CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Otai Masih Berbisa Di Ame2015

24-2-2015 10:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5772| Komen: 14

Description: Kemudian Kemunculan Kumpulan Nico Dan 4u2c Ternyata Menggamatkan Lagi Pentas Ame20215 Yang Secara Tidak Langsung Mengimbau Kembali Zaman Kegemilangan Mereka Suatu Ketika Dahulu.
Otai Masih Berbisa Di Ame2015



PERJALANAN malam Anugrerah MeleTOP Era 2015 (AME2015), menerusi tema 'Yang Hit, Yang Legend’ ternyata menepati dengan gabungan persembahan hebat daripada otai-otai terkenal.
       
Masakan tidak daripada awal persembahan, penonton sudah dihiburkan dengan persembahan mantap dari Awie sebelum diteruskan dengan kehadiran Joe Flizzow, SonaOne.
       
Kemudian kemunculan kumpulan Nico dan 4U2C ternyata menggamatkan lagi pentas AME20215 yang secara tidak langsung mengimbau kembali zaman kegemilangan mereka suatu ketika dahulu.
       
AME2015 kemudiannya diteruskan lagi dengan Persembahan mantap Datuk Ramli Sarip menerusi lagu Kamelia dan Teratai, serta kemunculan Datuk Jamal Abdillah dengan vokalnya yang cukup memikat.
       
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza turut membuktikan masih berbisa tatkala menyanyikan lagu Mahligai Permata dan Ya Maulai sudah semestinya menjadi tumpuan pada malam itu.
       
Bagaimanapun kemunculan kumpulan dari Indonesia, Repvblik yang menyanyikan semula lagu Isabella dan sebuah lagu hit kumpulan itu, Selimut Tetangga, bagi mencacatkan sedikit perjalanan AME2015 pada malam itu.
       
Dengan vokal yang tidak sampai dan muzik yang agak bercelaru sekaligus mencacatkan lagu Isabella yang cukup berhantu di dua negara-Malaysia dan Indonesia.
       
Perjalanan AME2015 dilihat lebih tersusun berbanding perjalanan AME2014 dengan rekaan pentas dan selingan persembahan yang menghiburkan.
       
Apatah lagi, kehadiran lima pengacara iaitu Datuk AC Mizal, Johan, Neelofa, Zizan dan Nabil berjaya menggamatkan stadium pada malam itu.
       
Namun pada pandangan penulis, hanya Johan yang dilihat lebih menyerlah berbanding pengacara lain dan berjaya membuatkan penonton di stadium dan di rumah pecah perut dengan komedi spontannya.
       
Manakala kehadiran Neelofa pula seolah-olahnya hanya penyeri di samping empat kumbang pada malam itu.
       
Secara keseluruhan perjalanan AME2015 dilihat berjaya, namun untuk penganjuran akan datang, barangkali boleh dikurangkan jumlah pengacara kerana dilihat agak berserabut.
       
       
          -SENARAI PENUH PEMENANG-
       
        * Bintang Top Top MeleTOP Lelaki: Johan
        * Bintang Top Top MeleTOP Wanita: Ayda Jebat
        * Artis Baharu MeleTOP: Ayda Jebat
        * Pelakon TV MeleTOP: Zul Ariffin
        * Drama TV MeleTOP: Bukan Kerana Aku Tak Cinta
        * Artis Lawak MeleTOP: Johan
        * Program TV MeleTOP: Maharaja Lawak Mega 2013
        * Hos TV MeleTOP: Datuk AC Mizal
        * Lagu MeleTOP: Mewangi - Akim & The Majistret
        * Penyanyi MeleTOP: Datuk Siti Nurhaliza
        * Grup Duo MeleTOP: Akim & The Majistret
        * Penyampai Radio MeleTOP: Johan
        * Program Radio MeleTOP: JoHaRa Pagi Era
        * Filem MeleTOP: Abang Long Fadil
        * Bintang Filem MeleTOP: Nelydia Senrose
        * Couple MeleTOP: Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
        * Bintang Online MeleTOP: Datuk Siti Nurhaliza
        * Fesyen MeleTOP: Nur Fazura

               


Bagus
7

Marah
5

Terkejut

Sedih
3

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DAYANG07 24-2-2015 11:31 AM
agak frust zenta tak menang kapel meletop
Quote sekel 24-2-2015 12:11 PM
pengaraca reramai buat majlis nampak busuk
Quote Lorra2411 24-2-2015 12:14 PM
Yg mencacatkan AME ialah sound system yg hauk sesangat. Muzik kedengaran lebih kuat berbanding microphone. Sadis sungguh. Mcm baru first time buat anugerah gamaknya.
Quote siputsedut 24-2-2015 12:44 PM
Lawak johan mmg sengal malam tu..bagus johan x masuk MLM..peram lawak tu dlu..lps berbulan2 org rindu...terus keluar booommmm ..lawak

Sound system mmg hauk...aku tgk skip2..awie nyanyi x dengar suara...aku kuatkan volune tibi sampai 40..lps tu iklan terus terjaga anak aku..ceh
Quote tomet05 24-2-2015 01:03 PM
dah donlot versi 720p, mlam nih layan
Quote Cucuopah 24-2-2015 01:58 PM
betui2..sound system mmg hauk...time akim nyanyi ..hilang mood tgh feeling2 lagu best
Quote akik 24-2-2015 02:26 PM
tomet05 replied at 24-2-2015 01:03 PM
dah donlot versi 720p, mlam nih layan

kat mana ko download? nak link bole..thank u!
Quote doubleA 24-2-2015 02:42 PM
Oh ada pak jamal rupanya.

Heols perform lagu apa?  
Quote arira_arora 24-2-2015 02:56 PM
so far lagu sume ok2...
cume jgn la rame sgt kt ats pentas tu.. serabut..
Quote tomet05 24-2-2015 03:34 PM
akik replied at 24-2-2015 02:26 PM
kat mana ko download? nak link bole..thank u!

via torrent. kiki

pm for the link. thanks.
Quote diana007 24-2-2015 04:02 PM
Not bad at all 5 pengacara dalam 1 Majlis Anugerah. Lagipun mereka split emceeing the event. Cuma bila split emceeing tanpa partner dengan Johan...rasa suasana dull sebab kita dahagakan yg santai dan bersahaja seperti Johan.
Masa AC/Zizan x best, AC/Lofa x best, Zizan/Lofa pun x best

Yang terhibur slot yang hanya ada Johan/Nabil, Johan/Zizan, Johan/Zizan/Sharnaaz Johan/Lofa Johan/Awie/Erra/Zizan dan Lofa/Nabil
Cuma penganugerahan yg terakhir itu agak tidak terkawal kerana 5 orang serentak sebab Johan masih nak melawak dengan #TerciptanyaSeorangInsan


Apapun my friends yg pergi LIVE, mereka sangat2 terhibur overall show dan Johan adalah nadi dalam AME, semua org terbahak2 dibuatnya


Nota kaki: I peminat no. 1 Johan, jadi I mungkin bias apa yg I rasa
Quote palmolive 24-2-2015 04:13 PM
ramai sgt pengacara..zizan nmpak tenggelam....
Quote cingai 25-2-2015 12:13 AM
Edited by cingai at 25-2-2015 12:16 AM

Aku ada 1 kemusykilan...masa part red carpet (or diorg pnggil konsert tirai) tu, kenapa diorg announce pemenang fesyen meletop time tu? Kena tak masa event tu betul2?
Quote biozipstar 25-2-2015 02:56 PM
apsal johan banyak menang haha

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.062303 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top