10:17 AM
Tak suka imej akim skarang
Quote nist02 29-1-2015 02:42 PM
Usahalah berubat klo betul terlibat.. demi kebaikan & masa depan...
Quote nad014 30-1-2015 03:11 PM
sayang dia ni...tgk muka mcm amik je benda alah tue
Quote slipar_jepon 31-1-2015 12:39 PM
sebelum ni bersih je nampak. skang ni nampak busuk
Quote SaVilara 31-1-2015 07:15 PM
Edited by SaVilara at 31-1-2015 07:16 PM

Ni pix lama dia la beb.. Ni ha rupa n imej dia sekarang kat Hard Rock..nampak la gak seri dr Tanah Sucinya tuh:



Reputz ni pun agak2 la nak up kan balik cite n gambo iringan dr jaman Jurassic tu..
Quote rainbowrainz 7-2-2015 03:04 AM
kenape aku tgk muke die cam sesuatu..nahuzubillahminzalik..maaf klo salah..
Quote Ierasham 11-3-2015 01:40 AM
Haisss mcm2 la pulak dia nie.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.170672 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top