CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Kelajuan Civic Type R Mencecah 270km/J!

16-2-2015 10:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13540| Komen: 76

Description: Dengan peningkatan kuasa kuda pada kereta tersebut, model Civic Type R ini hadir dengan reka bentuk yang lebih aerodinamik bagi memberikan daya tujah (downforce) yang lebih baik bagi mengekalkan kesei ...
Kelajuan Civic Type R Mencecah 270km/J!

Sekali imbas nama Honda Civic Type R sudah pasti ramai brader-brader JDM membayangkan sebuah jentera yang berjiwa kelajuan.

Inilah mesej yang cuba disampaikan oleh Honda yang kini mengeluarkan Civic Type R generasi keempat dan didatangkan dengan sistem turbo buat kali pertamanya.


Civic Type R versi produksi bakal membuat kemunculan sulungnya di Geneva Motor Show pada bulan Mac 2015 ini.

Kali ini Honda telah mengeluarkan beberapa gambar teaser yang menunjukkan sedikit rupa bentuk luaran dan dalaman versi produksi kereta tersebut.

Kluster instrumen yang ditunjukkan di atas mengesahkan wujudnya butang +R yang memberikan kereta tersebut denyutan nadi sebuah kereta berkuasa tinggi.


Buat pertama kalinya pengeluaran Honda Civic Type R mempunyai garis merah di bawah 8,000 RPM memandangkan ianya bakal datang dengan enjin 2.0-liter turbo VTEC.

Masih lagi tiada kata putus tentang berapa output kuasa kuda kereta tersebut, tetapi Honda telah mengesahkan versi produksi ini bakal hadir di antara 280HP sehingga 320HP.

Walau bagaimanapun, dengan pengeluaran gambar teaser ini, Honda telah mengesahkan yang kereta ini mampu mencapai kelajuan sehingga 270km/j!

Dengan peningkatan kuasa kuda pada kereta tersebut, model Civic Type R ini hadir dengan reka bentuk yang lebih aerodinamik bagi memberikan daya tujah (downforce) yang lebih baik bagi mengekalkan keseimbangan kereta tersebut di atas jalan raya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mybluegetz 16-2-2015 08:16 AM
the power of dream

setelah sekian lama takde engin DOHC tambah turbo pulak

civic sekarang lemau plus lemah (sbb nk jimat myk)
Quote crossfire 16-2-2015 08:22 AM
mybluegetz replied at 16-2-2015 08:16 AM
the power of dream

setelah sekian lama takde engin DOHC tambah turbo pulak

civic generasi 9 aja takde doch... generasi ke 8 dan sebelumnya masih ada doch terutama model 2.0 (fd2) , sekian lama tu bila
Quote jengkoil 16-2-2015 08:26 AM
Pedehal...maibi hibeam bleh cecah 270.5 m/j
Quote kerunai 16-2-2015 08:29 AM
s40 T5 aku leh main dgn gallardo n f40 lagi atas jalan

ape ade hal setakat type R tu
Quote ultra78 16-2-2015 08:30 AM
Pada pendapat aku, acceleration lebih penting daripada top speed
Quote TuntungReturn 16-2-2015 08:32 AM
bakal besaing ngn preve?
Quote noor2 16-2-2015 08:32 AM
jengkoil replied at 16-2-2015 08:26 AM
Pedehal...maibi hibeam bleh cecah 270.5 m/j

Myvi kuning tu memang laju.....semua myvi kuning tu kalau kat highway kalah bmw...hihi
Quote scorpionkiki 16-2-2015 08:35 AM
jengkoil replied at 16-2-2015 08:26 AM
Pedehal...maibi hibeam bleh cecah 270.5 m/j

m\jam... meter per jam ker.  
Quote rospinki 16-2-2015 08:39 AM
bagus la..lagi laju pun aku suka terus terbang masuk laut
Quote GhostWalking 16-2-2015 08:42 AM
jengkoil replied at 16-2-2015 12:26 AM
Pedehal...maibi hibeam bleh cecah 270.5 m/j

tapi bergegor kalau laju
Quote GhostWalking 16-2-2015 08:43 AM
ujung2 kalau lalu federal time peak memang ketap bibir bukak tingkap nyala rokok jela sebab takleh nak laju
Quote mybluegetz 16-2-2015 08:44 AM
mybluegetz replied at 16-2-2015 08:16 AM
the power of dream

setelah sekian lama takde engin DOHC tambah turbo pulak

lama la tu

satu generasi 5 tahun

nk bli kete kena benda baru gak, gen sblm tu boring dah design, gen sekarang boring gak design

nk design br dgn engine DOHC
Quote mjla 16-2-2015 08:45 AM
Klu rempuh tiang konkrit agak2 boleh tahan tak...
Quote rammad25 16-2-2015 08:54 AM
scorpionkiki replied at 16-2-2015 08:35 AM
m\jam... meter per jam ker.

bersangka baik.. miles/jam..
Quote otomen_taro 16-2-2015 08:57 AM
yg manja tu fb
Quote mrseller 16-2-2015 08:58 AM
Pakai lc135 cukup ahh dlm lembah klang nih
Quote scorpionkiki 16-2-2015 09:02 AM
rammad25 replied at 16-2-2015 08:54 AM
bersangka baik.. miles/jam..

which means..440km/jam...kalau kita nak abaikan hour/jam tu.... whoyooooo kalah lambunggini
Quote Innrukia 16-2-2015 09:04 AM
Moga terbabas & accident lalu mati sengsorang...
jgn menyusahkan org lain yg bawak ikut peraturan.
Quote mattzzx 16-2-2015 09:04 AM
Memang power lah...

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.055450 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top