CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Vladimir Putin Pulak Disalahkan..Rampas Mh370

26-2-2015 11:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11320| Komen: 52

Description: "Tujuh Jam Sudah Memadai Untuk Kumpulan Perampas Melaksanakan Rancangannya Kerana Tumpuan Pasukan Pencarian Ketika Itu Berada Di Laut China Selatan, Sebelum Akhirnya Beralih Ke Lautan Hindi.
Vladimir Putin arahkan pasukan khas Russia rampas MH370 - Pakar


KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 orang termasuk 12 kru dipercayai dirampas atas arahan Presiden Russia, Vladimir Putin dan mendarat secara rahsia di Kazakhstan, kata seorang pakar.

Selepas memalsukan data sistem pandu arah MH370 supaya ia dilihat seakan-akan menuju ke selatan Lautan Hindi, kumpulan perampas akhirnya mendaratkan pesawat jenis Boeing 777-200ER itu di Kazakhstan.


Penulis sains rakyat Amerika Syarikat (AS), Jeff Wise, yang juga terbabit dalam liputan siaran televisyen CNN mengenai MH370 sebelum ini berkata, data 'ping' atau isyarat berbalas antara pesawat dan satelit Inmarsat itu selama ini 'dipalsukan'.

Beliau berkata, data dirakam satelit telekomunikasi milik syarikat British itu hanya untuk mengalih tumpuan orang ramai dan misi pencarian, bagi memberi laluan plot rampasan yang diarahkan Putin berjalan lancar.

Menilai keseluruhan 'drama' di sebalik misteri kehilangan MH370, Wise menyuarakan keyakinan bahawa pesawat itu sebaliknya berada di Baikonur Cosmodrome, iaitu tapak pelancaran roket terbesar di dunia yang terletak kira-kira 200 kilometer di timur Laut Aral, Kazakhstan.

"Tujuh jam sudah memadai untuk kumpulan perampas melaksanakan rancangannya kerana tumpuan pasukan pencarian ketika itu berada di Laut China Selatan, sebelum akhirnya beralih ke Lautan Hindi.

"Perkara pelik di sebalik rampasan ini ialah apa motif sebenar Putin untuk 'mencuri' sebuah pesawat sarat dengan penumpang.

"Meskipun boleh dikatakan tidak masuk akal, Russia cukup terkenal dengan pelbagai operasi khas yang akhirnya mempunyai tujuan tertentu," katanya seperti dilaporkan portal berita Daily Mail, semalam.

Mengulas lanjut, Wise menjangkakan tindakan Putin adalah semata-mata untuk menunjukkan 'taring' Russia, khususnya merancang serangan balas terhadap negara Barat pada bila-bila masa.

Rampasan yang didakwa didalangi Russia itu, katanya, antara lain reaksi balas Putin terhadap sekatan pertama yang dikenakan terhadap negara Soviet pada 7 Mac tahun lalu iaitu sehari sebelum MH370 dilaporkan hilang.

"Ada pelbagai kemungkinan termasuk pesawat ini akan dipenuhi dengan muatan bahan letupan satu hari nanti untuk dilancarkan terhadap musuh Russia sebagai serangan balas.
"Mungkin juga ada individu di dalam pesawat itu yang mempunyai kepentingan kepada Russia," katanya.



Bagus
1

Marah
11

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kerunai 25-2-2015 11:33 AM
Ah sudah ...Putin plak dah kena petik ...
Quote ice_sky92 25-2-2015 11:36 AM
hmmmmm.......
Quote nexusys 25-2-2015 11:36 AM
Yanks.. bab menuduh mereka-reka cerita nombor satu..

tau ler lately dok gigih nak pekena kan Putin... tak agak2 citer nih pun leh bukak mwahahahahha

kalo dah tau pi landing kat Kazakhstan, kenapa tak gi hanta penguatkuasa pegi sana siasat?

Pi ler... dok menyembang depan media apa guna? cer tgk ada ke dak...

dia punya citer ke-ling meningkat ningkat...
Quote Loxlaxman 25-2-2015 11:36 AM
Citer la pasal putin tek ...
Quote jengkoil 25-2-2015 11:36 AM
Teori paling PPRT abad ini...

Berdasarkan hukum newton dan lakaran rajah kasar...aku saspek lanun somalia yg hijack per bang tu...
Quote mnm77 25-2-2015 11:38 AM
Penulis sains rakyat Amerika Syarikat (AS), Jeff Wise, yang juga terbabit dalam liputan siaran televisyen CNN mengenai MH370 sebelum ini berkata, data 'ping' atau isyarat berbalas antara pesawat dan satelit Inmarsat itu selama ini 'dipalsukan'.
Beliau berkata, data dirakam satelit telekomunikasi milik syarikat British itu hanya untuk mengalih tumpuan orang ramai dan misi pencarian, bagi memberi laluan plot rampasan yang diarahkan Putin berjalan lancar.


Penulis pro CNN Amerika, memang la tuduh Russia...

Kes MH17 US dah kantoi kata ada gambar satelit, tapi tak berani dedahkan. Russia dedahkan maklumat satelit terdiam US



Quote dubuk 25-2-2015 11:40 AM
meanwhile in Russia

Quote stania83 25-2-2015 11:40 AM
Byk sgt tgk james bond ni
Quote shamsadis 25-2-2015 11:42 AM
aku percaya kalau CIA yang terlibat...tak pernah aku tengok movie pasal KGB selain CIA, FBI bla bla


Quote tapibukanaku 25-2-2015 11:43 AM
mnm77 replied at 25-2-2015 11:38 AM
Penulis pro CNN Amerika, memang la tuduh Russia...

Kes MH17 US dah kantoi kata ada gambar sa ...

if pakar tu pro Russia, mau dituduhnya obama lak arahkan mh370 dirampas..
Quote Tok_Batin 25-2-2015 11:43 AM
http://nymag.com/daily/intellige ... e-mh370-theory.html

Kononnya.....












Quote mnm77 25-2-2015 11:44 AM
tapibukanaku replied at 25-2-2015 11:43 AM
if pakar tu pro Russia, mau dituduhnya obama lak arahkan mh370 dirampas..


Yup.... kena lihat lah juga 'pakar' tu siapa ....



Quote stilla 25-2-2015 11:45 AM
Pulak doh! Lepas Putin siapa pulak nak kena tuduh? Kim Jong Un dak?
Quote GhostWalking 25-2-2015 11:46 AM
takde mana salah Putin dek.deme americans memang la selagi boleh nak point ke dia.Tengok citer2 macam Salt tuh.nyampah sangat
Quote GhostWalking 25-2-2015 11:47 AM
Loxlaxman replied at 25-2-2015 03:36 AM
Citer la pasal putin tek ...

tu putin nikmat namanya lox
Quote snipersnake 25-2-2015 11:47 AM
US betul2 tekan Russia.. hari tuh pasal kapal terbang kena tembak tuh, dan russia dan siap kuarkan satellite image tunjuk 2 jet fighter Ukraine yg tembak, sekaligus memalukan US
Quote batmana 25-2-2015 11:48 AM
putin la plak..

aritu cite pasal puting saiful..

merepek benar..

Quote Anak_Nogori 25-2-2015 11:51 AM
Laaaa....bukan Najib ngan rosmah ke yg hijack MH370 tu?.
Quote GhostWalking 25-2-2015 11:52 AM

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.058428 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top