CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Artis Turut Kongsi Pengalaman, Rasa Sedih Kematian Tuan Guru Nik Aziz

16-2-2015 05:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13660| Komen: 24

Description: Siti Nurhaliza Dan Neelofa Turut Memuat Naik Gambar Kenangan Ketika Bertemu Dengan Nik Aziz Dalam Instagram Dan Meminta Semua Rakyat Malaysia Mendoakan Agar Roh Allahyarham Dicucuri Rahmat.
Artis Turut Kongsi Pengalaman, Rasa Sedih Kematian Tuan Guru Nik Aziz

Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza berkongsi gambar kenangan bersama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Foto Ihsan Instagram Siti Nurhaliza.



PETALING JAYA: Laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram milik selebriti tanah air pada Jumaat dipenuhi dengan mesej dan gambar bagi berkongsi kesedihan terhadap berita kematian Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira 9.45 malam pada Khamis.

Kebanyakan artis tempatan menyampaikan takziah dan simpati terhadap kehilangan bekas menteri besar Kelantan selama lebih dua dekad itu.

Malah ada di antara mereka turut berkongsi rasa kagum terhadap kepimpinan Allahyarham selama mentadbir negeri Kelantan.

Nik Aziz, 84, meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan selepas sekian lama menghidap kanser prostat.


Nik Aziz menghembuskan nafas terakhir dirumahnya di Pulau Melaka, Kota Baharu pada pukul 9.45 malam Khamis.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Baharu kira-kira pukul 10.55 pagi pada Jumaat.

Pengacara Faizal Ismail menerusi Instagram miliknya berkongsi pengalaman bersama pemimpin terkenal itu apabila berpeluang menghubungi dan menemubual Allahyarham tanpa melakukan sebarang temu janji terlebih dahulu.



Kata Faizal, temubual yang dilakukan pada tahun 2010 itu pada awalnya hanya sekadar mencuba nasib dan dia terkejut apabila tidak sukar untuk bercakap dengan pemimpin terkenal berkenaan.

"Saya tidak pernah berpeluang untuk bersua dengan ulama tersohor ini namun memori paling indah ketika saya mencuba nasib menelefon Pejabat Menteri Besar Kelantan pada tahun 2010.

"Tanpa saya sangka saya berjaya bercakap dengan beliau untuk bertanyakan pandangan beliau tentang perlawanan bola sepak Piala Malaysia yang ketika itu Kelantan menentang Negeri Sembilan diperingkat akhir.



Faizal Ismail.

"Saya terharu kerana sebelum membuat panggilan tiada sebarang temu janji perlu dibuat untuk menghubungi beliau dan kini rakaman tersebut masih terdapat di YouTube dan ia kekal menjadi sejarah dan kenangan indah buat saya," katanya.

Tambah Faizal, dalam perbualan tersebut, Nik Aziz sempat menceritakan aktiviti sukan beliau semasa muda dan cukup mesra ketika berbual.














Sementara itu, pelakon dan usahawan, Fizo Omar pula menerusi Instagram miliknya memberitahu sempat menziarahi Allahyarham ketika berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan tidak menyangka itu adalah kali terakhir dia bertemu dengan idolanya itu.

Jelas Fizo, dia akan sentiasa mengingati kata-kata semangat dan nasihat yang diberikan Nik Aziz kepadanya dan akan merindui pemimpin itu.




Fizo memberitahu sempat menziarah Nik Aziz.

"Petang tadi (Khamis) pada pukul 5 petang saya sempat menziarahi Tuan Guru, seorang ahli ulama yang amat saya sanjungi di HUSM dan macam tidak percaya itu adalah pertemuan terakhir bersama idola sepanjang zaman saya itu.


"Kata-kata nasihat dan semangat dari Tuan Guru Nik Aziz masih segar dalam ingatan saya dan yang pasti kami akan merinduinya," katanya.

Fizo juga meminta agar semua rakyat Malaysia mengenepikan sentimen politik dan sama-sama mendoakan Allahyarham agar rohnya dicucuri rahmat.



Antara artis lain yang turut memberikan penghormatan kepada Nik Aziz adalah Datuk Siti Nurhaliza, Neelofa, Afdlin Shauki, Amy (Search), Norman Hakim, Ifa Raziah, Eja dan Fizz Fairuz.

Neelofa berkongsi gambar kenangan bersama Nik Aziz di Instagram.

Siti Nurhaliza dan Neelofa turut memuat naik gambar kenangan ketika bertemu dengan Nik Aziz dalam Instagram dan meminta semua rakyat Malaysia mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

"Al-Fatihah... Tokoh ulama yang dihormati, disegani dan disayangi pergi menemui Pencipta-NYA. Mari sedekahkan bacaan surah Yasin buat Allahyarham di malam Jumaat yang indah ini," kata Siti menerusi Instagram pada malam Khamis.



Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yusryimran 13-2-2015 02:55 PM
AlFatiha..
Quote lantodak 13-2-2015 03:00 PM
Alfatihah.. Takziah untuk keluarga TGNA.
Quote koliba 13-2-2015 03:07 PM
[youtube]fd7UKdGYGMw[/youtube]
Quote cik_tonggek 13-2-2015 03:09 PM

takutnya kenangkan kiamat makin dekat
Quote amira_adlina 13-2-2015 03:17 PM
Sebak dgn kehilangan Tuan Guru Nik Aziz..ternyata beliau adalah pemimpin Islam yg sgt zuhud dan wajar dicontohi
Quote katakau 13-2-2015 03:27 PM
innalillahi wainnailahirojiun..arinie iols bukak fb rasa sebak jer..semua update pasal nie..tak sangka betol sebab aritue ade dengar yg arwah da sihat balik..
Quote tomet05 13-2-2015 03:33 PM
salam takziah dan alffatihah
Quote fredza 13-2-2015 03:44 PM
kan bagus kalau semua pemimpin melayu islam mcm ni...
Quote ersazain77 13-2-2015 04:02 PM
Al-fatihah semoga Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz ditempatkan dikalangan para Syuhada & golongan yang diredhai ALLAH...terasa sebak dgn kehilangan Allahyarham walaupun tk pernah bersua...
Quote lemon210 13-2-2015 04:10 PM
al fatihah buat TGNA
semoga kita semua diberi pengakhiran yang indah sebegini
Quote Suchi 13-2-2015 04:17 PM
katakau replied at 13-2-2015 03:27 PM
innalillahi wainnailahirojiun..arinie iols bukak fb rasa sebak jer..semua update pasal nie..tak sang ...

sabarlah, dah sampai masa beliau. mati itu pasti hidup itu Insya Allah

lagipun beliau meninggal setelah lama terlantar sakit kan kejap macam ok kejap masuk icu semula, mula2 memang kita rasa berat rasa tak mahu lepaskn..
macam iols rasa dulu bila mak meninggal rasa macam tak mahu  mak pergi lg, tapi fikir blk mcm  tak patut plak.. sbb aruah mak iols terlantar sakit gak  mcm tu kejap ok  kejap tak pastu tetiba sebulan jatuh sakit sblm akhirnya meninggal jd iols sedar mungkin itu  lebih baik drpd terusan menanggung sakit..

moga ilmu2 yg ditinggalkan dapat kita manfaatkan, amik pelajaran disetiap hal yg terjadi.



Quote kasihiman 13-2-2015 04:23 PM
jgn kata selibriti... kita yg org biasa pun turut sedih...
Quote katakau 13-2-2015 04:24 PM
Suchi replied at 13-2-2015 04:17 PM
sabarlah, dah sampai masa beliau. mati itu pasti hidup itu Insya Allah

lagipun beliau meninggal ...

betul kaka..kita pon nanti tak tahu macam mana pengakhiran kita..alfatihah untuk arwah mak kaka..iols kalo bab2 kematian nie iols jadi sensitip sket sebab terkenang arwah ayah iols..dia meninggal ari yang sama dia masuk spital..masuk spital pagi, meninggal malam sebelum isyak..iols tak sempat jumpa arwah masa tengah nazak..sedey rasa sampai skang..

Quote pearl-qaseh 13-2-2015 04:43 PM
Alfatihah  n yassin ku sedekahkn tuk TGNA...Aku bkn lah insan yg TGNA kenali..jauh sekali prnh brjumpa tapi pmergiaannya mmbuat aku sebak n sedih.semoga arwah dtmpatkn brsama insan2 terpilih dr yg maha Esa.
Quote pearl-qaseh 13-2-2015 04:45 PM
Suchi replied at 13-2-2015 04:17 PM
sabarlah, dah sampai masa beliau. mati itu pasti hidup itu Insya Allah

lagipun beliau meninggal ...

Pmergiaan yg sgt drasai oleh kita semua...
Quote Unagi 13-2-2015 04:50 PM
al fatihah..semoga roh nya dicucuri rahmat..aminnn
Quote koliba 13-2-2015 05:44 PM
Jalan ke Tanah Perkuburan Sesak Dengan Lautan Manusia (49 Gambar)























Solat Jenazah Murabbi ummah sehingga di atas jalan raya sejauh hampir 1km. Langit cerah semasa Jenazah diusung ke kubur dengan awan mendung. Hanya yang hadir merasainya suasana ini.





http://www.tranungkite.net/v12/m ... ticle&sid=21317
Quote koliba 13-2-2015 05:57 PM


Allahuakbar!

Lautan manusia di kg Pulau Melaka pagi tadi.
Quote LiveYourLife 13-2-2015 06:30 PM
he is loved by many regardless of religion and races.
Ramainya ummah yg ziarah.
MashaAllah.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.118078 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top