CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Sirul Pertimbang Dedah Semua Kes Altantuya

23-2-2015 02:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29405| Komen: 280

Description: Selepas Ke Australia, Bekas Polis Elit Sirul Azhar Umar Kini Mempertimbangkan Menjawab Persoalan Terbesar Sekitar Pembunuhan Altantuya Shaariibuu – Kenapa Dia Dan Azilah Hadri Membunuh Wanita Itu?
Sirul Pertimbang Dedah Semua Kes Altantuya



Selepas ke Australia, bekas polis elit Sirul Azhar Umar kini mempertimbangkan menjawab persoalan terbesar sekitar pembunuhan Altantuya Shaariibuu – kenapa dia dan Azilah Hadri membunuh wanita itu?

Dalam perbualan telefon dengan Malaysiakini baru-baru ini, Sirul mendedahkan bahawa beberapa media Australia telah pun memohon sesi wawancara “terus terang” dengannya.

“Saya belum putuskan untuk diwawancara,” katanya.

Ditanya sama ada beliau sedia mendedahkan segala-galanya jika wawancara itu menjadi kenyataan, bekas anggota polis itu menjawab:

“Ya, saya pertimbangkan kemungkinan ini dengan serius.”

Difahamkan bahawa beberapa stesen televisyen telah berhubung dengan Sirul (atas), yang sedang ditahan pihak imigresen negara itu di Sydney.

Rundingan antara Sirul dan stesen TV masih berjalan.

'Bertindak atas arahan'

Sementara itu, Sirul memberitahu bahawa dia tidak kenal mangsa pembunuhan atau Abdul Razak Baginda – penganalisis politik dan rakan dekat Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dalam kes itu.

“Saya bertindak atas arahan. Orang penting yang mempunyai motif masih bebas,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

“Ia bukan bermakna saya tidak sayangkan (pasukan) polis, tetapi saya bertindak atas arahan,” tegasnya.

Menjawab soalan, Sirul berkata keadaannya OK di pusat tahanan dan dia dibenarkan menggunakan telefon dan Internet.

“Saya biasanya baca Malaysiakini, Utusan (Malaysia) dan Harakah untuk ikuti perkembangan di kampung halaman,” katanya.

Daripada jauh, duda 43 tahun itu bagaimanapun bimbangkan dua anak remajanya di Malaysia yang berhenti sekolah, kesan daripada kesnya.

Kambing hitam

Bulan lepas, Sirul dan Azilah dijatuhi hukuman mati apabila didapati bersalah dalam kes tersebut di Mahkamah Persekutuan.

Terdapat beberapa persoalan di sebalik kes itu, termasuk berkaitan motif tindakan itu.

Najib, ketika masih timbalan perdana menteri, bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tiada kaitan dengan kes itu.

Bekas pembantunya, DSP Musa Safri, yang memberitahu Azilah untuk membantu Razak Baginda (kanan) pada malam pembunuhan itu, tidak dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Sirul mendakwa dia dijadikan kambing hitam untuk “melindungi rancangan mereka”.

Sirul tidak hadir di Mahkamah Persekutuan ketika keputusan disampaikan kerana berada di Australia.

Undang-undang Austalia tidak membenarkan ekstradisi individu yang berdepan hukuman mati ke negara asal.

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote magnus 17-2-2015 06:03 PM
Jeng jeng jeng
Quote leni 17-2-2015 06:05 PM
dedah la kalau nak dedah. Mcm org kesah dgn engkau manusia yg tak de pendirian.
Quote Decaffeinated 17-2-2015 06:09 PM
rasa2 siapa sanggup bayar lebih....?....

bayaran buka mulut ka tutop molot....

Quote mattzzx 17-2-2015 06:12 PM
Mari kita tengok siapa yang kena.........
Quote jerukkedondong 17-2-2015 06:13 PM
Semut hitam nak lawan Biawak komodo...
Quote bangcak 17-2-2015 06:13 PM
Dedah pon takguna.
Kompom dituduh kene bayar atau pitenah nak lepas diri.
Quote chandrahusin 17-2-2015 06:14 PM
another drama?
Quote batmana 17-2-2015 06:18 PM
harap2 yg arahkan tu kene tindakan..

Quote magnus 17-2-2015 06:21 PM
Dedah je lah sirul oit..seronok plak dia duk kat australia tu ye...boleh timbang timbang plak..
Quote Aya_Osman 17-2-2015 06:21 PM
ckp je x gune..nak dedah..dedah je la....










Quote sahamboi 17-2-2015 06:25 PM
Orang buat jahat kalau masih lagi berperangai jahat memang jahat sejahat jahatnya la... kalau dia tak jahat dan berasa dianiaya dia tak perlu berselindung atau memberi syarat untuk berkata benar.
Quote Anak_Nogori 17-2-2015 06:27 PM
Kalau saya betul diarah..spa bodohnya saya biar pecah diperut jgn pecah dimulut..
Quote poyohabis 17-2-2015 06:28 PM
Mungkin dia takut kalo dia dedahkan sape yg arahkan dia anak2 dia jd mangsa.. Alangkan atantuya mati bersepai dikerjakan oleh yg di arah tu.. Mesti org politik ni.. Tah2 bl dah nak blk malaysia naik flight.. Flight dia kb tembak jatuh mati.. Jd rahsia tinggal rahsia
Quote perang_candu 17-2-2015 06:30 PM
Kalau nak dedah, sepatutnya kat mahkamah haritu dah boleh dedah.
Quote rashiman 17-2-2015 06:35 PM
bangcak replied at 17-2-2015 06:13 PM
Dedah pon takguna.
Kompom dituduh kene bayar atau pitenah nak lepas diri.

dedah ajelah...buat apa nak dipertimbangkan...
Apa yang didedahkan ,kena siasat jugak kesahihannya....
Quote lostfaith 17-2-2015 06:35 PM
Cara dia bunuh.altanyuya tu kejam giler. Arahan ke bukan arahan ke ini orang memang jahat sgt.
Quote munchkin 17-2-2015 06:35 PM
most welcome
Quote lostfaith 17-2-2015 06:35 PM
Cara dia bunuh.altanyuya tu kejam giler. Arahan ke bukan arahan ke ini orang memang jahat sgt.
Quote belilies 17-2-2015 06:37 PM
Sila dedahkan aje. Harap korg ada bukti dan fakta yg kukuh utk tepis. Aku berharap sini mana yg benar, kemenangan akan berpihak padanya.

Aku dah letih main teka teki.

Lihat semua komen(280)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.174520 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top