CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Nik Aziz rayu pulangkan barang pengkebumian

19-2-2015 12:03 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 10527| Komen: 62

Description: Rayuan anak perempuan Allahyarham Nik Aziz melalui akaun Facebook beliau. KUALA LUMPUR, 18 Februari : Ahli keluarga bekas menteri besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik ...

Rayuan anak perempuan Allahyarham Nik Aziz melalui akaun Facebook beliau.

KUALA LUMPUR, 18 Februari : Ahli keluarga bekas menteri besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini merayu orang ramai yang terambil atau tersimpan barang-barang yang diguna semasa majlis pengkebumian beliau Jumaat lalu agar memulangkan barang-barang berkenaan.

Barang-barang tersebut berupa selimut putih, kain hitam penutup keranda, toto (tilam nipis) merah kuning dan bantal, kata anak perempuan Allahyarham, Nik Asma’ Salsabila Nik Aziz melalui akaun Facebook beliau dan dilaporkan portal berita rasmi PAS, Harakahdaily, Rabu.

“Kami semua setuju ianya adalah bahagian bonda kami, orang yang paling dicintai ayahanda selepas kedua ibu bapanya.

“Setiap masa bonda bertanya jika barang-barang tersebut sudah dijumpai.

“Sekiranya ada yang ambil untuk kenangan atau mahu berkat Tok Guru, ketahuilah bahawa tidak ada keberkatan pada barang yang diambil tanpa keizinan tuan empunya. Mohon dipulangkan,” kata anak Allahyarham Nik Aziz itu dalam posting Facebook beliau.

2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 19-2-2015 08:09 AM
Org amek wat berkat la ne, benda2 khurafat kan
Quote primemova 19-2-2015 08:20 AM
Dasyat ek karomah nik aziz .... Mcm mcm hal ... Takut plak aku dgr
Quote EJALTI 19-2-2015 08:25 AM
revolusi_30 replied at 19-2-2015 08:09 AM
Org amek wat berkat la ne, benda2 khurafat kan

Benda2 khurafat macam nih la yg Tuan Guru Nik Aziz risau uolss....

Bengap sungguh dorang yg taksub membuta tuli tuh.....
Quote rosasa 19-2-2015 08:31 AM
paluinya yg sengaja ambil tu
Quote tomatome 19-2-2015 08:34 AM
sian family arwah
Quote BigPanther 19-2-2015 08:43 AM
dah ramai ramai hari tu ada kaki klepet dalam tu
mana penyokong taksub pas? rasanya smua pakai lebau dalam masa tu.
dalam pakai lebai pon klepet juga ka
Quote DARSITA 19-2-2015 08:51 AM
Aii sugest .. buat muzium Tok Guru. Segala apa kepunyaan Tok Guru (gambar dari muda sampai tua, qualifications, hadiah yang diterima, Quran yang digunakan, sejadah yang digunakan etc) letak dlm muzium ni. Duit collection boleh bayar kos penyelegaraan atau sedekah kpd anak anak tahfiz.

Yang taksub tak perlu curi curi dtg jer muzium boleh tengok hari hari barang barang milik Tok Guru.

Quote famri7 19-2-2015 09:03 AM
Nanti kluarlah produk air rebusan keranda nik aziz,air rebusan toto funeral dan pelbagai...patutlah elohim turunkan bala tahun lepas, mureka purcaya air rebusan toto drpd kekuasaan elohim..nauzubilillah sis.
Quote jerukkedondong 19-2-2015 09:06 AM
Memang tiada keberkatan pada barang almarhum yg diambil ptah lg tanpa izin waris...tapi ai percaya kehidupan almarhum didunia jua akhirat sentiasa mendpt keberkatan dari Penciptanya...
Al Fatihah untuk almarhum TGNA..
Quote dubuk 19-2-2015 09:08 AM
kalau mereka ada akal mereka takkan ambil
Quote damian_lee 19-2-2015 09:18 AM
ini baru sikit dr benda gila yg akan terjadi ,... nanti adlah yg buat amalan2 pelik bagai ,.....
yg TGNA baru meninggal pun ... pakat sebar video awan n gambar awan ... choiii sgt yg xletakkn kepercayaan pada Allah tp pada makhluk ....
Quote matamata 19-2-2015 09:20 AM
Bagero la pencuri tu
Quote mizzmimi 19-2-2015 09:25 AM
Sekiranya ada yang ambil untuk kenangan atau mahu berkat Tok Guru, ketahuilah bahawa tidak ada keberkatan pada barang yang diambil tanpa keizinan tuan empunya. Mohon dipulangkan

pulangkannn.. pulangkannn..
Quote Knowlee 19-2-2015 10:20 AM
Dah agak dah. Mesti ada kes mcm ni punya, bila tgk masa pengkebumian tu, punya la ramai berkerumun dekat dgn kubur.
Quote fazzrules 19-2-2015 10:28 AM
menda tu pun mau d amik?adess...kalau sudah terlalu taksub mcm ni la jadinya...
Quote mixieleo 19-2-2015 10:30 AM
Khurafat. Nak buat azimat le tu kekdahnya.  Cetek betul ilmu marhain. Bukanke nak dpt keberkatan dunia akhirat dgn mengamalkan apa ilmu kebaikan yg pernah diajar oleh Allahyarham nik aziz. Bukan dgn menyimpan brg2 pengebumian beliau. Cam iyall!!
Quote miss_baby 19-2-2015 11:05 AM
famri7 replied at 19-2-2015 09:03 AM
Nanti kluarlah produk air rebusan keranda nik aziz,air rebusan toto funeral dan pelbagai...patutlah  ...

air rebusan toto ? terbaikk la
Quote ultra78 19-2-2015 11:20 AM
famri7 replied at 19-2-2015 09:03 AM
Nanti kluarlah produk air rebusan keranda nik aziz,air rebusan toto funeral dan pelbagai...patutlah  ...

Mengumpul barang-barang kepunyaan atau anggota badan nabi atau org alim itu adalah seperti praktis yang biasa dilakukan oleh penganut roman katolik.
Quote abby_R 19-2-2015 11:40 AM
org amik tanah kubur arwah pon adercrazy

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.077099 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top