CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Azlee Bayangkan Senario Masuk MLM

10-2-2015 03:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19444| Komen: 90

Description: Bagaimanapun, Salah Seorang Anggota Kumpulan Itu, Mohd Azlee Jaafar Atau Azlee Yang Ditemui Kosmo! Baru-Baru Ini Mendedahkan, Realitinya Kumpulan Itu Masih Wujud Dan Ikatan Ketiga-Tiga Ahli Kumpulanny ...
Azlee Bayangkan Senario Masuk MLM



LAMA menyepi, mungkin ramai menyangka Senario yang sebelum ini pernah menjadi kumpulan pelawak nombor satu negara telah terkubur dan tidak lagi aktif dalam dunia hiburan tanah air.

Keadaan itu ditambah pula dengan pelbagai rancangan realiti seperti Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega (MLM) yang melahirkan begitu banyak kumpulan pelawak baharu seperti Sepahtu, Virus, Bocey dan lain-lain. Fenomena Raja Lawak dan MLM sebenarnya menenggelamkan Senario yang mempunyai begitu ramai peminat pada suatu masa dahulu.

Bagaimanapun, salah seorang anggota kumpulan itu, Mohd Azlee Jaafar atau Azlee yang ditemui Kosmo! baru-baru ini mendedahkan, realitinya kumpulan itu masih wujud dan ikatan ketiga-tiga ahli kumpulannya masih erat dan mereka saling berhubung.

Ikuti temu bual lanjut Kosmo! bersama Azlee yang ditemui semasa majlis pelantikannya sebagai duta sejenis produk makanan kesihatan keluaran RCC Global di Hotel de Palma, Shah Alam, Selangor.

KOSMO!: Sudah lama nama kumpulan Senario tidak kelihatan di kaca televisyen, adakah kumpulan yang berusia lebih 20 tahun ini telah dibubarkan kerana ketiga-tiga anggota asal, termasuk Azlee sendiri telah menamatkan kontrak dengan stesen TV3?

AZLEE: Walaupun kami semua sudah tidak terikat dengan stesen televisyen tersebut, kumpulan Senario masih wujud dan saya sering menghubungi anggota kumpulan seperti Lan Pet Pet dan Wahid.

Ketiadaan kami menerusi sitkom Senario tidak bermakna kami terus menghilangkan diri. Sebenarnya, kami sedang memberi laluan kepada penerbitan animasi Senario Toons yang kini masih dalam proses pembikinan. Perjuangan Senario masih diteruskan dan saya membayangkan Senario akan membuat kemunculan semula dalam dunia hiburan suatu hari nanti.

Boleh anda memberi gambaran sedikit sebanyak mengenai animasi Senario Toons dan penglibatan anda dalam rancangan tersebut?

Rancangan tersebut terdiri daripada 13 episod berkisarkan sekumpulan kanak-kanak yang belajar di sekolah dan tinggal di kampung yang sama. Ia juga menyelitkan kisah sebenar perjalanan hidup Senario pada akhir rancangan. Sebanyak enam episod daripada siri animasi itu telah siap dan saya memegang watak sebagai Azlee dan Pak Jaafar dalam cerita itu.

Bagaimana pula pandangan anda mengenai rancangan realiti MLM 2014 yang melabuhkan tirai baru-baru ini?
Saya berpendapat rancangan itu bagus kerana berjaya melahirkan lebih ramai pelawak yang mempunyai kelebihan serta mampu mempelbagaikan persembahan bagi menghiburkan penonton. Saya juga sudah menjangkakan Zero sebagai juara berdasarkan kekuatan kumpulan itu yang terletak kepada salah seorang anggotanya, Syaiful atau Melati. Dia seorang pelawak yang penuh dengan aksi ‘sengal’ dan mampu ‘menggigit’ kumpulan lain.

Sebagai pelawak yang pernah berada di puncak kejayaan, anda mungkin ada pesanan kepada pelawak generasi baharu yang sedang membina nama hari ini.
Saya tiada pesanan yang khusus tetapi berharap, pelawak-pelawak baharu yang sedang mencipta hari ini supaya jangan sombong terutama dengan peminat. Jika sombong dengan peminat, percayalah perjalanan karier seseorang pelawak atau mana-mana artis pun tidak akan pergi jauh dan tidak lama dalam dunia hiburan.

Jika diberi kesempatan, adakah Senario akan menyertai MLM pada edisi seterusnya?

Ya, saya membayangkan Senario akan menyertai MLM jika diberi kesempatan kerana terdapat peminat setia Senario yang mahu kami menyertai program itu. Namun, tujuan kami bukanlah untuk bersaing, sebaliknya ingin bertemu semula dengan rakan-rakan dan peminat yang merindui persembahan kami.


Selain dilantik sebagai duta produk RCC Global, difahamkan, anda juga telah menceburi dunia perniagaan, boleh kongsikan perkembangan perniagaan anda itu?

Sebelum tamat kontrak dengan TV3, saya telah menubuhkan syarikat GE Events Management pada 2014 yang menawarkan perkhidmatan pengurusan acara. Buat masa ini, aktiviti perniagaan lebih tertumpu di Johor. Selain itu, saya juga sibuk memenuhi undangan untuk mengacarakan majlis sehingga terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa stesen televisyen. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lorra2411 9-2-2015 11:40 AM
tapi sebenarnya memang kumpulan Senario bercadang nak join MLM 2014 yg lalu tapi disebabkan faktor kesihatan Azlee yang masa tu agak merosot akibat sakit hempedu dia tahun lepas jadi diorg tak join MLM 2014. tapi ada kemungkinan diorg akan menyertai MLM 2015 kalau semua ahli kumpulan Senario dalam keadaan cukup sihat.
Quote boongalalang 9-2-2015 11:43 AM
Macam best je senario toons. Ada gaya mcm kartun anak2 sidek atau usop sontorian tak?
Tak nak gaya katun macam boboiboi
Quote khailya 9-2-2015 11:43 AM
masih relevan kah senario ni?....
Quote izat123 9-2-2015 11:48 AM
Jangan lah buat busuk nama je dah legend tak payah lah join dah sah sah senario ni dah tak kelakar
Quote c===8 9-2-2015 11:49 AM
@TENOK mesti mengalirkan air mata gembira bila baca berita ni

kahkahkah
Quote cm_matjawasp 9-2-2015 11:54 AM
Masuk je  la.. bukannya susah banyak bahan kat internet boleh cilok..asal orang ketawa
Quote aseela 9-2-2015 11:58 AM
tak ada istilah bersara untuk pelawak...selagi ada idea dan modal utk buat orang ketawa...bole je on
Quote Parit.Hilton 9-2-2015 12:13 PM
aku yakin diorang tak akan sampai minggu ke 5 pun
Quote trebadoure7 9-2-2015 12:16 PM
x sesuai plak nk msuk MLM, mcm too legend aja
lgpn senario dh x kelaka kan? hadap kah penonton nk tgk lagi lawak2 muka terencat yg azli selalu buat ni? lawak sepahtu pun dh muntah berjemaah
Quote bottombikini 9-2-2015 12:21 PM
kalo ye..azli takyah la masuk...biar yassin, madzlan dengan sape mamat yg kelakar tu tak tau name ape
Quote cik_tonggek 9-2-2015 12:23 PM
sian derang.. teringin gak nak merasa duit MLM tuh
asyik2 sepahtu je juara
mamat pun dah hencap sepahtu pagi tadi kat radio
Quote silampumeja 9-2-2015 12:23 PM
lagipon MLM yg tak brapa nak klakar sgt...so senario xperlu downgradekan diorang kan... perghhh rindu woo senario
Quote MissMamamia75 9-2-2015 12:29 PM
tiba2 terbayang..Lan Pet Pet ngan trade mark trompetnya itu sepanjang MLM...
gud luck to them...mari2 meriahkan industry..
Quote fifie_olin 9-2-2015 12:30 PM
lawak lg ke dorang ni...kalo ade apek ok kot
Quote serikandi_gurl 9-2-2015 12:32 PM
Uhuhu...kalau senario masuk mlm, please la lan pet pet cukup2 la suka buat bunyi trompet dia tu. Tak suka trompet dia tu..huhu
Quote biozipstar 9-2-2015 12:34 PM
jangan join........ aritu aku baru tengok senario kat tv9.. aku pun tak faham nape dulu aku kelakar terbahak2 tengok.. skang aku tengok..ase biase aje.. hahahhahahahahhahaaaa
Quote epis 9-2-2015 12:35 PM
X perlu rasanya senario nk masuk MLM, group dorg ni dah merasai zaman kegemilangan dengan sitcom dan filem... then zaman senario pon cm dah berlalu... klu nk buat comeback pon just dalam rancangan khas ke atau segmen tertentu je...
Quote mhamirol 9-2-2015 12:35 PM
tahap kesihatan Azlee? i tengok kat MAHA 2014 (Nov-Dis), ada je Azlee kat Laman Nanas. Main Contractor katanya.
Quote epis 9-2-2015 12:41 PM
X perlu rasanya senario nk masuk MLM, group dorg ni dah merasai zaman kegemilangan dengan sitcom dan filem... then zaman senario pon cm dah berlalu... klu nk buat comeback pon just dalam rancangan khas ke atau segmen tertentu je...

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.066381 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top