CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khalid Nafi Ada Ketua Polis Negeri Disiasat Sprm

19-2-2015 12:41 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2804| Komen: 1

Description: KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan beberapa ketua polis negeri sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pelakuan rasuah seperti ya ...
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan beberapa ketua polis negeri sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pelakuan rasuah seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.

"Apa yang saya sebut kepada pemberita semalam ialah semua pegawai kanan polis termasuk saya sendiri boleh disiasat oleh SPRM dan saya tidak pernah mengesahkan beberapa ketua polis negeri kini disiasat SPRM berkaitan kes rasuah," katanya.

Beliau berkata, mungkin pemberita berkenaan salah faham tentang apa yang telah disampaikan.

"Dan diharap mereka segera membetulkan berita itu," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Kempen Balik Kampung Ops Selamat 6/2015 sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Jalan Duta di sini hari ini.

Khalid berkata, sekiranya terdapat pelakuan rasuah membabitkan ketua polis negeri, beliau sendiri akan mengambil tindakan memandangkan golongan itu memikul tugas yang penting.

"Sekali lagi saya tegaskan bahawa sehingga hari ini belum terdapat kes rasuah melibatkan ketua polis negeri," katanya.

- BERNAMA

2

Bagus

Marah
2

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bangcak 19-2-2015 10:22 AM
Patutnya dia kene keluar stetmen
"dey! Kalu itu sprm mau kacau sama polis, kita seret itu sprm naik court!"

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.073738 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top