CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Saiful Dikepung & Disediakan Karipap Selepas 'Bersetubuh'

23-2-2015 02:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15338| Komen: 77

Description: "Jadi, Bagaimana Seorang Yang Dikatakan Sakit Pinggang Boleh Bersetubuh Dan Melakukan Beberapa Posisi Dalam Hubungan Seks?," Kata Shafee Kepada Penonton Yang Hadir Menyaksikan Sesi Terbuka Itu. ...
Saiful Dikepung & Disediakan Karipap Selepas 'Bersetubuh'



KUALA LUMPUR - Susulan mengenai keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kes Liwat ll, masih ada yang mempersoalkan 'kekebalan' Saiful Bukhari yang tidak dikenakan sebarang tindakan.

Dalam menjawab persoalan itu, ketua pendakwaraya kes berkenaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tampil memberi penjelasan terperinci pada sesi dialog bersamanya di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Selangor, malam tadi.

"Kita sabitkan kesalahan Anwar dalam Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan minimum 5 tahun.

"Dalam pensabitan kes ini, berlaku liwat tanpa rela iaitu dalam kenyataan Saiful sendiri, dia terpaksa kerana dia dikepung.

"Unit 11-5-1 dan 11-5-2, dimiliki oleh teman baik Anwar. Kalau orang tanya kenapa Saiful tak menjerit? Macam mana dia nak menjerit kalau dua unit itu kawan Anwar yang punya?

"Nak masuk rumah pun 'security' bawa. Ada 'passcode' dan selepas mereka 'bersetubuh' ada orang yang sediakan karipap dan nescafe. Jadi, segala gerak geri Saiful dan Anwar memang dikawal rapi.

"Dalam Seksyen 377 C juga sememangnya, pihak pendakwa memang jatuh dalam kelompok yang tidak bersalah dan tidak boleh dikenakan hukuman.

"Ia dipertimbangkan sebagai gangguan seksual di tempat kerja." tegasnya.

Dalam pada itu, Shafee juga menjawab persoalan terhadap keadaan kesihatan Anwar yang didakwa sakit pinggang dan bagaimana boleh meliwat seorang lelaki muda.

"Dia sendiri yang 'kantoi' tak sakit pinggang. Apabila di soal siasat bila kali terakhir Anwar bersetubuh dengan Wan Azizah, Anwar cakap baru beberapa minggu lepas dan beliau juga disoal mengenai posisi yang dilakukan.

"Jadi, bagaimana seorang yang dikatakan sakit pinggang boleh bersetubuh dan melakukan beberapa posisi dalam hubungan seks?," kata Shafee kepada penonton yang hadir menyaksikan sesi terbuka itu.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AMDTurion 18-2-2015 01:10 PM
Haha...apa kata mod buat pertandingan tajuk benang x menahan kat CI ni. Dr serius org nak baca jd lawak pulak. Hahahaja.
Quote AbukRokok 18-2-2015 01:10 PM
aku tertarik posisi apa kegemaran ?
Quote Acong 18-2-2015 01:10 PM
ini karipap.......


Quote Acong 18-2-2015 01:12 PM
nescafe tarik..........


Quote Acong 18-2-2015 01:12 PM
patut laa saiful marah.......... lepas kena tala, cuma dpt karipap & nescafe......

cuba bagi ferrari sebiji  
Quote jazaa 18-2-2015 01:20 PM
5 thun lepas sepul blm ada kesen memandu lagi......bagi karipap cukuplah.....
Quote dinamokiev 18-2-2015 01:22 PM
Murah sungguh harga juburmu wahai Sepol.
Quote Innrukia 18-2-2015 01:24 PM
Berapa byk tred psl Tan Sri Mohama Shafee ni?
Tak boleh combine & update dlm 1 tred?
lagipun point yg sama explanation tentang fakta kes Anwar....
Quote Loxlaxman 18-2-2015 01:25 PM
Kemut kemut keluaq kopi n karipap....
Quote Aya_Osman 18-2-2015 01:25 PM
dah detail gini pon org nak auta lg..raih simpati...bertaubatla...ini berkaitan peribadi..tiada kaitan dgn politik...ni ank beranak dia xde keje lain dok canang citer bohong jer...yg peliknya ade lak yg pecaya....dunia akhir zaman....











Quote itik_kuning 18-2-2015 01:26 PM
atas dunia ni nak tunggang terbalik boleh la. harap2 sempat bertaubat.
Quote airfilterkotor 18-2-2015 01:34 PM
Sembilan kali kena tujah, hanya karipap dan nescafe menjadi habuan.
Murahnya punggung kau.... bohsia jln raja laut pun mahal sikit dari kau... topup rm10 dah boleh on.
Quote Toppaz 18-2-2015 01:34 PM
Amboii tajuk tak menahan
Quote scorpionkiki 18-2-2015 01:46 PM
Kesian Kak jijah kena tunggu 5 tahun lg untuk bersetubuh...masa tu umur dah nearly 70s...
Quote makneng 18-2-2015 01:50 PM
Ingatkan cikki mana yg dpt kipap tadi..ghopenyee...
Quote cabalero 18-2-2015 01:52 PM
Dalam pada itu, Shafee juga menjawab persoalan terhadap keadaan kesihatan Anwar yang didakwa sakit pinggang dan bagaimana boleh meliwat seorang lelaki muda.

"Dia sendiri yang 'kantoi' tak sakit pinggang. Apabila di soal siasat bila kali terakhir Anwar bersetubuh dengan Wan Azizah, Anwar cakap baru beberapa minggu lepas dan beliau juga disoal mengenai posisi yang dilakukan.

"Jadi, bagaimana seorang yang dikatakan sakit pinggang boleh bersetubuh dan melakukan beberapa posisi dalam hubungan seks?," kata Shafee kepada penonton yang hadir menyaksikan sesi terbuka itu.

Quote Simunggu 18-2-2015 01:54 PM

wan jijah nak monopos lagi kah?
Quote Simunggu 18-2-2015 01:56 PM
Acong replied at 18-2-2015 01:12 PM
patut laa saiful marah.......... lepas kena tala, cuma dpt karipap & nescafe......

cuba bagi ferr ...

biasalah...org pkr...dah puas kena kencing dapat karipap pun jadi....
Quote fealefea 18-2-2015 01:58 PM
da agak da mesti ade org coverline. sekuriti kiri kanan. agak2 nk lari mane dak saiful tu. haih.

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.060578 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top