CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Raja Bomoh Dakwa Ada Pihak Hantar Hantu Raya Untuk Bunuh Anwar

16-2-2015 10:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15133| Komen: 105

Description: Menurut Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin Ketika Ditemui Suaratv Sebentar Tadi, Beliau Mendapat Alamat Ada Pihak Tidak Bertanggungjawab Telah Menghantar Hantu Raya Bagi Mengancam Keselamatan Anwar.
Raja Bomoh Dakwa Ada Pihak Hantar Hantu Raya Untuk Bunuh Anwar


Sungai Buloh – Individu yang mengelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia mendakwa ada pihak-pihak tertentu cuba mengunakan ilmu hitam untuk membunuh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi, beliau mendapat alamat ada pihak tidak bertanggungjawab telah menghantar hantu raya bagi mengancam keselamatan Anwar.



“Saya mendapat alamat, ada orang mengunakan ilmu sihir, (dengan perantaraan) hantu raya bagi membunuh Datuk Seri Anwar.

“(Disebabkan itu) ada pihak telah meminta saya uintuk menghalang cubaan jahat tersebut” katanya sejurus selepas mengadakan upacara menghalau gangguna makhluk halus tersebut.


Ibrahim ketika ditemui di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buluh turut berdoakan keselamatan Anwar dari sebarang gangguan yang tidak diinggini.

Di dalam upacara menghalua hantu raya pentang tadi, selain teropong dan buah kepala Ibrahim turut mengunakan kayu golf dan empat biji buah limau sebagai simbolik menghalau hantu raya yang dikatakannya itu.

Tindakan Ibrahim itu turut mengundang perhatian orang ramai yang secara kebetulan berada di kawasan sekitar.

Terdahulu Ibrahim melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya ahli parlimen Permatang Pauh itu tidak bersalah sambil menyifatkan Anwar adalah merupakan seorang individu yang baik.

Panel lima hakim diketuai oleh Tun Arifin Zakaria mengekalkan hukuman lima tahun penjara itu yang disabitkan oleh Mahkamah Rayuan, Mac lalu.

Dalam membaca penghakiman selama dua jam itu, Arifin  berkata panel hakim mendapati keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan Anwar adalah kukuh, manakala keterangan  Saiful adalah berwibawa.

Beliau berkata mahkamah tertinggi itu juga mendapati kredibiliti sampel DNA yang mendapati kehadiran sperma Anwar dalam dubur Saiful adalah kukuh untuk mensabitkan tertuduh di atas kesalahan itu.

Ketua Hakim turut mengumumkan bahawa permohonan pendakwaraya untuk menambah hukuman penjara Anwar kepada sekurang-kurangnya enam tahun ditolak.

Sebaliknya Arifin berkata mahkamah mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Awal minggu ini Anwar memberitahu pemberita bahawa beliau hanya akan menganggap badan kehakiman bebas jika beliau dibebaskan.

4

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
2

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 13-2-2015 07:11 PM
Aku gelak guling2 jah baca citer ni
Quote debab_78 13-2-2015 07:13 PM
Pakai kayu golf nak halau hantu raya?
Oh mai goddddd
Quote kelana36 13-2-2015 07:16 PM
guna kayu golf pulak...  hantu raya Arnold Palmer ker...
Quote GhostWalking 13-2-2015 07:18 PM
aku baca tajuk pun dah seram  
Quote alesandra 13-2-2015 07:18 PM
mentang2 lah jibun baru bergolfing ngan obamak....nak nganjeng lettewww
Quote vandergooh 13-2-2015 07:20 PM
Akak pernah jumpa dia di persidangan umno dulu... sentiasa senyum kesana sini dan kunun ramai yg kenali dia....
Quote rosmahisham 13-2-2015 07:23 PM
Edited by rosmahisham at 13-2-2015 07:27 PM

mcm sewel je pakcik nih..mcmana la blh dpt datok dolu2.. kelapa x tinggal..bkn dulu perubatan dia guna bubu ke..slu npk dlm mingguan perdana..lawak attention seeker betol pakcik nih..baideway laku lg ke dia ni..ada lg ka org purcaya..raja bomoh antarabangsa la..raja bomoh mesia..mcm2
Quote lolipopmanish 13-2-2015 07:24 PM
buah kepala pon boleeeeeee
Quote azelinaputeri 13-2-2015 07:31 PM
debab_78 replied at 13-2-2015 07:13 PM
Pakai kayu golf nak halau hantu raya?
Oh mai goddddd

ko mengarut dah Raja Bomoh ni...if dia ingat org percaya perkara khurafat ni...silap besar lah....boriiinnnngggg..
Quote atekome 13-2-2015 07:33 PM
Bkn bomoh nie jelmaan hantu raye ker??
Quote jengkoil 13-2-2015 07:38 PM
Berapa lobang Tok main?

Tee off....not bad for a high "handicapped" golfer.....
Quote jengkoil 13-2-2015 07:41 PM
Sape yg gelak, main main kan tok...nanti tok anta antu kopek lanjut tiga ekor...

baru korang tau yang mana lagi berkhasiat antara susu awal lembu dan kalostrum antu kopek lanjut..  
Quote TuntungReturn 13-2-2015 07:42 PM
hole in one tok.bleh menang keta sebijik
Quote vandergooh 13-2-2015 07:43 PM
Kita nampak gila... yg guna khidmat dia golongan atasan berpusu2....
Quote macai 13-2-2015 07:46 PM
Quote albedah 13-2-2015 07:47 PM
Mh370 x jumpa lg boh...
Quote noor2 13-2-2015 07:59 PM
Golf pun jadi
Quote ChildrenOfBodom 13-2-2015 08:18 PM
badut ni kenapa tak disumbat masuk tg rambutan?

bahaya org gila kalau dibiar bebas.
Quote spiderman80 13-2-2015 08:19 PM
Raja Bomoh dah berpaling tadah ke? Kan dulu beliau mewakili kerajaan pusat? Kenapa tetiba mewakili pembangkang pulak?

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.406743 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top