CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Jaafar Onn Serah Keselamatan Diri Pada Allah

26-2-2015 05:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14533| Komen: 48

Description: “Entahlah, Tak Tahu Nak Kata. Dalam Zaman Internet Ini, Macam-Macam Hal Dan Ramai Orang Yang Terlebih Pandai…
Jaafar Onn Serah Keselamatan Diri Pada Allah




Kuala Lumpur – Selepas aktres jelita, Nora Danish menjadi mangsa apabila gambarnya dipegang satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Anak Malaysia Anti Demokrasi menerusi sebuah video yang tersebar luas di media sosial pada minggu lalu, terbaru wajah selebriti popular, Jaafar Onn pula menjadi mangsa seterusnya kumpulan sama.

Mengulas isu berkenaan, Jaafar Onn, 65, ketika dihubungi Malaysian Digest berkata, dia menyerahkan keselamatan dirinya kepada Allah dan tidak mahu terlalu memikirkan hal itu.


“Entahlah, tak tahu nak kata. Dalam zaman Internet ini, macam-macam hal dan ramai orang yang terlebih pandai…

“Saya serahkan keselamatan diri saya kepada Allah. Hidup mati kita ini, Allah yang tentukan.

“Saya pun tidak mempunyai masalah apa-apa dengan mereka mahupun sesiapa,” katanya dengan nada tenang.

Walau bagaimanapun, Jaafar mengakui berasa risau mengenai perkara itu tetapi tidak sehingga mengganggu kehidupan dan rutin hariannya.

“Buat masa ini tidak terfikir untuk membuat laporan polis atau apa-apa tindakan.

“Saya masih bekerja seperti biasa. Terpulang pada mereka yang melakukan itu dan saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan sesiapa,” katanya.


Jaafar cukup dikenali menerusi sitkom popular era 90-an berjudul Cili Padi dan juga merupakan seorang pengacara dan penyanyi. Kini, dia bertugas sebagai juruhebah di radio KopStar.FM setiap Isnin hingga Khamis, dari jam 10 pagi sehingga 2 petang dan Jumaat, 10 pagi sehingga 12 tengahari.

Klip video tersebut menunjukkan tiga lelaki lengkap berpakaian serba hitam dan bertopeng sambil memegang foto wajah Jaafar Onn menyatakan ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan meletupkan keretanya.

Video tersebut dipercayai bertujuan menakutkan agensi kerajaan agar tidak melakukan penipuan dalam sistem demokrasi negara.

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mokcikKSKB 25-2-2015 04:02 PM
Glemer atok japar
Quote mylmor 25-2-2015 04:15 PM
i somehow suke statement bang japar ni...
x de nak poyo sampai takut nak keluar rumah bagai
Quote tykarib 25-2-2015 04:20 PM
abang japar i minat u sejak cili padi! jgn pedulik budak mental mcm tu hokayy!
Quote Jagendas 25-2-2015 04:22 PM
rindu nk tgk bang jakpa masak
Quote Orix 25-2-2015 04:33 PM
abg jaapar bila nak appear on tv lagiiii
Quote makneng 25-2-2015 04:34 PM
Sian org kampung iolls
Quote aseela 25-2-2015 04:36 PM

kampung pak jakpor kat muo khen
Quote Mr.Virus 25-2-2015 04:56 PM
http://pbs.twimg.com/media/BkHOBKFCIAAHXkd.jpg
Quote syue86 25-2-2015 05:07 PM
65 tahun dah ke die?
awet muda sangat
Quote sranua 25-2-2015 05:14 PM
Suka lakonan Jaafar Onn..berwarna warni...
Quote wannoorazlina 25-2-2015 05:22 PM
klu diva AA punya muka yg keluar, ko rasa apa terjadi??
Quote Kellylah 25-2-2015 05:24 PM
JO dah leh buat balik cili padi the series..ramai yang suka tengok ni.
Quote cef_gango 25-2-2015 05:57 PM

orang ,MUAR la tu kat mana muar? tah kita jiran
Quote cef_gango 25-2-2015 06:02 PM
Kellylah replied at 25-2-2015 05:24 PM
JO dah leh buat balik cili padi the series..ramai yang suka tengok ni.

[youtube]mFQ3XvEaOwk[/youtube]


[youtube]OE5zrf_Qb3Y[/youtube]
Quote cef_gango 25-2-2015 06:04 PM
petang2 mesti tunggu cerita cili padi layan tiap2 minggu
Quote LiveYourLife 25-2-2015 06:24 PM
Apa kejadahnya la diorang buat mcm tu!!! Dah takde keje ke....:
Quote LiveYourLife 25-2-2015 06:27 PM
mylmor replied at 25-2-2015 04:15 PM
i somehow suke statement bang japar ni...
x de nak poyo sampai takut nak keluar rumah bagai

Kan!!! Itu mcm statement diva je hihi
Quote elmen 25-2-2015 08:23 PM
omgggggg... serious ke ni?? 65thn?? for real???
Quote makneng 25-2-2015 08:26 PM
aseela replied at 25-2-2015 04:36 PM
kampung pak jakpor kat muo khen

Ye kat muo

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.080317 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top