CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Hartanah 2015 Dijangka Naik - Rahim & Co

2-2-2015 09:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5866| Komen: 18

Description: Empat Negeri Direkodkan Firma Penyelidikan Rahim&Co Sebagai Negeri-Negeri Yang Mempunyai Kemampuan Paling Rendah Untuk Memiliki Kediaman Teres Mampu Milik Pada 2014 Iaitu Sabah, Pulau Pinang, Kuala ...
Harga Hartanah 2015 Dijangka Naik - Rahim & Co


KUALA LUMPUR 1 Feb. - Harga hartanah masih menunjukkan peningkatan ketara di negara ini pada 2014 berbanding 2013, tidak setanding dengan kos sara hidup yang tinggi walaupun kerajaan mengambil pelbagai langkah termasuk langkah penyejukan pasaran, menurut kajian penyelidikan Rahim&Co. Chartered Surveyors Sdn. Bhd. (Rahim&Co).

Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, Senator Tan Sri Abdul Rahim Rahman berkata, bagi sektor kediaman, jumlah urus niaga hartanah adalah paling banyak berada pada paras harga RM400,000 ke atas iaitu 27.2 peratus daripada keseluruhan transaksi hartanah kediaman pada separuh tahun pertama 2014 berbanding 16.8 peratus pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Katanya, pengagihan transaksi kediaman mengikut julat harga menunjukkan perubahan ketara bagi julat harga RM400,000 sehingga RM1 juta dengan jumlah transaksi berbanding jumlah transaksi keseluruhan mencecah 23 peratus pada separuh tahun pertama 2014 berbanding 13.4 peratus pada separuh tahun pertama 2013.
Advertisement

Julat harga ini menunjukkan pertumbuhan bilangan transaksi yang paling tinggi, justeru membantu menaikkan purata harga rumah di negara ini.

“Peningkatan jumlah transaksi sektor kediaman di seluruh negara bagi separuh tahun pertama 2014 adalah berjumlah 2,783 unit berbanding dengan separuh tahun pertama sebelumnya dengan pertumbuhan sebanyak 2.3 peratus,” kata Abdul Rahim dalam Laporan Penyelidikan Rahim&Co - Penilaian Pasaran Hartanah 2014/2015 yang dikeluarkan baru-baru ini.

Tambah Abdul Rahim, negeri-negeri yang mencatatkan peningkatan ketara bagi sektor kediaman adalah Negeri Sembilan dengan peningkatan 32.8 peratus, Johor (+18.7 peratus) dan Perak meningkat sebanyak 7.6 peratus.

Katanya, Negeri Sembilan mendapat manfaat daripada limpahan kesan kenaikan harga rumah di Selangor dan juga jaringan lebuhraya dan infrastruktur yang kukuh menerusi Projek Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas),

Johor pula beroleh manfaat daripada gembar-gembur pasaran hartanah yang bermula dua tahun lalu.

Negeri-negeri yang mengalami penurunan dalam sektor kediaman adalah Kedah dengan penurunan sebanyak 28.3 peratus, Selangor (-6.5 peratus) dan Kelantan, menyusut sebanyak 17 peratus.


Empat negeri direkodkan firma penyelidikan Rahim&Co sebagai negeri-negeri yang mempunyai kemampuan paling rendah untuk memiliki kediaman teres mampu milik pada 2014 iaitu Sabah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sarawak, kata Abdul Rahim.

Malah, kajian firma itu mendapati indeks kemampuan perumahan merudum pada tahun 2014 berbanding 2009,

Nisbah purata harga rumah teres berbanding purata pendapatan isi rumah tahunan menunjukkan kenaikan daripada 3.4 kepada 3.6.

“Ini bermaksud secara purata, harga sebuah rumah teres bersamaan jumlah pendapatan tahunan selama 3.6 tahun,” kata Abdul Rahim.

3

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shalola 2-2-2015 01:48 AM
mana pernah jatuhnya
Quote Acong 2-2-2015 05:39 AM
pakat jangan beli 2 tahun, tengok jatuh tak?
Quote dess402 2-2-2015 05:44 AM
Acong replied at 2-2-2015 05:39 AM
pakat jangan beli 2 tahun, tengok jatuh tak?




masalahnya kalau rakyat tempatan tak beli ..

orang luar pulak yakni rakyat asing pulak beli .  

lebih2 bila ringgit jatuh .  org kita takat mampu sewa kott .
Quote primemova 2-2-2015 06:09 AM
Org asing hanya boleh beli yg harga sejuta ke atas shj
Quote Al-Patih 2-2-2015 06:14 AM
mula lah spekulasi....
Quote primemova 2-2-2015 06:18 AM
Edited by primemova at 2-2-2015 06:43 AM

Yep... Kenyataan rahim co ni akan dijadikan modal utk pemain hartanah buat spekulasi.... Tah2 rahim co ni dibayar oleh pemain hartanah .... Pendapatan penduduk tak meningkat tp hartanah naik mencanak canak
Quote cmf_premierleag 2-2-2015 07:51 AM
So benarlah kata2 cinapek "price sure go hap hwanggggggggg"
Quote langsir_hijau 2-2-2015 11:23 AM
beria aku tgok rancangana assamulaikum.. panel hartanah bgtau thn ni harga hartanah jatuh.... mcm kelegaan tp hakikatnya tak
Quote kecimpret 2-2-2015 11:39 AM
berita buruk buat melayu mundur gelandangan spt @Modngengade







Quote tungkai 2-2-2015 11:40 AM
“Ini bermaksud secara purata, harga sebuah rumah teres bersamaan jumlah pendapatan tahunan selama 3.6 tahun,”


Katalah purata gaji sebulan RM 5K. Maksudnya harga rumah purata adalah

RM 5K x 12 bulan  x 3.6 = RM 216K?? Ada ke rumah teres harga ni? Flat PPRT mungkin la..
Quote kudajantan77 2-2-2015 12:04 PM
kerajaan patut sekat pembeli rumah asing ... baru la pemaju dan spekulators menggelupor ...
Quote primemova 2-2-2015 12:10 PM
kudajantan77 replied at 2-2-2015 12:04 PM
kerajaan patut sekat pembeli rumah asing ... baru la pemaju dan spekulators menggelupor ...

Benar sekali sis, andai kerajaan sekat pembelian hartanah oleh warga asing, pasti pemaju akan mulai fokus kepada pembinaah hartanah kos sederhana ,, bukan lagi condo condo mewah dan teres mewah...
Quote hzln 2-2-2015 12:13 PM
primemova replied at 2-2-2015 06:09 AM
Org asing hanya boleh beli yg harga sejuta ke atas shj

apa susah
hartanah yg patut2 rega 500k saja depa pi up jadi sejuta
pemaju happy, pelabur asing/spekulator hartanah happy, bank laaaaaagiiiiii happy

Quote afira 2-2-2015 12:33 PM
primemova replied at 2-2-2015 12:10 PM
Benar sekali sis, andai kerajaan sekat pembelian hartanah oleh warga asing, pasti pemaju akan mula ...

setuju!! skang kalau buat umh mesti umpama mahligai..hrga plak melantun2..pasang signboard iklan pn bahasa cina..dh sah2 bukan ditujukan pade penduduk tempatan

Quote mamat2009 2-2-2015 12:57 PM
flat ade lg harga linkungan 200k. 500 sq2
Quote Acong 2-2-2015 09:20 PM
dess402 replied at 2-2-2015 05:44 AM
masalahnya kalau rakyat tempatan tak beli ..

orang luar pulak yakni rakyat asing pulak be ...

warga asing hnya blh beli RM2 juta di lembah klang
Quote Acong 2-2-2015 09:21 PM
primemova replied at 2-2-2015 06:18 AM
Yep... Kenyataan rahim co ni akan dijadikan modal utk pemain hartanah buat spekulasi.... Tah2 rahim  ...

depa pun makan komisen maa......

depa adalah ejen merangkap penilai hartanah.....

jika tak ada org jual-beli, mau makan apa?
Quote Acong 2-2-2015 09:22 PM
kudajantan77 replied at 2-2-2015 12:04 PM
kerajaan patut sekat pembeli rumah asing ... baru la pemaju dan spekulators menggelupor ...

masalahnya byk GLC terlibat dlm hartanah   

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.209726 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top