CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Remaja Ditemui Tertanam Di Hutan Simpan Pedu

26-2-2015 03:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9478| Komen: 42

Description: Seorang Saksi Yang Enggan Dikenali, Berkata Seorang Lelaki Yang Juga Bapa Saudara Salah Seorang Remaja Yang Dilaporkan Hilang Itu Menemuinya Meminta Pertolongan Untuk Menggali Kawasan Tempat Mayat Itu ...
Mayat Remaja Ditemui Tertanam Di Hutan Simpan Pedu


PADANG TERAP: Sekumpulan penduduk kampung yang sedang mencari madu menemui mayat seorang remaja tertanam sedalam kira-kira dua meter di di pinggir kawasan Hutan Simpan Pedu bersebelahan jalan Durian Burung, dalam kawasan Charuk Temingat dekat sini, malam tadi.

Mayat yang ditemui pada kira-kira jam 7 malam itu tertanam dalam keadaan mengereng dipercayai seorang wanita yang mungkin berkaitan dengan kes kehilangan dua wanita di daerah ini dan Sik sejak sebulan lalu.

Seorang saksi yang enggan dikenali, berkata seorang lelaki yang juga bapa saudara salah seorang remaja yang dilaporkan hilang itu menemuinya meminta pertolongan untuk menggali kawasan tempat mayat itu ditemui dengan kawalan beberapa anggota polis.

Beliau berkata, sebaik sampai di kawasan itu dia mendapati beberapa orang kampung sudah berada di kawasan itu bersama anggota polis sedang melakukan penggalian.

Katanya, mereka kemudian meneruskan penggalian hingga ternampak tangan manusia sebelum memberhentikannya untuk tindakan lanjut pihak polis.

Katanya, berdasarkan pengalamannya dia percaya mayat itu masih baru dan sudah beberapa hari ditanam di kawasan terbabit.

"Saya diberitahu kemungkinan besar mayat yang ditemui itu adalah anak saudara kepada salah seorang lelaki yang turut membantu menggali di lokasi berkenaan.

"Kami hanya menggali sampai nampak lengan dan Bahagian lutut kiri mangsa," katanya ketika ditemui di sini, awal pagi tadi.

Dalam pada itu, tinjauan di kawasan berkenaan mendapati beberapa anggota mengawasi lokasi berkenaan sejak malam kelmarin sementara menunggu Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah tiba.

Bagaimanapun sehingga jam 11.30 pagi ini mayat mangsa belum dibawa keluar dari lokasi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner, Mohd Nashir Ya, ketika ditemui pagi ini berkata, polis mendapat laporan pada kira-kira jam 7 petang semalam namun perlu menunggu unit forensik untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, beberapa penduduk kampung yang sedang mencari madu menemui satu kawasan seperti baru digali dan ditutup dengan ranting kayu.

"Lelaki itu curiga bila ternampak seolah kawasan itu baru digali dan terus melaporkannya kepada pihak polis.

"Kita tidak dapat menentukan identiti mangsa setakat ini kerana belum mendapat sebarang maklumat mengenainya.

"Bagaimanapun berdasarkan maklumat awal kita percaya mangsa adalah seorang perempuan, katanya.

24

Bagus
5

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epysha 24-2-2015 12:27 PM
mcm filem horror
Quote sekel 24-2-2015 12:29 PM
magsa rogol kah ?
Quote gula_tebu 24-2-2015 12:51 PM
lepas bunuh gigih heret mangsa sampai ke dalam hutan untuk lupuskan bukti,
bajet takkan dijumpai, hakikatnya dijumpai oleh pencari madu.

al fatihah untuk mangsa.
Quote TuntungReturn 24-2-2015 12:54 PM
aku pnh ckp dlu,mati la cm ne sekalipun,allah akan gerakn ati seseorang pi tempat mayat ditanam
Quote Knowlee 24-2-2015 12:55 PM
TuntungReturn replied at 24-2-2015 12:54 PM
aku pnh ckp dlu,mati la cm ne sekalipun,allah akan gerakn ati seseorang pi tempat mayat ditanam

Betul tu. mesti akan jumpa jgk walau dicampak ke dlm gaung sekalipun.
Quote supernaturalee 24-2-2015 01:19 PM
asal polis pegi gali dgn org kg?
bkn keje forensik ke?

xpsl2 rosak bukti plak nnt
dan terlepas plak si killer

Quote ad_hoc79 24-2-2015 02:37 PM
pembunuh sedang ketawa gembira terus terkedu bila tau org jumpa tempat mayat ditanam
Quote AyamHutanJantan 24-2-2015 03:10 PM
ni kawasaan aku 2. budak lagi umur 19. hilang dekat pasar malam.
Quote AyamHutanJantan 24-2-2015 03:10 PM
ni kawasaan aku 2. budak lagi umur 19. hilang dekat pasar malam.
Quote gede-bab 24-2-2015 03:17 PM
gula_tebu replied at 24-2-2015 12:51 PM
lepas bunuh gigih heret mangsa sampai ke dalam hutan untuk lupuskan bukti,
bajet takkan dijumpai,  ...

kata orang mayat ni ada aura...sebab tu banyak mayat yang dibuang jauh dalam hutan/ditanam/dibakar pasti ditemui orang....betul ke tidak wallahualam...
Quote Tok_Batin 24-2-2015 03:23 PM
Macam mana agaknya bapak saudara si mangsa mengetahui lokasi kubur kalau mayat tertanam 2 meter di bawah tanah seperti di atas?

Quote kokocrunch 24-2-2015 03:31 PM
kejamnya..moga2 dptlah cari penjenayahnya.
Quote ultra78 24-2-2015 03:31 PM
Kalaulah si pembunuh tu ada c4

Quote ultra78 24-2-2015 03:33 PM
http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2009/01/26/AR2009012602190.html

Sekadar untuk pengetahuan, cara drug cartel di mexico lupuskan mayat.

At the Sunday news conference, federal agents described "the recipe" followed by the Stewmaker: "The procedure to dispose of the corpses was to fill a drum with 200 liters of water and then put two sacks of caustic soda, put it over a fire and when it started to boil, put in the bodies."

The human remains, according to the federal agents, cooked for eight hours, and afterward there was nothing left but teeth and nails. After the liquid cooled, Meza allegedly put the remains in a plastic tub, took it to an empty lot and burned it with gasoline, according to federal agents.


Quote elle_april 24-2-2015 03:34 PM
Tok_Batin replied at 24-2-2015 03:23 PM
Macam mana agaknya bapak saudara si mangsa mengetahui lokasi kubur kalau mayat tertanam 2 meter di b ...

pelik kan.. unless kalau nampak kesan macam baru kambus

Quote kittycomel 24-2-2015 03:46 PM
Knowlee replied at 24-2-2015 12:55 PM
Betul tu. mesti akan jumpa jgk walau dicampak ke dlm gaung sekalipun.

Harus bom ngan C4 baru betul2 lupus agaknya
Quote xtahumenahu 24-2-2015 03:53 PM
apa kes agaknyer ye
Quote Syd 24-2-2015 03:53 PM
tangkap pak sedara dulu
Quote Cyempaka 24-2-2015 03:57 PM
aku agak kabur... yang jumpa orang kampung cari madu..yang pak sedara budak hilang mai celah mana? ke dia join cari madu

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.085349 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top