CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Anuar Zain Tolak Tawaran Jadi Juri Sebab?

30-1-2015 02:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12163| Komen: 41

Description: Dalam Perkembangan Lain, Anuar Berkata, Anuar Zain - Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari Live In Concert' Hanya Dilancarkan Selepas Dua Tahun Persembahan Itu Berakhir Kerana Pihaknya Terikat Dengan B ...
Anuar Zain Tolak Tawaran Jadi Juri 

Penyanyi Anuar Zain tidak berminat untuk terlibat sebagai juri atau mentor dalam mana-mana program realiti buat masa ini.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 45, berkata, selain kekangan masa dia lebih selesa memberikan tumpuan kepada karier nyanyian berbanding perkara lain.

"Bukan hendak jaga eksklusif diri atau isu lain tetapi buat masa ini memang saya belum bersedia untuk terlibat dalam apa juga peranan dalam mengadili peserta program realiti.

"Ini kerana saya lebih selesa bergelar penyanyi dah hanya mahu fokus kepada perkara itu sahaja," katanya kepada mStar Online.

Anuar ditemui pada majlis pelancaran album Anuar Zain - Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari Live In Concert yang diadakan di TGV One Utama di sini pada Selasa.

Tambah Anuar, sebelum ini ada beberapa pihak produksi membuat tawaran kepadanya namun dia menolak secara baik.



































"Untuk menjadi mentor atau juri memerlukan komitmen yang cukup tinggi dan banyak produksi bertanya sekiranya saya berminat tetapi terpaksa menolak secara baik," katanya.

Dalam pada itu, Anuar berkata, tahun ini dia merancang untuk mengadakan sebuah lagi konsert berskala besar selepas kejayaan persembahan pertama yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam dua tahun lalu.

Jelas Anuar, pengalaman menerbitkan sendiri konsert berkenaan menerusi syarikatnya, Anuar Zain Network akan digunakan untuk membuat penambahbaikkan kepada konsert keduanya itu nanti.

"Sebenarnya saya rancang untuk mengadakan konsert kedua pada tahun lalu tetapi disebabkan beberapa masalah ia terpaksa ditunda.

"Bagaimanapun tahun ini saya harap impian untuk mengadakan konsert tersebut akan menjadi kenyataan tambahan pula mendapat permintaan daripada peminat," katanya.

Bagaimanapun kata Anuar, dalam masa terdekat dia bakal mengadakan konsert di The Star Theatre, Singapura pada 7 Februari depan.

Kata Anuar, konsert yang diberi judul Anuar Zain Three Decades of Music itu akan menyaksikan dia menyampaikan seleksi lagu-lagu hitnya dan berharap ia akan turut mendapat sambutan penonton negara ini.

Sementara itu, Anuar berkata, dia juga sedang dalam proses merakamkan album terbaharunya dan memberitahu sudah pun mempunyai lima buah lagu untuk dimuatkan dalam album berkenaan.


Katanya, biarpun sedar penjualan album tidak menentu buat masa ini namun dia tetap menghasilkan album penuh demi peminatnya.




Anuar bakal mengadakan konsert di Singapura.
"Saya masih memilih dua buah lagu lagi untuk dimasukkan ke dalam album berkenaan dan Insya-Allah ia akan dilancarkan dalam tahun ini juga.

"Saya tetap hendak hasilkan album berbanding single kerana ini adalah cara untuk saya menghargai peminat dan menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Anuar berkata, Anuar Zain - Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari Live In Concert' hanya dilancarkan selepas dua tahun persembahan itu berakhir kerana pihaknya terikat dengan beberapa syarat selepas ia disiarkan menerusi NTV7 tahun lalu.

"Konsert ini pernah ditayangkan di NTV7 sebelum ini dan ada tempoh tertentu ditetapkan oleh pihak stesen sebelum ia boleh dilancarkan dalam bentuk CD, VCD dan DVD.

"Bagaimanapun pihak Anuar Zain Network dan Universal Music ada strategi tertentu dan merasakan sekarang paling sesuai untuk melancarkan album berkenaan," jelasnya.

Malah konsert berkenaan akan ditayangkan secara eksklusif di TGV One Utama pada 15 Februari depan pada pukul 3 petang khas buat peminat hanya untuk sehari.

3

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mokcikKSKB 28-1-2015 01:23 PM
Ape2 jela bgnuar
Quote bambimbom 28-1-2015 01:34 PM
Rajin bang nuar wat konsert.. tp ape ade hal.. gerenti penuh org yg dtg... mmg btol2 eksklusif... sape nk tgk dua kne bayar la...

Dia ni pun xde ig kan...
Quote maxim 28-1-2015 01:36 PM
bambimbom replied at 28-1-2015 01:34 PM
Rajin bang nuar wat konsert.. tp ape ade hal.. gerenti penuh org yg dtg... mmg btol2 eksklusif... sa ...

mana tak nyer..




Quote hepimoon 28-1-2015 01:41 PM
Anuar ni mmg bijak
Jaga nilai exclusive, jadi bila buat konsert atau apa2 psembahan boleh caj tiket mahal harga ribu2 pun takde hal. peminat tetap akan dan nak dtg bg sokongan. Bukan senang nk jumpa dia uols...harus la caj tiket mahal2.
Quote bulalof 28-1-2015 02:19 PM
good marketing strategy....
Quote anisania 28-1-2015 02:22 PM

haahahah
anuar ni versi matkpop utk mokcikmokcik

Quote iman_aly 28-1-2015 02:28 PM
daaaaaa......
Quote ahlisihircute 28-1-2015 02:30 PM

pada makcik2...jaga diri ......jangan terover duk peluk2 ...cium2  anuar nie....
kang tertangkap.....kecoh lagi semalaysia....
duk dediam jer.....
Quote qqOfficial 28-1-2015 02:32 PM
walaupun dia dr jauh dah nampak kerogayahannya...tp awek2, cikki2, mokcik2 urban tatap feeling nak bermenantukan, bersuamikan heshe...  dia pemakai kah....  upsss...
Quote lolen 28-1-2015 02:53 PM
aku tgk anuar ni dah cam anwar ibrahim lak hahah x tau napa
pandang dia ingat anwar ibrahim
Quote sekel 28-1-2015 03:00 PM
ke Bung Nuar nk menjaga hati pihak *tut*
Quote biozipstar 28-1-2015 03:04 PM
mahal tol kalau amek die ni konsert.... abes duit hehe
Quote supernaturalee 28-1-2015 03:13 PM
Anuar Zain - Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari Live In Concert



Dekat ke Dekad
reputz oh reputz


anyway ini live concert kt stadium shah alam tu ke?
klu yg ni, disiarkan di tv3
2 kali dah pun
xtau plak ntv7 pun ada siar


lg 1 i check kt tgv xde pun iklan/poster psl penayangan konsert ni






Quote abil_tetra 28-1-2015 03:24 PM
Ni klu budak2 peluk kpop tgk sure bengang
Motif jakim x kejar mak2 ni sekali
Kemain keroyok si nuar jen
Quote fifie_olin 28-1-2015 03:34 PM
dia ni mcm jarang2 je kuar tv...mmg nk jaga eksklusif gak ke
Quote Jamilahbebee 28-1-2015 03:37 PM
lebiuu nuar jeng!
Quote sponges 28-1-2015 03:39 PM
bang nuar kekal menjadi pujaan makcik2
Quote jetrofa 28-1-2015 03:49 PM
dia ni ala2 private giteww khenn..
..untunglah siapa selalu tengok dia masa jadi pramugara dulu..
Quote liyamariska 28-1-2015 04:19 PM
ai pernah terserempak dgn Anuar Zain kt Pavilion... sempoi jer dressing mamat nih...

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.098012 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top